29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 7, 2026

Filem epik ‘The Grandmaster’ dan drama Korea ‘Romang’ meriahkan sambutan Tahun Baru Cina di RTM

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memilih dua filem istimewa untuk meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Meskipun kedua-duanya berbeza genre, kedua-dua filem ini menawarkan cerita yang mendalam dan penuh makna untuk ditonton oleh penonton setia.

Pada 28 Januari ini, RTM akan menayangkan filem Korea berjudul “Romang” pada pukul 9.00 malam di saluran TV2.

Filem arahan Lee Chang-Geun ini mengisahkan perjalanan hidup dua pasangan suami isteri yang sedang berhadapan dengan masalah dimensi.

Jo Nam Bong (75 tahun) dan Lee Mae Ja (71 tahun), yang telah mendirikan rumah tangga selama 45 tahun, berdepan dengan kehilangan ingatan namun terus mengharungi kehidupan bersama dengan penuh kasih sayang.

“Romang” bukan sekadar kisah cinta, tetapi juga tentang kekuatan ikatan yang terjalin antara pasangan yang sudah lama hidup bersama.

Selain itu, bagi peminat aksi pertarungan, RTM akan menayangkan filem legenda kung fu “The Grandmaster” pada 31 Januari ini, jam 9 malam di saluran TV2.

Filem arahan Wong Kar-wai ini mengisahkan perjalanan hidup Ip Man, seorang master Wing Chun yang terkenal.

“The Grandmaster” bukan sahaja menampilkan aksi memukau, tetapi juga kisah perjuangan Ip Man yang penuh dengan cinta, kehilangan, dan pengorbanan.

Kehidupannya yang tenang di Foshan berubah apabila Jepun menceroboh China, dan dia bertemu dengan Gong Er, seorang master kung fu wanita yang berdarah bangsawan.

Mereka berdua membina hubungan yang rumit tetapi penuh rasa hormat, meskipun takdir memaksa mereka berpisah.

Dua filem ini tentunya akan membawa penonton merasai pengalaman yang berbeza, sama ada melalui drama kehidupan yang mengharukan atau melalui aksi penuh emosi di tengah perubahan zaman.

Jangan ketinggalan menyaksikan kedua-dua tayangan istimewa ini di TV2 dan RTMKlik.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular