27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026

Kenyataan di putar belit, Timbalan Menteri Kewangan buat laporan polis

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Berikutan kenyataannya mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk ibadah haji di putar belit, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying membuat satu laporan polis.

Hui Ying dalam satu kenyataan berkata, laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau, Lim Swee Kuan jam 10.30 pagi tadi di Pondok Polis Segambut, Kuala Lumpur.

Katanya, langkah itu diambil untuk menghalang penyebaran berita palsu ini daripada mencetuskan isu sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (3R) yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

“Penglibatan polis amat penting dalam memastikan berita palsu ini dihentikan segera,” katanya.

Hui Ying berkata, Akaun Sejahtera KWSP sememangnya boleh digunakan oleh bakal jemaah haji yang berusia di bawah 55 tahun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana telah dijelaskan dalam Dewan Rakyat pada 28 Oktober lalu.

“Prosedur ini telah kekal sejak diperkenalkan pada tahun 2013, tanpa mengira siapa yang memegang tampuk pemerintahan.

“Setiap pengguna media sosial perlu bertanggungjawab untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.

“Kegilaan mengejar perhatian dan populariti tanpa mengkaji kesan buruk boleh membawa kepada perpecahan yang tidak diingini, khususnya apabila elemen keagamaan dan perkauman dipergunakan secara tidak bertanggungjawab,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular