editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Persatuan Karyawan Malaysia baru-baru ini menganjurkan majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan Karyawan.
Karyawan berusaha membantu dalam menjaga kebajikan ahli persatuan yang dalam kesusahan dan terdiri dari golongan belakang tabir, individu yang terbabit secara lansung dan tidak langsung dalam pelbagai aktivtii karya seni di Malaysia.
Sebanyak RM100,000 berjaya di kutip pada malam berkenaan hasil jualan meja dari penderma yang bakal membantu lebih dari 100 ahli persatuan yang terdiri dari anak seni.
Turut berminat dalam membantu golongan yang telah berjasa dalam dunia seni, VIT’S sebuah jenama mee segera Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 1975 dan telah mengambil inisiatif dengan membantu memberi dana sejumlah RM50,000 kepada Persatuan Karyawan.

Pengarah Eksekutifnya, YT Lai berkata, VIT’S ingin bersama membentuk sebuah komuniti yang mengambil berat dan menghargai sumbangan seni.
“VIT’S memberi peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan menyumbang jasa dalam bidang seni,” katanya.
Selain itu juga, VIT’S telah mengambil satu lagi langkah untuk membantu ahli persatuan ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim dan menghasilkan sebuah produk Kerjasama iaitu Ramen Asam Laksa Ibu.

Dengan pembelian Ramen Asam Laksa Ibu ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada Persatuan Karyawan dan diharap orang ramai dapat membeli produk terbaru ini sambil beramal dan juga berharap inisiatif ini dapat membantu ahli-ahli persatuan yang memerlukan bantuan.
Produk Ramen Asam Laksa Ibu ini telah dilancarkan oleh Yang di-Pertua Melaka Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam, YT Lai dan Khadijah Ibrahim di Konsert Malam Malam Amal ini.

Konsert yang bermula pada jam 8 malam itu telah menyatukan penyanyi-penyanyi lagenda seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Datuk Ramli Sarip, Rahimah Rahim dan ramai lagi dalam satu acara gemilang dan telah menghiburkan lebih dari seribu penonton yang terdiri dari penderma yang turut bersama turun padang berhibur sambil memeriahkan konsert.

VIT’S turut menghidangkan menu ‘Ramen Asam Laksa Ibu’ di mana pengunjung boleh merasai sendiri produk berkenaan. Produk keluaran terbaharu boleh didapati melalui aplikasi TikTok Shop vits_official.

