editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Jenama teknologi global, HONOR secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran Siri HONOR 400 di Malaysia akan berlangsung 22 Mei 2025.
Sejak perkenalannya kepada rakyat Malaysia minggu lalu, siri ini telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, terutamanya mengenai keupayaan Next-gen AI Imaging.
Antara sorotan utama ialah ciri AI Image to Video, hasil kerjasama dengan Google Cloud AI yang membolehkan video dihasilkan daripada gambar statik.
Gabungan Berkuasa: Next-gen AI Imaging dengan Sistem Kamera Flagship
AI Image to Video membolehkan pengguna meneroka potensi baharu dengan menukarkan gambar kepada video menarik.
Dengan ciri AI bertaraf flagship dan keupayaan pengimejan AI yang luas, Siri HONOR 400 menyasarkan untuk menjadi telefon kamera AI terbaik dalam segmennya.
Ciri AI Image to Video merupakan komponen utama bagi keupayaan pengimejan AI HONOR, membolehkan penghasilan video terus dari galeri foto dalam telefon, tanpa keperluan aplikasi pihak ketiga. Ini menawarkan kemudahan dan kawalan kreatif yang luar biasa.
Kamera Flagship AI Terbaik Dalam Kelasnya

Bagi memastikan memberikan pengalaman fotografi yang unggul kepada pengguna, Siri HONOR 400 hadir dengan spesifikasi kamera flagship yang mengatasi jenama telefon flagship pesaing.
Kedua-dua peranti menampilkan Kamera Utama 200MP dengan sensor super besar 1/1.4-inci, lebih baik berbanding generasi terdahulu. Kamera utama ini turut dilengkapi dengan Penstabilan Imej Optikal (OIS) dan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) untuk hasil yang jelas walaupun dalam keadaan kurang cahaya.
Bagi melengkapi ciri-ciri tersebut, peranti ini memiliki Kamera Makro dan Lebar 12MP untuk menghasilkan gambar yang lebih luas.
HONOR 400 Pro hadir dengan Kamera AI Telefoto 50MP yang menyokong zum digital sehingga 50 kali, manakala HONOR 400 pula tidak didatangi dengan kamera telefoto namun mampu menyokong sehingga 30 kali zum digital. Di bahagian hadapan, kedua-dua model dilengkapi Kamera Swafoto Potret 50MP untuk hasil swafoto setanding studio.
Suntingan Foto Mudah Alih Didefinisi Semula oleh Next-gen AI Imaging
Siri HONOR 400 tampil dengan pelbagai alat suntingan AI yang tiada tandingan bagi meningkatkan kreativiti pengguna dalam kehidupan seharian. Ciri-ciri ini bukan sahaja menambah baik kualiti imej, malah mampu menukarkan foto kepada video dinamik yang menghidupkan semula kenangan.
1.AI Image to Video – Hidupkan Gambar Lama Jadi Memori Bermakna
Fungsi AI Image to Video ini membolehkan gambar statik seperti foto lama, hasil seni AI, komik, serta landskap ditukar kepada video pendek berdurasi lima saat. Hasil video boleh dikongsi di media sosial untuk pengguna Android dan iOS. Ciri ini sesuai bagi menghidupkan foto kenangan bersama insan tersayang. AI akan mengubah mereka senyum, bergerak atau berinteraksi.
Bagi menggambarkan bagaimana teknologi AI Image to Video boleh menghidupkan semula memori indah, HONOR baru-baru ini berkongsi dua video menyentuh hati sempena Hari Ibu.
Dalam video pertama, seorang wanita menghidupkan kembali foto lama bersama ibunya yang telah meninggal dunia dalam kebakaran. Dengan HONOR 400 Pro, gambar itu diubah menjadi video memaparkan ibunya tersenyum dan berinteraksi dengannya.
Tonton video tersebut di sini: https://www.youtube.com/watch?v=LAozqazXB_c
Video kedua pula menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak dapat menerima pemergian neneknya. Bapanya menggunakan HONOR 400 Pro untuk menghidupkan kembali gambar mereka bersama, mengembalikan senyuman neneknya bagi menggembirakan anaknya. Ciri ini menunjukkan bagaimana AI HONOR bukan sekadar memperindah imej, malah menghidupkan kembali kenangan lama dengan kisah menarik hati.
Tonton video tersebut di sini: https://www.youtube.com/watch?v=ubMmbFvCf5Q
2. AI Eraser 2.0 – Padamkan Pantulan dan Orang Lalu-lalang
Untuk meningkatkan tarikan kepada gambar, Siri HONOR 400 menawarkan ciri AI Eraser 2.0 yang dipertingkatkan untuk membuang objek tidak diingini atau latar belakang yang berterabur dengan lebih tepat. Ciri AI Erase Passersby menghapus orang yang lalu-lalang, manakala AI Remove Reflection menghilangkan silau dan pantulan pada imej, Ketepatan yang dihasilkan menggunakan ciri-ciri membolehkan gambar tampak lebih profesional dan kemas tanpa aplikasi tambahan.
3. AI Cutout – Kebebasan Kreatif
Manakala fungsi AI Cutout membolehkan pengguna mengekstrak objek atau individu daripada latar belakang bagi membolehkan pengubahsuaian atau pernukaran latar belakang kepada yang baharu dengan mudah melalui AI. Dengan tiga mod disediakan iaitu Modify Background, Transparent Background, dan Solid Color Background, ciri ini sesuai untuk menghasilkan foto ID profesional, bahan pemasaran dan kandungan media sosial.
4. AI Outpainting – Luaskan Bingkai Imej
Siri HONOR 400 juga dilengkapi dengan AI Outpainting yang meluaskan sempadan imej secara pintar. Ianya sesuai untuk foto pemandangan, landskap, latar belakang atau gambar yang dipotong dan perlu diperluaskan. AI akan menghasilkan rupa semula jadi yang mampu menarik perhatian kepada hantaran media sosial pengguna.
5. AI Upscale – Naik Taraf Gambar Lama
Ciri AI Upscale pula menjadikan foto lama atau berkualiti rendah kelihatan lebih jelas dan terperinci. Dengan sekali sentuh, ia menambah butiran dan menjadikan gambar kabur lebih jelas, menghidupkan semula memori berharga.
6. Moving Photo Collage – Kembali Hidupkan Suasana
Gunakan ciri ini untuk menggabungkan beberapa Live Photo bagi mencipta kisah yang menyeronokkan dan dinamik, berbanding kolaj statik yang membosankan. Pengguna boleh tetapkan muzik, durasi dan filter sebelum berkongsi di media sosial, sesuai untuk saat-saat seperti sambutan hari jadi.
7. Harcourt Studio 2.0 – Potret Lebih Realistik dan Artistik
Harcourt Studio 2.0 mampu mensimulasikan kabur latar seperti kamera optikal sebenar dengan ketepatan fokus dan kejelasan tepi yang tinggi untuk menghasilkan potret yang nampak alami dan hidup. Ia juga menawarkan enam filter Film Simulation menarik selain Harcourt Vibrant, Harcourt Colour dan Harcourt Classic menjadikan potret lebih artistik dan memukau.
Jangan lupa saksikan pelancaran Siri HONOR 400 pada 22 Mei 2025, jam 3 petang menerusi penstriman langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.