30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 15, 2026

Malam intim bersama Fabio Asher dan Aizat Amdan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Menampilankan gabungan dua penyanyi hebat yang tidak asing lagi kepada peminat muzik pop Malaysia dan Indonesia,Tanjak Adventure & Tour (Tanjak Global) kembali dengan perancangan 2024 dengan penganjuran konsert ‘An Intimate Night With Fabio Asher and Aizat Amdan’.

Bakal diadakan di JioSpace, Petaling Jaya pada 24 Februari ini, konsert yang akan bermula jam 8 malam itu adalah gandingan kali pertama Fabio Asher dan Aizat Amdan bertemu dan berkongsi pentas yang sama.

Walau bagaimanapun, kedua-dua artis sudah mula bekerja bagi menyampaikan persembahan yang terbaik untuk peminat mereka. 

Dianggarkan sebanyak 30 buah lagu bakal dipersembahkan di malam konsert dengan beberapa buah lagu akan didendangkan secara duet oleh kedua-dua artis ini dalam satu sesi kolaborasi yang sangat Istimewa.

Peminat yang hadir ke konsert akan mengalami suatu persembahan yang sangat intim dari Fabio dan Aizat.

Aizat yang kini sudah memasuki 17 tahun didalam industri muzik, mengakui sudah agak lama tidak mengadakan sebuah konsert berskala penuh.

Dia mahu menjadikan konsert ini acara untuk mengeratkan kembali hubungan dengan peminat yang sentiasa menberi sokongan kepada kariernya selama ini.

Bagi Fabio pula, kali ketiga hadir mengadakan konsert di Kuala Lumpur, pastinya dia mahu tampil memberikan kelaianan buat peminatnya.

Berkongsi pentas bersama Aizat pstinya bakal menyaksikan kelainan dalam persembahan Fabio kali ini. 

Tiket untuk menghadiri konsert ini boleh didapati di https://tanjak.ubertickets.asia

Tiket-tiket dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kategori A (berdiri), Kategori B (berdiri), Kategori C (berdiri), dan Kategori D Upper Tier (duduk). Harga tiket bermula dari RM198 sahaja.

Maklumat lanjut serta pelbagai pengumuman Istimewa boleh didapati dengan mengikuti laman Facebook dan Instagram Tanjak Adventure Tour.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular