editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Penyanyi muda Jaz Hayat atau lebih mesra dengan panggilan Jaz, dengan single terbaru bertajuk ‘Seribu Tahun’.
Lagu ini adalah lagu saduran daripada penyanyi asal Imran Ajmain yang pernah popular pada tahun 2007.
Lagu ini juga telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposisi asal Taufik Batisah dan penerbit lagu iaitu Seek yang membawa unsur fresh dan terkini.
Jaz berkata, dia memilih lagu ‘Seribu Tahun’ sebagai single terbarunya berikutan pernah beberapa bulan yang lalu dia memuat naik video rakaman lagu berkenaan di sosial media miliknya dan telah mendapat sambutan daripada ramai pengikutnya.
“Pada awalnya, saya sangat sukakan lagu ‘Seribu Tahun’ ini dan dijadikan sebagai content di Instagram dengan durasi satu minit 30 saat itu tiba-tiba mendapat sambutan daripada peminat.
“Selepas itu, saya dan syarikat rakaman Sony Music Entertainment berbincang untuk menghasilkan ia sebagai lagu saduran untuk keluaran single terbaru untuk tahun 2023 selepas single ‘Bersamamu’,” katanya.

Selain itu, lagu ini sangat istimewa untuk Jaz kerana ia mengisahkan tentang kesetiaan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun seribu tahun lamanya. Namun adakah ia akan bertahan selamanya? Jaz berasa teruja dengan lagu ini kerana pendengar dapat kaitkan dengan pengalaman peribadi masing-masing.
“Lagu ini mengenai kesetiaan seseorang yang akan bertahan seribu tahun lamanya dan adakah ia mampu bertahan selama itu? Keunikkan lagu ini juga tiada kesimpulan, sebaliknya ia memberi persoalan kepada pendengar.
“‘Seribu Tahun’ juga mempunyai makna lirik yang mendalam dan melodi yang indah, sekali gus genre ballad telah mengembalikan gaya nyanyian asal seperti single sulung saya, ‘Dari Mata’ dan ini dapat membantu saya dalam menyampaikan karya ini dengan lebih baik.
“Ketika saya sekolah menengah, ‘Seribu Tahun’ sudah pun popular di Kawasan Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Malaysia,” katanya.
Selain itu, lagu ‘Seribu Tahun’ ini telah mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia, apabila telah disenaraikan di dalam empat playlist teratas di saluran strim digital, Spotify seperti Galau Rabak, Carta Malaysia, Pop Balada dan Pop Terkini.
“Saya tidak sangka lagu ini mendapat sambutan daripada Malaysia, dengan pencapaian ini saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas sokongan terhadap kerjaya saya terutamanya lagu ‘Seribu Tahun’ ini.
“Semoga tahun akan datang saya dapat menghasilkan karya-karya yang lebih banyak dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Lagu ‘Seribu Tahun’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

