33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026

ZARYA perkenal Body Mist dan Shower Gel mesra travel dengan haruman premium

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA Dalam era kehidupan yang semakin pantas dengan tuntutan kerjaya, komitmen keluarga dan rutin harian yang padat, amalan penjagaan diri kini bukan lagi dianggap sebagai satu kemewahan, sebaliknya menjadi keperluan penting untuk memastikan kesejahteraan fizikal dan emosi.

Bertitik tolak daripada kesedaran itu, lahirlah ZARYA, sebuah jenama penjagaan diri tempatan yang memperkenalkan konsep soft luxury menerusi rangkaian produk harian yang praktikal, elegan dan mesra dibawa ke mana sahaja.

Dengan membawa mesej “I Choose Myself”, ZARYA mengajak masyarakat untuk meluangkan sedikit masa menghargai diri sendiri melalui rutin penjagaan diri yang ringkas tetapi bermakna.

Walaupun identiti jenama ini diinspirasikan daripada kelembutan feminin, rangkaian produk ZARYA sebenarnya sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk lelaki yang menggemari haruman bersih, tenang dan tidak terlalu kuat untuk kegunaan harian.

Pengasas ZARYA yang lebih mesra dikenali sebagai Yat Zakaria berkata, mesej “I Choose Myself” bukan sekadar slogan pemasaran, sebaliknya menjadi peringatan bahawa menjaga diri sendiri adalah satu keutamaan dalam kehidupan yang semakin sibuk.

“Sebagai seorang wanita yang sibuk dengan kerjaya, saya sememangnya mementingkan keselesaan setiap kali pulang bekerja.

“Disebabkan itu tercetusnya ZARYA, sebuah jenama yang menepati cita rasa yang saya inginkan.

“Ibarat memberi sentuhan ketenangan, setiap pengguna akan merasai pengalaman tersebut bersama ZARYA,” katanya.

Menurut beliau lagi, ZARYA dibangunkan berlandaskan falsafah bahawa kekuatan tidak semestinya perlu ditunjukkan secara lantang kerana ketenangan dan kelembutan juga mampu menyerlahkan keyakinan diri.

Salah satu tarikan utama jenama itu ialah Signature Self-Care Scent, iaitu haruman eksklusif yang menggabungkan nota buah-buahan, bunga dan kayuan bagi menghasilkan aroma yang segar, elegan serta menenangkan sepanjang hari.

Haruman itu menampilkan gabungan nota pear, blackcurrant, pink pepper dan grapefruit sebagai pembuka, diikuti aroma pineapple, rose dan jasmine pada lapisan tengah, sebelum disempurnakan dengan sentuhan vanilla, cedar dan amber wood pada nota asas.

Gabungan haruman itu menghasilkan aroma yang seimbang, tidak terlalu kuat dan sesuai dipakai sama ada ke tempat kerja, selepas mandi mahupun ketika menjalani aktiviti harian, sekali gus menjadikannya pilihan untuk wanita dan lelaki yang menggemari haruman bersih serta premium.

Bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa bergerak aktif, ZARYA turut menawarkan rangkaian produk bersaiz kompak dan mesra travel.

Antaranya ialah ZARYA Body Mist bersaiz 30 mililiter yang mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai digunakan semula sepanjang hari bagi mengekalkan kesegaran. Produk itu ditawarkan pada harga RM19.90.

Selain itu, ZARYA Shower Gel bersaiz 100 mililiter pula dirumus untuk membersihkan kulit dengan lembut sambil memberikan pengalaman mandi yang lebih menenangkan.

Produk berharga RM29.90 itu juga sesuai digabungkan dengan Body Mist bagi menghasilkan lapisan haruman yang lebih tahan lama.

Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman penjagaan diri secara menyeluruh, ZARYA Self-Care Set ditawarkan pada harga RM46.90.

Set eksklusif itu mengandungi Body Mist, Shower Gel, kad motivasi serta beg jaring berwarna pastel merah jambu yang sesuai dijadikan hadiah kepada diri sendiri atau insan tersayang.

Melalui pendekatan soft luxury, ZARYA membuktikan bahawa kemewahan tidak semestinya hadir dalam bentuk yang mahal atau eksklusif.

Sebaliknya, ia boleh diterjemahkan melalui rutin harian yang sederhana seperti menikmati mandian yang menyegarkan atau menyemburkan haruman sebelum memulakan aktiviti harian.

Dengan konsep itu, ZARYA berharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat supaya lebih menghargai diri sendiri serta menjadikan penjagaan diri sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat dan seimbang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pembelian boleh mengikuti ZARYA menerusi akaun TikTok @zarya_beauty dan Instagram @zaryabeautymy.

Sebarang pertanyaan media boleh diajukan kepada Team Zarya di talian 017-3035250 atau melalui e-mel zaryabeautyofficialmy@gmail.com.

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Popular