27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 15, 2026

MBSA cipta sejarah PBT pertama di Malaysia raih sijil Pematuhan Syariah

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatat sejarah baru apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah Ke Atas Organisasi.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan ini diterima selepas MBSA menjalani saringan Penyata Kewangan bagi tahun 2023, yang dijalankan oleh Salihin Shariah Advisory Sdn Bhd.

Firma ini diiktiraf sebagai penasihat syariah yang berkelayakan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Saringan pensijilan syariah ini membabitkan pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek termasuk perkhidmatan, nisbah kewangan, etika serta tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Mohd Azhar berkata, pengiktirafan ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap pengurusan sumber pendapatan dan perbelanjaan MBSA sepanjang tahun 2023.

Tambahnya, pencapaian ini membuktikan komitmen MBSA dalam memastikan pelaksanaan prinsip syariah dalam semua aspek operasi mereka, termasuk kewangan, pengurusan sumber, pentadbiran, dan perkhidmatan kepada masyarakat.

“MBSA bertekad untuk meneruskan usaha mengekalkan hala tuju sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tadbir urus, sosial dan persekitaran, sejajar dengan konsep Maqasid al-Syariah,” katanya.

Dengan pengiktirafan ini, MBSA tidak hanya mencipta sejarah, malah menunjukkan bahawa PBT juga mampu menjadi contoh dalam mengintegrasikan nilai-nilai syariah dalam urusan pentadbiran mereka.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular