28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 16, 2025

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia perkenal menu sempena musim cuti sekolah

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – PEJAM celik tanpa kita sedar, kita sudah menghampiri penghujung tahun yang sangat sinonim dengan musim percutian dan perayaan.

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CB&TL) ingin mengalu-alukan semua rakyat Malaysia ke satu perjalanan untuk meneroka Joy – ataupun ‘Keceriaan Musim Percutian’.

Tidak kira anda mengidamkan perisa kegemaran, ataupun ingin meneroka pengalaman baharu, alamilah ‘Keceriaan dalam Setiap Cawan’ A Little Bit of Joy in Every Cup yang telah di sediakan.

Ketua Pemasaran & Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues berkata, tahun ini, CB&TL akan menjadikan ‘Joy – Keceriaan Musim Percutian’ sebagai mesej musim percutian mereka kerana ia satu emosi yang mampu dicapai, namun pada masa sama, dianggap sukar difahami.

“Walau bagaimanapun, kami sedar emosi ini sering dialami secara semula jadi.

“Jadi, kami ingin menggalakkan semua untuk menghayati detik-detik berharga yang berlalu dengan pantas, dengan minuman unik yang dibuat sendiri dengan penuh teliti, serta pelbagai makanan lazat bagi meneroka ‘Keceriaan Musim Percutian’.

“Marilah kita sama-sama menjadikan musim ini benar-benar luar biasa, lebih kreatif, ditemani rakan dan keluarga tersayang, mahupun dengan diri sendiri,” katanya.

Bagi mencetuskan ‘Keceriaan Musim Percutian’, CB&TL telah membawa kembali gandingan pudina dengan coklat yang digemari ramai.

Tidak kira anda memilih Double Chocolate Peppermint Ice Blended®, Double Chocolate Peppermint Latte, Gibraltar Peppermint Latte, Peppermint Cream Cold Brew Coffee ataupun Double Chocolate Peppermint Cocoa, alamilah setiap cawan yang membahagiakan.

Bagi anda yang suka dan teruja dengan perisa unik dan berani mencuba sesuatu yang baru, CB&TL turut membawakan perisa rempah ratus yang mengujakan untuk menutup tirai tahun ini.

Gandingan coklat dan cili pasti akan membawa dimensi rasa baharu, yang menyemarakkan semangat anda untuk musim perayaan ini.

Ia termasuk Chili Chocolate Ice Blended®, Chili Chocolate Latte, dan Cold Brew Black with Chili Cream Cap.

Kebahagiaan perut yang kenyang memang tiada bandingannya. Jadi, CB&TL teruja untuk mempersembahkan pelbagai hidangan musim percutian bagi memenuhi selera anda.

Idamkan snek yang ringan dan lazat? Rasailah Cinnamon & Raisin Swirl dan Panettone Frost.

Di samping itu, Lil’ Joy Cookie, Jolly Breadman, dan Jingle Wonderland pasti akan menceriakan hati kanak-kanak serta anda yang berjiwa muda.

Sudah tentu tidak dilupakan penggemar kek, pelbagai kek yang berilhamkan tradisi antarabangsa dan tempatan – Winter Speculoos adalah penghormatan kepada biskut shortbread berempah Belgium, manakala Minted Frost menyatukan keunikan pandan dengan kek coklat mint.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular