editormaxinfo@gmail.com
SEPANG – Suasana hiburan tempatan dijangka kembali menggelegak apabila AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink diumumkan akan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober ini di MAEPS, Serdang.
Membawakan tema “Paint the Town Red”, festival dua hari ini bukan sekadar pesta muzik biasa, tetapi gabungan unik antara hiburan, fesyen dan gastronomi menjadikannya antara acara gaya hidup paling komprehensif dan berpengaruh di Malaysia tahun ini.
Dengan kolaborasi strategik bersama AirAsia dan Hotlink, Hausboom sekali lagi membuktikan kesungguhan mereka dalam membina jenama tempatan bertaraf antarabangsa.
Tema merah bukan dipilih sewenang-wenangnya ia melambangkan semangat, tenaga dan keberanian, mencerminkan aspirasi festival ini untuk mewarnai bandar dengan budaya pop dan daya kreatif generasi kini.
Hausboom Festival tahun ini bakal menampilkan lebih 30 artis dan kumpulan dari Malaysia dan Indonesia termasuk legenda muzik tempatan seperti Dato’ M. Nasir, Ella, dan Dato’ Jamal Abdillah, di samping nama-nama popular seperti K-Clique, Noh Salleh, Bunkface, dan Dolla.

Dari seberang pula, peminat bakal disajikan persembahan daripada Samsons, Kunto Aji, Feby Putri dan Bernadya, menjanjikan barisan persembahan yang merentas generasi dan genre muzik.
Namun, tarikan utama festival ini tidak terhenti pada pentas muzik semata-mata.
Festival kali ini turut membawa elemen baharu yang menjangkaui jangkaan termasuk Hausboom KL Foodie Fest, sebuah pesta makanan yang bakal menghimpunkan lebih 100 vendor makanan unik hasil kerjasama bersama pengaruh media sosial terkenal, Pin Yang dari KL Foodie.
Kawasan ini dibuka secara percuma kepada semua pengunjung, tanpa had umur, dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Menambahkan lagi keunikan pengalaman, Hausboom Lokal Fest 2025 bakal menampilkan lebih 80 jenama streetwear & lifestyle, termasuk jenama lokal dan antarabangsa seperti SVG, SOVO, dan Kyrex.
Dari koleksi rekaan terkini, aksesori eksklusif hingga barangan terpakai terpilih, pengunjung boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang mencerminkan trend semasa.
Penganjuran edisi kali ini turut menandakan skala hadiah yang lebih besar, apabila setiap pemegang tiket berpeluang memenangi sebuah Perodua Ativa baharu menerusi cabutan bertuah yang akan diumumkan secara langsung sepanjang acara.
Hadiah ini adalah yang terbesar dalam sejarah festival, memberikan motivasi tambahan buat pengunjung untuk menjadi sebahagian daripada festival tahun ini.
Hotlink, sebagai rakan telco rasmi festival, mempersembahkan nilai tambah kepada pengguna dengan memperkenalkan tin Hausboom edisi khas yang mengandungi kod QR.
Setiap imbasan menawarkan ganjaran eksklusif termasuk tiket percuma ke festival, tambah nilai prabayar, internet percuma, telefon pintar dan baucar makanan.
Aktiviti Menang Ahad oleh Hotlink dijangka terus mendapat sambutan hangat sepanjang tempoh promosi.
Kerjasama bersama AirAsia pula membawa nafas antarabangsa kepada festival ini. Menerusi kempen Scan & Win, pengguna berpeluang membawa pulang hadiah seperti tiket penerbangan percuma selama setahun, baucar pelancongan, wang tunai sehingga RM50,000 dan pelbagai ganjaran lain.

Label edisi terhad dengan kod QR boleh didapati di seluruh negara melalui rangkaian jualan seperti 7-Eleven, Shell Select, dan AEON BiG.
Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Amanda Woo berkata, penyertaan dalam festival ini mencerminkan komitmen AirAsia terhadap pembangunan seni dan budaya.
“Kami percaya muzik, sama seperti perjalanan, berupaya menyatukan manusia merentasi sempadan.
“Kerjasama dengan Hausboom adalah lanjutan semula jadi kepada semangat berkenaan,” katanya.
Hausboom Festival turut mendapat sokongan jenama lain termasuk 7-Eleven sebagai rakan rasmi kedai serbaneka, serta Astro Gempak selaku rakan media digital, menjadikan acara ini satu usaha kolaboratif pelbagai pihak dalam mengangkat ekosistem hiburan tempatan.
Tiket ke AirAsia Hausboom Festival 2025 kini telah mula dijual dengan harga bermula RM119 (General Admission), RM299 (Rockzone), dan RM1,200 (VVIP).
Pas VVIP termasuk akses eksklusif ke pentas, makanan dan minuman tanpa had, kemudahan ekspres dan tandas khas.
Dengan gabungan muzik, makanan, fesyen, hadiah menarik dan pengalaman interaktif, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bukan sekadar festival ia adalah perayaan gaya hidup moden yang menandakan pencapaian luar biasa dalam landskap hiburan Malaysia.
Tiket boleh dibeli secara atas talian menerusi laman https://sayalive.io/hausboomfestival2025.

