editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Jenama Tuuu Dia Pak Tam yang kian dikenali sejak membuka restoran di R&R (Rehat dan Rawat), kini melangkah setapak lagi apabila buat pertama kalinya menu masakan daripada restoran berkenaan berada di tempat tinggi iaitu Menara Kuala Lumpur.
Sempena menyambut Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Tuu Dia Pak Tam bakal menghangatkan suasana menu Ramadan dengan pelbagai masakan mereka di Tuuu Dia Pak Tam @ KL Tower.

Dengan menawarkan harga bufet serendah RM219, orang ramai boleh merasai suasana konsep makanan Melayu Tradisional bertemakan ‘Cita rasa Ramadan Tuuu Dia PakTam@ KL Tower’.
Bagi tempahan awal bermula kini sehingga 29 Februari, harga ditawarkan hanya RM179 untuk dewasa dan RM109 bagi kanak-kanak pada hari biasa.
Manakala Sabtu, Ahad dan Cuti Umum harga ditawarkan RM199 (dewasa) dan RM119 (kanak-kanak).

Disusun rapi oleh Chef Muhammad Haziq Hazwan dan Chef Nur Diana Ruslin, bufet Ramadan pada tahun ini menawarkan lebih 50 jenis hidangan yang semestinya memberi kepuasan kepada pengunjung.
“Siapa yang tahu PakTam, kami memang terkenal dengan menu mee rebus yang didatangkan dengan kuah istimewa di mana ia adalah salah satu menu wajib yang bakal disajikan bagi bufet Ramadan tahun ini.
“Antara menu lain disediakan ialah Lemang Pak Tam, nasi bukhara, nasi lambaian, kambing bakar, daging masak hitam, ayam dengge, dan pelbagai jenis pencuci mulut,” kata Haziq Hazwan.

Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, pengunjung juga dapat melihat panorama bandaraya Kuala Lumpur yang indah pada waktu matahari terbenam dari dewan bankuet Menara Kuala Lumpur yang berwajah baharu kini dikenali sebagai TEMU.
Lebih menarik, tahun ini Menara Kuala Lumpur akan memberikan tiket masuk ke Observation Deck secara percuma istimewa buat tetamu Bufet Ramadan berbanding harga asal RM30.00 seorang.

Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’.

Bufet Ramadan di TEMU Menara Kuala Lumpur boleh didapati bermula pada 15 Mac hingga 7 April 2024, mulai jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.