SERDANG – G Plus Tech Sdn Bhd melancarkan Makmal Pembelajaran Imersif – Makmal Teknologi Imersif BIONIC di Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), sekali gus membuka lembaran baharu dalam penggunaan teknologi imersif bagi memperkasa pendidikan dan latihan veterinar di negara ini.
Makmal tersebut merupakan Makmal Simulasi Veterinar AI-based Realiti Maya (VR) pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman pembelajaran berasaskan simulasi bagi membantu pelajar memahami anatomi haiwan, prosedur klinikal serta proses membuat keputusan dalam persekitaran maya yang selamat dan terkawal.
Ketua Pegawai Eksekutif G Plus Tech, Dr. Nurliza Md. Azzam berkata, penubuhan makmal itu mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong masa depan pendidikan melalui penerapan teknologi.

“Makmal imersif ini melambangkan peralihan daripada konsep bilik darjah pintar konvensional kepada pembelajaran berasaskan pengalaman. Ia direka untuk menyokong pelajar veterinar serta latihan profesional untuk doktor dan pembantu veterinar,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena prapelancaran makmal tersebut yang disempurnakan Tokoh Akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim di sini hari ini.
Turut hadir Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Prof. Dr. Goh Yong Meng.
Dr. Nurliza menjelaskan bahawa makmal tersebut berfungsi sebagai prototaip kepada pembangunan persekitaran pembelajaran imersif yang berpotensi diperluaskan ke pelbagai disiplin ilmu melalui kerjasama strategik antara industri dan institusi akademik.
Tambah beliau, makmal itu juga bukan sekadar ruang teknologi, sebaliknya satu persekitaran pembelajaran mendalam yang direka untuk meningkatkan pengalaman pelajar.
“Makmal ini bukan sekadar bilik dengan set kepala VR. Ia adalah prototaip untuk masa depan, di mana pelajar bukan sahaja membaca tentang haiwan atau prosedur, tetapi melangkah masuk ke dalamnya dan mengalaminya,” katanya.
Menurut beliau, pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman membolehkan pelajar berlatih berulang kali dalam keadaan selamat, sekali gus meningkatkan keyakinan dan kemahiran mereka.
“Pelajar boleh belajar daripada kesilapan tanpa risiko dan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna,” jelasnya.
Dr. Nurliza menambah, makmal tersebut bukan hanya memberi manfaat kepada pelajar veterinar, malah membuka ruang kepada fakulti dan bidang lain.
“Ini adalah pendidikan tanpa rasa takut serta gugup, latihan tiada had dan pembelajaran tanpa sempadan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa platform pembelajaran itu dibangunkan menggunakan teknologi VR, Kecerdasan Buatan (AI) dan Realiti Tambahan (AR) bagi memenuhi keperluan pelajar masa depan.
“Kami tidak melihat ini sebagai penajaan semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama untuk menyediakan pelajar menghadapi dunia yang akan mereka hadapi esok,” katanya.
Dalam pada itu, Prof. Dr. Goh berkata, makmal tersebut diperkenalkan sebagai satu langkah awal untuk mengoptimumkan sumber dan meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
“Ia membantu dari segi pembelajaran supaya kita tidak perlu membawa kesemua pelajar ke ladang kerana terdapat isu keselamatan, jangkitan penyakit dan kekangan masa,” katanya.

Beliau turut menekankan mengenai latihan veterinar berdepan pelbagai cabaran termasuk isu keselamatan, risiko jangkitan penyakit dan kekangan masa, memandangkan pelajar perlu menguasai kemahiran pengendalian pelbagai jenis haiwan.
“Pelajar tidak boleh hanya mahir dalam anjing dan kucing. Mereka perlu memahami kuda, lembu, kambing, unggas, babi, haiwan liar, akuatik dan haiwan eksotik,” jelasnya.
Menurut Prof. Dr. Goh, Fakulti Perubatan Veterinar juga mempunyai pelbagai hospital haiwan yang menerima kes daripada orang awam selain agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.
“Namun bagi mendapatkan haiwan pertanian ia satu cabaran kerana kampus kini berada di kawasan bandar, sekali gus memerlukan pendekatan alternatif seperti simulasi,” jelasnya.
Beliau menambah, sistem pembelajaran veterinar di UPM juga dilaksanakan melalui rotasi klinikal seperti perubatan manusia dan teknologi imersif bagi membantu mempelbagaikan kaedah latihan serta mengurangkan risiko keselamatan.
“Diharapkan makmal ini dapat memberi impak besar kepada pembelajaran veterinar serta membantu pelajar meningkatkan kemahiran, keyakinan dan pemahaman terhadap bidang veterinar,” katanya.


cruiser-bike-springer-fork
Downloading the 939betapp. Hope it’s not a dodgy app. Fingers crossed for some smooth betting and easy wins! Download it from 939betapp.
Earn passive income with every click—sign up today!