25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026

PTTI perluas jejak pendidikan berkualiti, buka cawangan ketiga di Shah Alam

editormaxinfo@gmail.com

SHAH ALAM – Komitmen memperkasa generasi muda Malaysia terus diperkukuh apabila Pusat Tuisyen PTTI merasmikan pembukaan cawangan ketiganya di Shah Alam, menandakan langkah baharu dalam usaha memperluas akses kepada pendidikan berkualiti bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara.

Sebagai antara pusat bimbingan akademik paling diyakini, PTTI telah lama membuktikan keberkesanannya dalam membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang, malah sehingga kini telah melahirkan ribuan calon SPM yang berjaya, termasuk ratusan pelajar dengan keputusan straight A.

Pembukaan cawangan baharu ini dijangka memberi manfaat terus kepada 500 pelajar dari kawasan Shah Alam, selaras dengan sasaran lebih besar PTTI untuk membimbing seramai 12,000 pelajar SPM dari seluruh Malaysia, melalui gabungan pembelajaran secara fizikal dan dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, kehadiran cawangan baharu ini bukan sekadar meluaskan capaian perkhidmatan, tetapi membawa misi yang lebih besar untuk mendekati komuniti dan menjadikan pendidikan berkualiti sebagai hak yang boleh dicapai semua.

“Kami percaya setiap pelajar berpotensi untuk berjaya dan apa yang mereka perlukan ialah bimbingan yang tepat, suasana yang positif serta sokongan yang konsisten.

“Itulah yang kami tawarkan di PTTI bukan sekadar ilmu, tetapi inspirasi dan keyakinan diri,” katanya.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran duta PTTI, penyanyi popular Iman Troye dan rapper terkenal MK K-Clique, yang masing-masing tampil berkongsi pengalaman serta kata-kata semangat kepada pelajar.

MK dalam ucapannya berkata, pelajar tidak boleh mudah putus asa dan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri.

“Saya bersama PTTI kerana mereka bukan sekadar tempat belajar ia juga tempat mereka bentuk karakter dan beri semangat kepada pelajar untuk terus percaya kepada impian sendiri,” katanya.

Sementara itu, Iman Troye pula menyatakan rasa bangganya kerana telah menjadi sebahagian daripada keluarga PTTI sejak empat tahun lalu.

Katanya, pendekatan pembelajaran yang santai tetapi berkesan menjadikan PTTI pilihan tepat untuk pelajar yang mahukan suasana belajar yang menyeronokkan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif pendidikan inklusif yang diterajui PTTI, satu program percuma bertajuk Seminar Shortcut Last Minute SPM akan dianjurkan secara dalam talian bermula 27 hingga 30 Ogos ini.

Program ini terbuka kepada semua calon SPM 2025 dan boleh diakses melalui pendaftaran di laman rasmi mereka, www.ptti.my.

Dengan tiga cawangan kini beroperasi secara rasmi, PTTI terus mengorak langkah sebagai antara pusat bimbingan paling berpengaruh dalam dunia pendidikan menengah Malaysia.

Usaha ini bukan sahaja menyokong pencapaian akademik pelajar, tetapi juga membina generasi yakin diri, berdaya saing dan bersedia mencorak masa depan negara.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular