28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 13, 2025

Festival muzik elektronik terbesar Malaysia bakal gegar Sepang sempena Grand Prix 20

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran festival muzik elektronik di Malaysia, tiga jenama antarabangsa terkenal HardTech (Hardmission & Techmission) dan Transmission akan membuat penampilan sulung mereka di negara ini dalam sebuah acara pra-parti sempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025.

Acara penuh prestij ini akan berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2025 di lokasi ikonik Helipad, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang turut bertindak sebagai Rakan Strategik kepada penganjur, Hi:Five Entertainment.

Penganjuran ini dijangka menjadi titik perubahan besar dalam landskap muzik elektronik tanah air, menggabungkan dunia permotoran dan muzik dalam satu pengalaman luar biasa.

HardTech, yang terdiri daripada dua konsep utama Hardmission dan Techmission adalah kuasa baharu dalam arena muzik elektronik global.

Dikenali dengan gabungan beat bertenaga dan pengalaman visual imersif, HardTech bukan sekadar persembahan muzik, malah satu gerakan yang mendefinisikan semula rave moden.

Festival ini bakal menawarkan pengalaman futuristik dengan sentuhan teknologi canggih, menjadikan ia tarikan utama kepada peminat muzik yang dahagakan kelainan.

Manakala Transmission, jenama trance bertaraf dunia yang berasal dari Eropah, terkenal dengan produksi berskala besar, tema sinematik dan pertunjukan visual yang memukau.

Setelah menakluki pentas global dari Prague hingga Bangkok, kehadiran Transmission ke Malaysia menandakan lembaran baharu dalam sejarah muzik trance tempatan.

Gabungan dua jenama gergasi ini akan membawa pengunjung menyusuri perjalanan sonik yang memukau dari melodi trance yang mengangkat emosi, ke dentuman beat keras yang menggegarkan jiwa semuanya dalam satu festival yang bakal mencipta memori kekal buat peminat muzik dari seluruh dunia.

Festival ini bukan sekadar himpunan muzik, tetapi sebuah pergerakan budaya yang meraikan komuniti, teknologi dan masa depan muzik elektronik di Malaysia.

Dengan sokongan penuh daripada penganjur MotoGP dan SIC, kawasan Litar Sepang bakal bertukar menjadi pusat denyutan cahaya, bunyi dan semangat kolektif ribuan pengunjung.

Dianggarkan seramai 15,000 orang akan membanjiri lokasi acara sepanjang dua hari penganjuran yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 11.50 malam.

Dua hari festival akan menampilkan artis-artis terkenal dari seluruh dunia:

  • 18 Oktober – HardTech
  • 19 Oktober – Transmission

Antara nama besar yang bakal menggegarkan pentas termasuklah Markus Schulz, Aly & Fila, Ben Nicky, Sub Zero Project, Daxson, Tweekacore, Warface, Boris Fong, Driftmoon, Space 02, Digital Rush B2B Gio, dan ramai lagi termasuk bakat tempatan seperti Chukies & Whackboi, Bass Agents, Alexis Grace dan Mister Ariffin.

Tiket telah mula dijual secara atas talian dengan kategori seperti berikut:

Tiket GA (2 Hari):

  • Pre Sale 1: RM268
  • Pre Sale 2: RM288
  • Tier 1: RM338
  • Tier 2: RM378

Tiket VIP Experience (2 Hari):

  • Pre Sale: RM468
  • Normal: RM498
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Popular