28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026

PTTI lancar dokumentari Selekoh Akhir, bantu calon SPM bangkit kejar kejayaan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pusat tuisyen terkemuka negara, PTTI sekali lagi mencipta kelainan dalam dunia pendidikan apabila menganjurkan Tayangan Perdana dokumentari “Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s” di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX, di sini, semalam.

Program berkenaan dianjurkan sebagai usaha menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya mereka yang masih bergelut dengan pencapaian akademik dan beranggapan peluang untuk mencipta kejayaan semakin tipis.

Dokumentari eksklusif itu menampilkan kisah sebenar di sebalik kejayaan ribuan pelajar PTTI menerusi Program Selekoh Akhir dengan mengetengahkan pengorbanan, kesungguhan dan komitmen pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar yang bersama-sama berjuang sehingga berjaya mencipta keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, berkata dokumentari berkenaan dihasilkan bagi memberi gambaran sebenar kepada masyarakat mengenai proses yang dilalui sebelum kejayaan pelajar dapat dicapai.

Menurut beliau, ramai hanya melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh pelajar PTTI, namun tidak mengetahui usaha, disiplin, pengorbanan dan strategi yang dilaksanakan secara berterusan sehingga mampu melahirkan kecemerlangan saban tahun.

“Rakyat Malaysia nampak kejayaan keputusan SPM yang dibina oleh PTTI. Tetapi, semua tidak tahu bagaimana proses kejayaan itu dihasilkan berulang-ulang kali.

“Itulah sebab kami hasilkan Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Dalam majlis sama, PTTI turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar Program Selekoh Akhir yang menjadi tunjang kepada kejayaan program terbabit.

Kesemua guru adalah pendidik sepenuh masa di PTTI yang telah menjalani latihan intensif serta memiliki pengalaman luas dalam bidang pendidikan.

Sebahagian daripada mereka mempunyai pengalaman mengajar lebih 25 tahun, khususnya dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, manakala majoriti tenaga pengajar lain pula mempunyai pengalaman melebihi sedekad.

Selain itu, mereka terdiri daripada individu yang memiliki kelayakan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang, sekali gus memperkukuhkan kredibiliti PTTI sebagai institusi pendidikan yang memberi penekanan terhadap kualiti pengajaran.

Mengulas lanjut, Cikgu Fana berkata Program Selekoh Akhir merupakan program persediaan intensif selama tiga bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM yang direka khusus bagi membantu pelajar yang masih lemah, ketinggalan atau kurang yakin dengan prestasi akademik mereka.

Menurut beliau, program berkenaan telah membantu ramai pelajar mengubah keputusan daripada gagal kepada cemerlang, malah ramai dalam kalangan mereka berjaya memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan SPM.

Katanya, kejayaan yang dicapai secara konsisten itu turut membolehkan PTTI menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebanyak tiga kali sebagai pusat tuisyen yang melahirkan jumlah pelajar straight A SPM paling ramai di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) PTTI, Sir Race, berkata Program Selekoh Akhir dibangunkan berasaskan kepercayaan bahawa setiap pelajar masih mempunyai peluang untuk mengubah masa depan mereka selagi peperiksaan belum berlangsung.

Beliau berkata, PTTI sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa tiada pelajar yang terlambat untuk bangkit, sebaliknya setiap individu masih mampu mencipta perubahan sekiranya mendapat bimbingan yang tepat pada waktu yang sesuai.

“Di PTTI, kami percaya tiada pelajar yang terlalu lewat untuk berubah. Selagi masih ada masa sebelum peperiksaan, selagi itu masih ada peluang untuk bangkit.

“Selekoh Akhir diwujudkan khusus untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan yang betul, pelajar yang gagal juga mampu mencapai keputusan cemerlang jika dia membuat keputusan yang betul sekarang,” katanya.

Tayangan perdana dokumentari berkenaan turut diserikan dengan kehadiran beberapa personaliti terkenal termasuk Datuk AC Mizal selaku hos, Datin Emylia, MK, Iman, Alyssa Dezek, Madammu, Asyraf Khalid dan Tya Arifin.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran Alyssa Dezek yang juga pelajar Program Selekoh Akhir 2025 selepas berjaya memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan SPM, selain penyertaan alumni Program Selekoh Akhir bagi sesi 2019 hingga 2025 yang berkongsi pengalaman serta perjalanan mereka sehingga berjaya mencapai kecemerlangan.

Penganjuran tayangan perdana dokumentari ini bukan sahaja memperlihatkan pendekatan baharu PTTI dalam menyampaikan inspirasi kepada masyarakat, malah menjadi bukti komitmen institusi pendidikan itu dalam membantu lebih ramai calon SPM membina keyakinan, mengubah pencapaian akademik dan merealisasikan impian memperoleh keputusan terbaik.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Online Selekoh Akhir SPM PTTI boleh melayari laman web rasmi PTTI untuk mendapatkan maklumat lengkap serta membuat pendaftaran.

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Popular