25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026

Sonos lancar Sonos Play dan Era 100 SL di Malaysia, tingkatkan hiburan rumah menjelang Raya

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi audio global, Sonos (Nasdaq: SONO) memperkenalkan dua pembesar suara baharu iaitu Sonos Play dan Sonos Era 100 SL yang direka bagi memperkukuhkan lagi ekosistem sistem audio Sonos.

Kedua-dua produk ini menawarkan pengalaman bunyi yang lebih mantap dan memenuhi ruang, sekali gus memudahkan pengguna memulakan serta mengembangkan sistem audio rumah mereka secara berperingkat.

Pelancaran pembesar suara ini juga hadir pada masa yang tepat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, memberikan pilihan baharu kepada rakyat Malaysia yang ingin meningkatkan pengalaman hiburan di rumah ketika menyambut kehadiran keluarga dan rakan-rakan semasa musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sonos, Tom Conrad berkata, kebanyakan teknologi pengguna sering menjanjikan inovasi namun akhirnya menggantikan peranti lama tanpa benar-benar memperkukuh pengalaman sedia ada.

“Sonos percaya pengalaman audio yang hebat tidak seharusnya bermula semula setiap kali pengguna menambah peranti baharu.

“Sebaliknya, sistem terbabit perlu menjadi lebih baik dan berkembang dari semasa ke semasa.

“Sonos Play dan Era 100 SL mencerminkan kekuatan sebenar jenama itu dalam menghasilkan produk yang kelihatan ringkas tetapi mempunyai keupayaan yang sangat berkuasa melalui ekosistem sistem Sonos yang saling terhubung,” katanya.

Sonos Play diperkenalkan sebagai pembesar suara paling serba boleh daripada jenama itu dengan bunyi stereo yang kaya dan direka untuk digunakan di rumah mahupun ketika dibawa ke mana-mana.

Peranti ini boleh disambungkan melalui WiFi untuk digabungkan dengan pembesar suara lain di dalam sistem Sonos di pelbagai ruang rumah atau dipadankan sebagai pasangan stereo.

Ia turut dilengkapi dengan Charging Base yang berfungsi sebagai stesen pengecasan tetap di rumah.

Selain itu, Sonos Play juga direka untuk kegunaan mudah alih dengan tali utiliti boleh tanggal serta menawarkan hayat bateri sehingga 24 jam.

Dengan penarafan kalis air dan habuk IP67, ia sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk di luar rumah.

Peranti ini turut dilengkapi fungsi power bank terbina dalam yang membolehkan pengguna mengecas telefon pintar mereka ketika dalam perjalanan.

Menariknya, Sonos Play turut memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan beberapa pembesar suara diselaraskan secara terus melalui sambungan Bluetooth ketika berada di luar rumah.

Pengguna hanya perlu menyambungkan Sonos Play ke telefon pintar dan menekan butang Play/Pause pada sehingga tiga pembesar suara Sonos Play atau Move 2 yang lain untuk menyelaraskannya secara serentak.

Teknologi Automatic Trueplay™ pula secara automatik menyesuaikan bunyi mengikut persekitaran bagi memastikan kualiti audio optimum.

Sementara itu, Sonos Era 100 SL pula menawarkan cara yang lebih mudah dan mampu milik untuk pengguna mula menikmati pengalaman audio Sonos.

Pembesar suara ini hadir dengan reka bentuk tanpa mikrofon serta set ciri yang lebih ringkas, namun masih mampu menghasilkan bunyi yang kuat dan memenuhi ruang.

Sementara itu, Naib Presiden Penciptaan Produk Sonos, Chris Kallai berkata, pembesar suara pertama yang dibawa pulang oleh pengguna sepatutnya mampu memberikan pengalaman audio lengkap dengan sendirinya, sambil membuka peluang untuk ditambah baik apabila sistem Sonos berkembang pada masa hadapan.

“Sonos Play dan Era 100 SL menawarkan dua pendekatan berbeza dalam membentuk pengalaman mendengar yang sesuai dengan gaya hidup pengguna, sama ada untuk menambah bilik baharu, membina pasangan stereo atau membangunkan sistem teater rumah yang lengkap.

“Melalui ekosistem Sonos, pengguna boleh menikmati muzik, podcast, rancangan televisyen dan filem di setiap ruang rumah dengan akses kepada lebih 100 perkhidmatan penstriman,” katanya.

Sistem ini turut menyokong pelbagai pilihan kawalan termasuk arahan suara, Spotify Connect, Apple AirPlay 2 serta aplikasi Sonos yang menghubungkan muzik, bilik dan peranti dalam satu pengalaman yang lancar.

Pengalaman audio yang menyeluruh ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai suasana di rumah, terutamanya ketika sambutan perayaan apabila ahli keluarga berkumpul bersama.

Sama ada memainkan lagu-lagu raya ketika menyediakan hidangan, mewujudkan suasana santai ketika beramah mesra atau menikmati tayangan filem selepas jamuan, pembesar suara Sonos direka untuk menghidupkan setiap detik itu dengan bunyi yang imersif.

Sonos turut menegaskan platformnya sentiasa dipertingkatkan secara berterusan melalui kemas kini perisian, keserasian yang diperluaskan serta produk yang direka untuk berfungsi merentasi generasi peranti.

Pendekatan ini memastikan sistem audio pengguna boleh berkembang dari semasa ke semasa tanpa perlu digantikan sepenuhnya.

Seperti pembesar suara Sonos yang lain, Sonos Play dan Era 100 SL juga ditala dengan input daripada Sonos Soundboard, kumpulan pakar yang terdiri daripada tokoh industri muzik, filem dan hiburan bagi memastikan kualiti bunyi yang dihasilkan kekal setia kepada visi artis.

Kedua-dua pembesar suara ini kini dibuka untuk tempahan awal bermula hari ini menerusi laman rasmi tcacoustic.asia, Sonos Concept Store di The Starhill, serta kedai rasmi Sonos Malaysia di Lazada dan rakan pengedar terpilih.

Ia dijadualkan mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada 7 April 2026.

Sempena pelancaran itu dan menjelang Hari Raya Aidilfitri, TC Acoustic turut memperkenalkan promosi perayaan khas dari 13 hingga 22 Mac 2026 dengan pelbagai diskaun menarik bagi produk Sonos dan Bowers & Wilkins terpilih.

Promosi ini memberi peluang kepada pengguna menikmati penjimatan menarik bagi beberapa produk popular termasuk Sonos Arc Ultra, Sonos Era 100, Sonos Ace, Sonos Sub 4, Sonos Era 300, Sonos Beam, Sonos Roam 2 dan Sonos Sub Mini. Bagi jenama Bowers & Wilkins pula, tawaran melibatkan model Pi6, Pi8 dan PX7 S3.

Promosi istimewa Hari Raya ini boleh didapati melalui laman web tcacoustic.asia, Sonos Concept Store di The Starhill serta pengedar sah termasuk Harvey Norman, Thundermatch, Flash Gadget, PC Image dan Urban Republic.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular