editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Dalam usaha membantu ahli-ahlinya, Persatuan Media Digital Kreatif (PMDK) melancarkan studio podcast bagi memberi peluang ahli menggunakan fasiliti yang ada.
PMDK yang ditubuhkan pada 18 Ogos 2023 kini mempunyai ahli seramai 50 orang yang terdiri daripada media digital, blogger, influencer, key of leader and key of consumer.
Matlamat PMDK ditubuhkan adalah untuk memperkasa dan menjaga kebajikan serta memberi insentif kepada ahli-ahli dalam menjaga hak mereka sebagai media alternatif baharu.
Podcast PMDK yang dilancarkan baru-baru ini adalah bagi memberi peluang ahli-ahli dalam menjana pendapatan dan usaha mengembangkan lagi jenama media masing-masing dengan menggunakan platform baru yang kian popular kini iaitu podcast.

Presiden PMDK, Alias Abu Bakar berkata, kebanyakan pemain industri media digital boleh menulis, berkata-kata namun kurang ilmu dari segi teknikal, berikuta itu PMDK memberikan kepakaran teknikal untuk digunapakai oleh ahli-ahli mereka.
Persatuan juga sedang merangka strategi kerjasama dengan beberapa pihak lain yang boleh menyumbang keperluan seperti kebajikan, kesihatan, perumahan dan lain-lain.
Dalam ucapannya lagi, pengalamannya lebih 20 tahun dalam pelancongan seni dan budaya akan diguna pakai selain pengalaman sebagai peserta Kapal Belia Asia SSEAYP dibawah program Kementerian Belia dan Sukan.
“Apa yang saya harapkan disini adalah supaya pemain media digital supaya lebih maju ke hadapan dan sentiasa ‘up to date’ mengikut peredaran zaman, tidak ketinggalan sama maju seperti media-media utama yang lain.
“Media Digital harus bersatu padu kerana media inilah juga menjadi tonggak kepada negara kerana kini ramai sudah beralih ke digital, ramai juga yang sudah kurang menonton televisyen.

“Media online juga tidak harus dipandang remeh, kerana media digital juga cepat menguasai viral serta peranan media digital ini sangat penting terutamanya pada zaman teknologi ini.
“Impian saya supaya media digital lebih maju dan mereka dapat mengembangkan lagi jenama masing-masing dengan mengikut etika dalam media,” katanya.
Hadir sama merasmikan Podcast PMDK ialah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan Seni & Budaya (MOTAC), Phang Chew Hock dan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Lai Chen Heng serta wakil daripada 10 media digital.
MOTAC adalah satu kementerian yang menguruskan pelancongan seni dan budaya, diterajui Oleh Datuk Seri Tiong King Sing seorang menteri yang amat dedikasi pastinya akan menjulang tinggi nama Malaysia ke mata dunia.
Bagi media yang berminat untuk menjadi ahli atau ingin menggunakan perkhidmatan podcast PMDK hubungi Presiden, Alias di talian 016-3685147.