27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 9, 2025

The Makeover Guys sambut 10 tahun inovasi: Mengubah ruang, mencipta gaya hidup ‘Making Better’

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – The Makeover Guys (TMOG), nama yang tidak asing lagi dalam industri transformasi kediaman di Malaysia, meraikan satu dekad kejayaan dengan pelancaran kempen baharu bertemakan ‘Making Better’, simbolik kepada perjalanan penuh inovasi sejak 2015 dan komitmen berterusan untuk masa depan reka bentuk yang lebih baik.

Dengan reputasi sebagai pakar dalam menukar unit kosong menjadi kediaman penuh gaya, bernilai pelaburan dan bersifat praktikal, TMOG kini melangkah lebih jauh dalam visinya.

Ulang tahun ke-10 ini bukan sekadar meraikan pencapaian masa lalu, tetapi juga membuka lembaran baharu dalam misi syarikat untuk menjadikan reka bentuk berimpak tinggi lebih mudah diakses, relevan dan bermakna dalam kehidupan moden rakyat Malaysia.

Sejak penubuhannya, TMOG telah membantu ribuan pemilik rumah, pelabur hartanah dan tuan tanah mempertingkatkan nilai hartanah mereka melalui pendekatan reka bentuk yang strategik dan berpusatkan pengguna.

Tahun ini, mereka memperluas sayap dengan meneroka segmen ruang komersial seperti butik hotel dan pejabat, sambil mengekalkan falsafah reka bentuk yang menekankan fungsi, identiti dan pengalaman.

Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Making Better’, TMOG memperkenalkan ‘Bespoke Edition’, sebuah perkhidmatan reka bentuk kolaboratif yang lebih tersuai dan peribadi.

Pendekatan ini membolehkan pelanggan dari pelbagai latar belakang mendapatkan pengalaman reka bentuk yang benar-benar unik dan selaras dengan aspirasi mereka sama ada membina kediaman impian, pejabat beridentiti atau hartanah pelaburan bernilai tinggi.

Bagi pemilik rumah, perkhidmatan ini memberi tumpuan kepada mencipta kediaman yang mencerminkan personaliti dan gaya hidup individu, manakala untuk perniagaan pula, TMOG membawakan sentuhan reka bentuk yang memperkukuh jenama, menarik pelanggan dan meningkatkan semangat pasukan kerja.

Pelabur hartanah turut mendapat manfaat apabila pendekatan reka bentuk TMOG terbukti mampu meningkatkan nilai sewaan secara signifikan termasuk satu projek baru-baru ini yang menyaksikan peningkatan sewaan bulanan daripada RM10,000 kepada RM18,000 hasil sentuhan reka bentuk strategik syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas The Makeover Guys, Gavin Liew berkata, ‘Making Better’ bukan sekadar slogan kempen, ia adalah prinsip yang menjadi asas penubuhan buat mereka.

“Kami bermula dengan memperbaiki proses pengubahsuaian. Kini, kami ingin memperbaiki makna sebenar sebuah kediaman bukan hanya sebagai tempat tinggal, tetapi sebagai ruang yang mencerminkan identiti, impian dan gaya hidup pemiliknya,” katanya.

Beliau berkata, ulang tahun ke-10 ini bukan sahaja memperingati perjalanan syarikat, tetapi juga menandakan permulaan era baharu dalam menyepadukan nilai estetika, fungsi dan impak emosi dalam setiap rekaan.

TMOG kini membawa semangat yang sama ke dunia komersial meyakini bahawa ruang yang direka dengan baik boleh membawa perubahan positif kepada prestasi perniagaan dan kesejahteraan pekerja.

Sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan reka bentuk mereka, ibu pejabat baharu TMOG yang telah diubah suai tersenarai dalam senarai panjang Anugerah Dezeen 2025 bagi kategori Workplace Interior (Small).

Anugerah berprestij ini, yang dianjurkan bersama Bentley, merupakan penanda aras global dalam dunia reka bentuk dan menerima lebih 4,300 penyertaan dari 89 negara.

Pencapaian ini meletakkan TMOG setanding dengan nama-nama besar dalam arena reka bentuk antarabangsa.

Melangkah ke masa depan, The Makeover Guys kekal teguh dengan misi mereka menjadikan reka bentuk kediaman dan ruang kerja yang berkualiti, boleh diakses dan mampu milik untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

Dengan pendekatan yang menyeluruh, mereka terus berusaha untuk menyederhanakan proses ubah suai agar ia lebih lancar, berpatutan dan berbaloi sambil memastikan setiap ruang yang dicipta membawa impak positif kepada kehidupan penghuninya.

Dari sebuah syarikat transformasi rumah kepada jenama gaya hidup reka bentuk yang mempengaruhi cara orang hidup dan bekerja, TMOG kini berdiri megah sebagai contoh bagaimana reka bentuk yang bijak dan berjiwa boleh mengubah bukan sahaja ruang, tetapi kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Popular