editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Pratempahan HONOR X9b 5G telah menerima sambutan luar biasa dengan mencapai lebih RM10 juta.
Telefon pintar yang dinanti-nantikan ini sudahpun mula dijual secara rasmi di seluruh negara bermula hari ini.
HONOR X9b 5G berjaya mencuri perhatian ramai kerana telefon pintar Tahan Lasak Setiap Sudut.
HONOR X9b 5G ditawarkan pada harga RM1,499 didatangi dengan hadiah bernilai sehingga RM759 yang termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan fon putij telinga HONOR CHOICE Earbuds X5.
Bukan sekadar telefon pintar biasa, HONOR X9b 5G menawarkan ciri-ciri penaiktarafan pada keseluruhan.
Dapatkan HONOR X9b 5G di kedai HONOR, laman web rasmi HIHONOR.COM, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, HONOR Malaysia TikTok Shop, kedai pengedar sah, Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Maxis dan Yes.
Sementara telefon pintar ini boleh didapati pada Celcom, Digi dan U Mobile pada masa terdekat.
HONOR X9b 5G berjaya menawan hati penggemar teknologi atas beberapa faktor menarik.

Apa yang menjadikan HONOR X9b unik?
HONOR X9b 5G berjaya menawan hati penggemar teknologi atas beberapa faktor menarik. Berikut adalah sebab-sebabnya:
Kekuatan dinaik taraf: Melebihi had ketahanan
HONOR X9b 5G tahan lasak 360° dan merupakan telefon pintar pertama di dunia untuk menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland. Rintangan jatuh telefon pintar ini ditambah baik daripada 1 meter kepada 1.5 meter dan melindungi setiap sudut paparan lengkung OLED Ultra Tahan Lasak. Berbanding pendahulunya, ketahanan paparan HONOR X9b 5G telah ditingkatkan tiga kali ganda, menjadikannya telefon HONOR paling lasak setakat ini. Peminat pasti berpuas hati dengan penaiktarafan Perlindungan Skrin Retak Bahagian Depan & Belakang 365 Hari.
Bateri yang dinaik taraf: Bateri 5800mAh terbesar dalam segmen
Meskipun berat HONOR X9b 5G hanya 185g dan badan nipis 7.98mm, peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri besar 5800mAh, paling besar dalam segmennya. Kuasa tersebut mencukupi untuk menghidupkan peranti ini sehingga 3 hari dengan penggunaan biasa. Anda boleh menikmti sehingga 19 jam video tanpa henti, 12 jam permainan mudah alih, atau 22 jam melayari media sosial dengan hanya sekali pengecasan.
Semua penaiktarafan menakjubkan tersebut pada HONOR X9b 5G boleh didapati pada harga menarik RM1,499. Jangan tunggu lagi, dapatkan HONOR X9b 5G sekarang sebelum habis terjual! Untuk maklumat lanjut boleh layari https://bit.ly/HONORX9bPR.