editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Album sulung penyanyi baru Korea, VIN yang bertajuk “Nail” telah dilancarkan di pelbagai laman muzik di media sosial pada 17 Februari lalu.
Single sulung Nail ini adalah lagu yang mengandungi perasaan seorang wanita yang biasa menggigit kuku sambil mengenangkan kekasih yang telah berpisah.
Single ini dikuatkan dengan skor Lo-Fi serta melodi yang mudah dan beralunan, juga dengan rentaknya yang menarik.
Lagu ini dipersembahkan dengan penyampaian suara Vin yang unik, jelas, dan memikat. Vokal Vin juga dibantu oleh penulis lagu dan penerbit Yoon Sang-jo dan Kang Yeon-wook, yang telah bekerja dengan artis K-pop terkenal seperti IZ*ONE dan Ryu Soo-jung.
Ketika rakaman, mereka turut membantu VIN untuk meningkatkan daya tarikannya dalam lagu itu. VIN adalah artis solo wanita baharu yang telah mengembangkan kemahiran menyanyi dan persembahannya selepas lapan tahun latihan.
“Saya gembira akhirnya dapat mengeluarkan album sendiri selepas latihan yang lama.

“Saya juga ingin berjumpa dengan peminat-peminat melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan,” katanya.
Sementara itu, agensinya ‘KoongWorld’ adalah platform muzik baharu yang berdasarkan ‘Transaksi Langsung’, yang membolehkan pengguna memuat naik muzik mereka sendiri dan mendapatkan pendapatan jualan, menawarkan perkhidmatan kepada pemuzik di seluruh dunia, di mana segala-galanya dari pembuatan hingga penjualan muzik K-pop boleh diadakan.
Selain itu, pelbagai acara akan diadakan di laman web rasmi (https://koong.world) bermula dari Mac 2024.
Pengurusan hakcikpta lagu ini di Malaysia adalah di bawah Luncai Emas Sdn Bhd, syarikat milik Datuk M Nasir.

