editormaxinfo@gmail.com
SHAH ALAM – Syarikat kesihatan tempatan, Amanilife, mengambil langkah strategik baharu apabila mengumumkan pelantikan legenda hoki negara, Dato’ Mirnawan Datuk Nawawi, sebagai Duta Rasmi bagi produk ubat sapuan Gel Amani.
Gel Amani, yang telah berada di pasaran sejak tahun 2014, dikenali sebagai antara produk tempatan pilihan ramai dalam membantu melegakan sakit otot dan sendi.
Ia digunakan secara meluas bagi masalah seperti sakit tengkuk, bahu, pinggang dan lutut.
Mempunyai piawaian kualiti antarabangsa serta berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Gel Amani juga telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menjadikannya pilihan utama bukan sahaja dalam kalangan warga emas dan individu aktif, malah juga atlet profesional.

Pemilihan Mirnawan sebagai wajah rasmi Gel Amani bukan sahaja dilihat bertepatan dengan nilai dan matlamat jenama berkenaan, tetapi turut memberi simbolik yang besar kepada kesungguhan Amanilife dalam mempromosikan gaya hidup sihat.
Dikenali sebagai ‘The Boss’ dalam arena hoki tanah air, Mirnawan adalah bekas Kapten Pasukan Hoki Kebangsaan yang pernah mengetuai skuad negara ke beberapa temasya sukan bertaraf dunia termasuk Sukan Olimpik Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sydney 2000.
Mirnawan berkata, beliau sudah menggunakan Gel Amani sejak satu dekad lalu bagi membantu melegakan sakit otot dan sendi serta mengekalkan kecergasan walaupun selepas bersara daripada sukan kompetitif.
Kini, pada usia 53 tahun, beliau masih aktif bersukan dan memilih sukan pickle ball sebagai kaedah alternatif untuk mengekalkan stamina dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Sebagai bekas pemain hoki, saya sudah terbiasa dengan aktiviti fizikal. Namun apabila usia meningkat, saya perlukan sukan yang lebih sesuai dengan keupayaan tubuh.
“Pickle ball menjadi pilihan saya, dan Gel Amani pula membantu saya untuk kekal cergas dan mengurangkan risiko kecederaan,” katanya.

Selain itu, menjaga pemakanan juga adalah salah satu cara yang beliau amalkan.
“Kita ada pilihan sama ada aktif bersukan dan boleh makan banyak atau tiada masa bersukan dan malas perlu menjaga pemakanan. Ini adalah pengorbanan dan pilihan yang harus dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Amanilife, Leo Adi Putra berkata, beliau yakin dengan kerjasama bersama Mirnawan dalam memacu jenama Gel Amani ke pasaran yang lebih luas, termasuk antarabangsa.
“Kami percaya Mirnawan ialah individu paling sesuai untuk mewakili Gel Amani.
“Selain latar belakangnya sebagai atlet ternama, faktor usianya yang masih kekal aktif dan sihat memberi inspirasi kepada ramai,” katanya.
Menurutnya, Gel Amani kini telah menembusi pasaran Singapura sejak tahun 2021 dan mendapat permintaan tinggi untuk memasuki Indonesia, Brunei serta negara-negara di Timur Tengah.

Dalam usaha untuk menjadikan produk ini lebih mudah diakses oleh pengguna, Gel Amani kini ditawarkan pada harga mampu milik iaitu RM27 untuk botol 30ml dan RM37 bagi 60ml.
Harga ini ditetapkan dengan tujuan agar lebih ramai pengguna berpeluang menikmati manfaat produk berasaskan formulasi tempatan yang berkualiti ini.
Amanilife terus komited untuk memperluas jangkauan produk Gel Amani sambil mengekalkan nilai utama syarikat iaitu kesihatan, keberkesanan dan jaminan halal.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau urusan pembelian, orang ramai boleh mengunjungi laman rasmi www.amanilife.my atau menghubungi talian WhatsApp 019-9996686.

