28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 9, 2025

Kelly Azman kecewa lagu No No No diciplak

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pengacara dan penyanyi Kelly Azman meluahkan rasa kecewa apabila lagunya berjudul No No No diciplak rakan artis, Erry Putra.

Kelly berkata, dia mengetahui perkara itu selepas ada peminat yang menghantar mesej (DM) di Instagram miliknya.

“Ada peminat saya mesej berkongsi lagu berkenaan dan bertanyakan perkara itu.

“Apabila saya mendengar lagu itu memang terkejut kerana ia sangat sama dengan lagu saya. Melodi semua sama tajuk lagu sahaja ditukar kepada Oh No Sayang.

“Malah lebih menyakitkan hati Erry turut menyebut lagu berkenaan adalah single terbaharu daripadanya.

“Saya sangka dia hanya ‘cover’ lagu berkenaan sebaliknya dia mengakui itu adalah lagu miliknya,” luahnya kecewa.

Kelly ketika ditemui pada majlis preview Ramadan Hotel Royal Kuala Lumpur, baru-baru ini berkata, dia cuba menghubungi pelakon itu namun tidak berjawab.

“Saya ada cuba hubungi dia, namun panggilan tidak berjawab kiriman mesej juga tidak dibalas.

“Saya hanya mahukan penjelasan daripadanya kenapa ambil lagu saya dan mengaku itu lagunya.

“Saya tidak kisah jika dia mahu buat lagu itu sebagai ‘cover song’, tetapi apabila mengakui itu lagu sendiri ia agak keterlaluan,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai kerjasamanya dengan Hotel Royal, Kelly meluahkan rasa syukur kerana masih mendapat kepercayaan dari pihak pengurusan hotel berkenaan.

“Sudah 13 tahun saya bersama Hotel Royal. Setiap kali bulan Ramadan, saya bersama rakan artis, Ani Maiyuni akan menyanyi menghiburkan tetamu yang hadir untuk berbuka puasa di hotel ini.

“Alhamdulillah masih ada rezeki kami untuk bersama dengan hotel ini sehingga kini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular