24.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 2, 2025

Ifa Raziah dan Roslan Shah berdamai selepas 7 tahun bersengketa, lupakan dendam lama

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah bersama pengacara terkenal, Roslan Shah, akhirnya sepakat untuk berdamai dan melupakan persengketaan yang telah lama menghantui hubungan mereka.

Ifa dan Roslan memutuskan untuk menjernihkan hubungan persahabatan mereka di hadapan tetamu pada satu sidang media yang diadakan.

Sidang media itu turut disaksikan oleh rakan media bagi menjelaskan perselisihan yang berlaku di antara mereka, khususnya kepada peminat di Malaysia.

Menurut Ifa, perselisihan faham antara mereka bermula pada awal Januari 2018, yang akhirnya berlarutan hampir tujuh tahun lamanya.

Walaupun kedua-duanya telah berbaik semasa festival di Singapura baru-baru ini, Ifa berkata sidang media ini diadakan untuk memberi penjelasan secara terbuka kepada peminat di Malaysia yang masih tertanya-tanya.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana akhirnya dapat meleraikan ego antara saya dan Roslan. Saya berharap dengan penjelasan ini, peminat kami di Malaysia dan Singapura dapat tersenyum kembali melihat hubungan kami yang semakin erat,” kata Ifa penuh syukur.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu hit ini menambah, dia menganggap Roslan seperti keluarga sendiri setelah lama mereka berganding bahu dalam dunia seni dan perniagaan.

Ifa juga berharap persengketaan ini dijadikan teladan kepada semua yang menghadapi masalah serupa dalam persahabatan.

“Saya harap kisah perselisihan faham kami ini dapat menjadi inspirasi. Jika ada masalah dengan sahabat, jangan biarkan ia berlarutan. Cari jalan untuk berdamai kerana itu lebih positif daripada menyimpan dendam,” jelas Ifa lagi.

Dengan berdamainya Ifa dan Roslan, kisah ini menjadi pengajaran bahawa persahabatan yang terjalin lama itu harus dijaga dan diselesaikan dengan cara yang positif.

Selain itu, Ifa turut berkongsi berita gembira mengenai festival anjurannya, Star Vendors KL Mega Raya Fest 2025, yang akan mencatat sejarah sebagai festival raya terbesar dan terpanjang pernah diadakan.

Festival bertemakan Nostalgia Raya ini dijangka berlangsung di KLBEC KL BASE Exhibition Centre pada 20 hingga 24 Mac 2025, dan akan tercatat dalam Asia Book of Records.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai festival ini, pendaftaran untuk menjadi vendor kini dibuka dengan harga promo Early Bird.

Harga booth indoor bermula dari RM3,999 untuk kategori Intermediate, RM4,499 untuk Corner, dan RM9,999 untuk VIP.

Booth outdoor pula ditawarkan pada harga RM2,699 (Corner) dan RM2,399 (Intermediate). Tawaran Early Bird ini hanya sah sehingga 31 Januari 2025.

Bagi yang berminat, mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi nombor 018-3722977.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular