editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menafikan mengeluarkan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks aplikasi WhatsApp.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.
“Merujuk kepada maklumat yang tular berhubung peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp, kementerian ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara terbabit,” katanya.
Terdahulu, sebelum ini tular mengenai dakwaan semua panggilan WhatsApp akan dirakam dan peranti disambungkan kepada kementerian berkenaan.
Turut dikaitkan, laman sosial lain antaranya Facebook, X dan Instagram.