29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025

TV AlHijrah menyatukan Ummah Dengan Ilmu

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – TV AlHjirah memandang berat kenyataan melulu dan tidak tepat yang dilemparkan terhadap stesen Islam nombor satu negara itu melalui satu siaran podcast, baru-baru ini.

TV AlHijrah dalam satu kenyataan berkata, sejak dilancarkan pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H, TV AlHijrah terus ke hadapan dalam mempromosi Islam sebagai gaya hidup dan mendidik masyarakat melalui kandungan-kandungan pelbagai genre yang mendidik jiwa berpandukan Al-Quran, Hadis dan Sunnah serta mengikut prinsip Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

“Sebagai sebuah agensi media kerajaan, TV AlHijrah sentiasa mendokong hasrat  pucuk pimpinan negara dalam melahirkan masyarakat yang lebih berilmu, progresif, positif dan seimbang dari segi pemikiran dalam menjalani kehidupan seharian.

“Ini dilaksanakan  melalui terbitan kandungan-kandungan bual bicara, dokumentari, berita, rancangan kanak-kanak dan juga hiburan mengikut garis panduan serta akta-akta yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Lembaga Penapisan Filem (LPF). 

“Dengan  slogan Satukan Ummah Dengan Ilmu, hampir keseluruhan kandungan program TV AlHijrah adalah bersifat ilmu dan pengisian rohani selain berkongsi dasar dan  inisiatif berkaitan kerajaan dalam membangun negara MADANI yang lebih mampan dan inklusif berdasarkan pelan Al Falah,” kata kenyataan itu.

Katanya, pencapaian TV AlHijrah sebagai saluran agama sangat membanggakan. TV AlHijrah berupaya menempatkan diri dikalangan 5 saluran terbaik Malaysia yang banyak didominasi oleh saluran-saluran hiburan drama dan konsert. 

“Berjuta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat dari kandungan yang disiarkan oleh TV  AlHijrah sejak 14 tahun yang lalu dan sangat banyak maklum balas positif yang diterima daripada penonton-penonton termasuk dari negara-negara jiran,” katanya.

Berikut adalah antara kandungan rancangan yang diterbitkan dan disiarkan oleh TV AlHijrah melalui pelbagai platform siaran termasuk platform media digital yang sentiasa menemani dan membajai nilai-nilai islami serta kerohanian rakyat Malaysia.

Program Agama

  1. Panggilan Agung (kapsul zikir, selawat, perkongsian pendek dan azan).
  2. Assalamualaikum Subuh (bual bicara pagi).
  3. Assalamualaikum Dhuha (bual bicara pagi).
  4. Waalalikumsalam (bual bicara malam muhasabah diri).
  5. Quran@114 (program tadabbur Al-Quran).
  6. MyQuranTime (program tadabbur Al-Quran.
  7. Cinta Ilmu (program bual bicara agama).
  8. Risalat Al Imam As Syafie (drama bersiri berkisar kepada kehidupan Imam  As-Syafie).
  9. Dakwah Live (program dakwah santai).
  10. 40 Kalam Junjungan (perkongsian kitab Hadis 40).
  11.  Slot Fiqh (Awlawiyat dan Mizan) (berdasarkan gagasan pemikiran Sheikh Yusuf Al-Qardawi).
  12.  30 Minit Bersama Dato’ Ustaz Shamsuri Ahmad (pengajian berkitab Bahrul Mazi).

Hal Ehwal Semasa

  1. Berita AlHijrah (berita perdana harian fokus kepada laporan berkaitan umat  Islam dan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam).
  • Analisis (program bual bicara membincangkan isu-isu semasa bersama tokoh-tokoh dari pelbagai latar belakang. Antaranya ialah YB Senator Dato’ Setia  Dr. Hj. Na’im Hj. Mokhtar (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Agama), YB Datuk Seri Saifuddin Nasution (Menteri KPDN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman (Mufti Pulau Pinang), Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin (Pensyarah Kanan UIAM), Dr. Ahmad El-Muhammady (Penolong Professor  ISTAC-IIUM), Kamal Affandi Hashim (Penganalisis Jenayah) dan ramai lagi.
  • 60 Minit Bersama (perkongsian berkaitan inisiatif kerajaan. Antaranya ialah YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Na’im Hj. Mokhtar (Menteri Di Jabatan Perdana   Menteri Hal Ehwal Agama), YB Dato Sri Hjh. Nancy Shukri (Menteri Pelancongan), Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek (Pengerusi Felda), Tan Sri Azam Baki (Ketua  Pesuruhjaya SPRM), YB Dato’ Seri DiRaja Zambry Abd. Kadir (Menteri Luar Negeri), Prof. Dato’ Seri Ir. Zaini Ujang (KSU Kementerian Sumber Manusia), Ustaz Abu  Hafiz Salleh Hudin (Pensyarah Kanan UIAM), Ketua Pengarah Keselamatan  Negara dan ramai lagi.
  • GlobAlHijrah (berita ummah antarabangsa mingguan (bahasa Malaysia &  bahasa Arab).
  • Bicara Fail Syariah (bual bicara perkongsian berkenaan fungsi mahkamah       syariah).

Perkongsian dan Motivasi

  1. Pesan.
  2. Matahati MADANI.
  3. Riwayat Akhir Zaman.
  4. Angeline Tanya Abang Jawab.

Dakwah Kontemporari

  1. Hijrah Berselawat.
  2. Gema Haflah.
  3. Carta 114.

Sebagai kesimpulan, peranan yang dimainkan oleh TV AlHijrah adalah amat besar dalam membentuk pemikiran dan mewujudkan masyarakat dan generasi yang lebih berilmu melalui penerbitan kandungan yang kreatif dan sentiasa relevan. Jadi, jangan lupa untuk terus kekal bersama TV AlHijrah, Satukan Ummah Dengan Ilmu.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular