25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026

Alami Flagship AI Terbaik 2025, HONOR Magic7 Pro di jerayawara Sunway Pyramid dan menangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM65,000

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Susulan kejayaan pelancaran telefon pintar Flagship AI Terbaik 2025, HONOR Magic7 Pro, HONOR akan mengadakan jerayawara selama lima hari di Sunway Pyramid dari 15 sehingga 19 Januari 2025.

Penggemar teknologi dan peminat HONOR pasti teruja mengalami sendiri keupayaan AI HONOR Magic7 Pro yang dipertingkatkan.

Pada jerayawara itu, mereka berpeluang mengikuti aktiviti menarik, menikmati tawaran hebat, serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM65,000.

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Dengan Nilai Keseluruhan RM65,000!

Bukan itu sahaja. Pembeli membelanja lebih RM1,000 membeli HONOR Magic7 Pro atau peranti HONOR lain semasa jerayawara ini layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik berjumlah nilai RM65,000 menanti mereka. 

Seramai 10 pemenang hadiah pertama akan membawa pulang HONOR Choice Robot Cleaner R2, tiga pemenang tempat kedua akan menerima HONOR Haylou Watch, manakala 30 pemenang akan mendapat HONOR Earbuds X3.

HONOR turut menyediakan pelbagai hadiah sagu hati menarik termasuk Beg Sandang HONOR, kipas elektrik kecil dan payung.

Semasa jerayawara, peminat boleh mengunjungi Zon Pengalaman untuk mencuba teknologi AI tercanggih HONOR Magic7 Pro.

Mereka berpeluang menyaksikan kehebatan AI Deepfake Detection memerangi video palsu, menterjemah bahasa asing dengan AI Interpreter, menangkap imej lebih jelas dengan Al Falcon Camera dan AI Super Zoom, serta ketahanan lasak peranti ini.

Malah, mereka juga boleh menikmati ais krim percuma selepas melengkapkan semua aktiviti di jewayawara tersebut.

Prapesanan HONOR Magic7 Pro Masih Dibuka Sehingga 16 Januari 2025

Sementara itu, prapesanan HONOR Magic7 Pro masih boleh dibuat di Jerayawara Sunway Pyramid sehingga 16 Januari ini.

Pembeli akan mendapat hadiah percuma bernilai RM2,096 serta rebat segera RM200. Pakej hadiah percuma ini terdiri daripada jam tangan pintar HONOR Watch 5, pemegang pengecas wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari.

HONOR Magic7 Pro didatangi dalam dua konfigurasi iaitu RAM 12GB RAM dengan storan 512GB pada harga RM4,599 dan RAM 16GB dengan storan gergasi 1TB pada harga RM5,199. Flagship ini didatangkan dalam tiga warna premium menawan iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black.

HONOR Magic7 Pro: Kecemerlangan Yang Dikuasakan AI, Revolusi Fotografi dan Prestasi Yang Diperhebatkan

HONOR Magic7 Pro dikuasakan oleh sistem pengoperasian terkini MagicOS 9.0 dan didatangi dengan pra-pasang aplikasi Google Gemini. Peranti ini membawakan peningkatan naik taraf yang besar dalam ciri-ciri AI, kamera, paparan, bateri dan cipset lebih berkuasa berbanding model terdahulu.

HONOR Magic7 Pro mengetengahkan keupayaan AI termaju antaranya AI Deepfake Detection, Magic Portal 2.0, AI Notes, AI Super Zoom dan AI Translate.

Dalam fotografi, HONOR Magic7 Pro memberikan pengimejan bertaraf profesional dengan Sistem Kamera AI Falcon HONOR yang termaju. Ia menampilkan Kamera Utama Super Dynamic Falcon dengan sensor 1/1.3 inci yang pertama dalam industry serta apertur boleh laras f/1.4, Kamera Ultra-lebar 50MP dan Kamera Ultra-telefoto 200MP untuk menangkap gambar lebih jelas dari jarak jauh.

Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite Mobile Platform, HONOR Magic7 Pro mengutamakan keselesaan mata dengan ciri-ciri Paparan Keselesaan Mata Pencahayaan Semula Jadi AI HONOR seperti Pemalapan PWM 4320Hz, Paparan Polarisasi Keliling, Pemapalan Dinamik, Paparan Tona Semula Jadi dan Teknologi Cahaya Biru Rendah Perkakasan.

Paparan telefon ini juga telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland untuk Paparan Penjagaan Penuh 4.0, Polarisasi Keliling, dan Bebas Kerlipan.

HONOR Magic7 Pro dilengkapi dengan bateri karbon silikon 5850mAh yang menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 100W berwayar dan 80W wayarles.

Jerayawara HONOR Magic7 Pro Akan Ke Putrajaya dan Pulau Pinang Bulan Hadapan!

Selepas Sunway Pyramid, Jerayawara HONOR Magic7 Pro akan diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada 5 hingga 9 Februari, kemudian ke utara tanah air di Gurney Plaza, Pulau Pinang dari 19 hingga 23 Februari.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular