editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Baru sahaja melancarkan single pertamanya berjudul Sayap, penyanyi Elly Mazlein berjaya memecahkan rekod ‘Longest Non-Stop Music Video Launching on A Pop-Up TV Channel’ atau Pelancaran video muzik tanpa henti terpanjang di saluran TV Pop-Up.
Elly mengakui teruja apabila diberi penghargaan menerima anugerah istimewa ini.
“Saya sangat gembira dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan dan bersyukur serta berbangga kerana dengan anugerah ini memberikan saya semangat yang lebih tinggi dalam menjayakan kelahiran Sayap sebagai buah tangan terbaru di permulaan tahun 2024 ini,” katanya.

Selama tempoh bersiaran selama 48 jam baru-baru ini, peminat Elly Mazlein dapat meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik Sayap, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikinan muzik video.
Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan.
“Kami mengucapkan tahniah kepada Rocketfuel Entertainment selaku pihak syarikat rakaman bagi Elly Mazlein atas pencapaian ini dan kami berharap untuk terus mengiktiraf lebih banyak pencipta rekod tempatan untuk sebarang pencapaian seperti ini,” kata Malaysia Book of Records.

Lagu ‘Sayap’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala untuk anda yang ingin menonton video muzik ‘Sayap’, ianya boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.

