editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuka tahun 2025 dengan lebih banyak pilihan program menarik dari dalam dan luar negara.
Selepas kejayaan menyiarkan program canda-wara Korea terkenal Running Man, RTM kini memenuhi selera peminat siri Korea dengan mempersembahkan program terbaru, “Buddy Into The Wild”.
Jika anda sudah terbiasa menonton selebriti Korea di drama atau program hiburan, Buddy Into The Wild memberikan anda pengalaman yang lebih mendalam.

Dalam siri ini, mereka menunjukkan sisi yang lebih asli, santai, dan ‘down-to-earth’ yang membolehkan penonton mengenali mereka secara lebih dekat serta menghargai ketahanan dan usaha mereka dalam menghadapi cabaran alam semula jadi.
Antara selebriti Korea yang terbabit dalam program ini adalah Jung Hwan Ahn, Boom, Hong Jin-young, Young-Pyo Lee, Moon Se-yoon, Oh Dae-hwan, dan Lee Joon-hyuk.
Mereka bekerjasama dalam misi luar biasa untuk meneroka dunia alam semula jadi yang penuh dengan cabaran dan keindahan.
Siri ini telah mula bersiaran di TV2 setiap Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam.
Setiap episod menyaksikan selebriti-selebriti ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan kekuatan fizikal, kerjasama, dan kebijaksanaan untuk bertahan hidup serta menavigasi persekitaran liar.

Dari aktiviti mendaki gunung hingga meneroka hutan yang tebal, program ini membawa pengalaman yang penuh emosi dan hiburan.
Lebih menarik, program ini juga memberi penonton peluang untuk melihat sisi peribadi selebriti Korea yang jarang mereka paparkan di layar.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton “Buddy Into The Wild” di TV2 atau melalui RTMKlik.
Saksikan program menarik ini untuk melihat selebriti Korea beraksi dalam suasana yang berbeza dan lebih mencabar.

