editormaxinfo@gmail.com
Foto Maestro Media
KUALA LUMPUR – Jangan hentikan keterujaan MotoGP™️ dengan hanya menonton pertembungan antara pelumba jika anda boleh menggandakan adrenalin dengan ikut meraikan kemenangan pelumba pilihan menerusi After Race Fest.
Dinamakan After Race Fest, pesta ini signifikan dengan penganjuran MotoGP™️ yang bersifat energatik sempena ulang tahun ke 25 PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).
AFTER RACE FEST bakal diadakan di lokasi terbaik iaitu Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November bermula jam 4 petang sehingga tengah malam.
Tidak hairanlah apabila penganjur iaitu HIFIVE Entertainment dan rakan strategik PETRONAS Sepang International Circuit teleh memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan yang mempunyai piawaian seiring dengan klimaks menutup MotoGP™️.

Bakal menampilkan kurang daripada 10 penghibur mengikut genre termasuk rap, rock, pop dan disko, penganjur yakin artis pilihan mereka untuk AFTER RACE FEST memenuhi cita rasa penggemar muzik dunia dan tempatan.
Sedar pengunjung MotoGP™️ terdiri daripada pelbagai golongan dan usia yang hadir dari seluruh pelusuk dunia, HIFIVE Entertainment dengan bangga membawa band yang cukup terkenal pada lewat tahun 90-an iaitu Smash Mouth.
Mempunyai banyak hit yang cukup digemari, band dengan enam anggota kumpulan ini dijangka menyampaikan lagu popular mereka termasuk All Star dan Walkin’ On The Sun serta So Insane.
Jika Smash Mouth belum cukup membuat penonton teruja, nantikan persembahan rapper Macklemore yang dengan berani menghasilkan single Hinds Hall sebagai tanda sokongan kepada Palestine.

Smash Mouth dan Macklemore juga akan ditemani rakan penghibur yang tidak kurang hebatnya termasuk Nidji dan Feel Koplo (Indonesia), 6ixth Sense dan DE FAM adalah Phase 1 (fasa 1) yang akan melengkapkan erti pesta dalam AFTER RACE FEST.
Manakala, Phase 2 (fasa 2) akan diumumkan pada bulan September nanti.
Pengarah Urusan HiFive Entertainment Sean Pereira berkata, seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGP™️ diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung.
“Kami di HIFIVE Entertainment dengan bangga menganjurkan AFTER RACE FEST bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP™️ dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” katanya.

Bermula pada jam 4 petang di Helipad, pengunjung boleh menyaksikan persembahan Feel Koplo & DE FAM dengan Segment Get Started, Segment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense, Segment Tribute bersama Macklemore sebelum Smash Mouth akan menggegarkan Segment Let’s Rock. Segment Grooving & Party akan diumumkan pada bulan September.
Jangan terlepas temu janji bersama AFTER RACE FEST di Helipad PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November ini kerana ia bukan tentang hiburan semata tapi pengalaman berbeza yang diberikan dalam penganjuran ini.

INFO TIKET AFTER RACE FEST dan MotoGP™️ Malaysia 2024
•Early Bird (DURASI 20 – 31 OGOS) – Beli mana-mana tiket MotoGP™️ dengan tambahan (add on) harga konsert RM500 (eksklusif 8% cukai ent).
•Harga Normal add on (MULAI 1 September) – Beli mana-mana tiket MotoGP™️ dengan tambahan (add on) harga konsert RM600 (eksklusif 8% cukai ent).

