editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju fesyen tempatan, Muaz Emporium melancarkan jenama terbaharunya, Muaz Exclusive, menerusi sebuah majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penubuhan Muaz Exclusive adalah satu langkah strategik dalam memperluaskan segmen pasaran jenama terbabit dengan menampilkan koleksi fesyen premium yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran dua ikon terkenal tanah air, Dato’ Aaron Aziz dan Siti Saleha, yang diumumkan sebagai duta rasmi jenama baharu ini.
Menurut wakil Muaz Emporium, pengenalan Muaz Exclusive adalah tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang selama ini menyokong perjalanan jenama itu sejak ditubuhkan pada tahun 1993.
Dengan lebih 100 koleksi pakaian berkualiti tinggi yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, Muaz Exclusive menyasarkan untuk menawarkan gaya hidup fesyen mewah yang inklusif dan mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat.

“Muaz Exclusive bukan untuk bersaing, tetapi untuk meraikan industri fesyen tempatan.
“Kami mahu rakyat Malaysia menikmati fesyen premium pada harga mampu milik,” kata wakil Muaz Emporium semasa pelancaran.
Jenama baharu ini bukan sahaja melambangkan evolusi Muaz dalam dunia fesyen, malah memperkukuh komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan industri fesyen tempatan.
Dengan menjadikan dua selebriti terkenal sebagai wajah jenama, Muaz Emporium turut berhasrat memperluaskan pengaruh Muaz Exclusive ke pasaran lebih luas, termasuk pelanggan generasi muda yang mengutamakan gaya, kualiti dan nilai.
Sejak tiga dekad lalu, Muaz Emporium telah menjadi antara nama paling dipercayai dalam dunia fesyen tempatan, dengan menawarkan pelbagai rekaan moden dan tradisional yang sesuai untuk seisi keluarga.


Pelancaran Muaz Exclusive menandakan satu lagi pencapaian penting dalam misi syarikat untuk terus berkembang seiring dengan cita rasa pengguna masa kini yang semakin menuntut gaya elegan pada harga berpatutan.
Dengan pelancaran ini, Muaz Emporium sekali lagi membuktikan bahawa jenama tempatan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi tanpa mengorbankan nilai, kualiti dan jati diri.
Muaz Exclusive kini bersedia untuk menjadi pilihan utama dalam landskap fesyen negara.

https://shorturl.fm/hnBxr