27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 9, 2025

Debaran malam konsert ‘Rockmantic Night – Judika & The Gang’ makin terasa

KUALA LUMPUR – Malaysia, adakah anda sudah bersedia? Saksikan bintang terfenomena dari Indonesia kegemaran anda, Judika, bakal beraksi dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu tahun ini ‘Rockmantic Night – Judika & The Gang’.

Menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Haqiem Rusli, Marsha Milan dan Shila Amzah konsert yang berlangsung Sabtu ini, bermula jam 8 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil yang dibawakan khas oleh jenama kosmetik eksklusif dan terunggul, Alha Alfa dengan syarikat penganjur acara ternama dari Indonesia, Dua Anak Deo (DAD) Management dan juga penganjur bersama, Kharisma Music International.

Jurucakap DAD, selaku label rakaman muzik dan pengurusan artis yang diasaskan pada tahun 2018 oleh Judika sendiri bersama sang isteri, Duma Riris berkata, persiapan menjelang hari konsert hampir 100 peratus kesemuanya termasuk latihan persembahan bersama pemuzik profesional dan band iringan, perancang grafik, susunan muzik, dan lain-lain persiapan.

“Saya tidak sabar untuk memberikan yang terbaik buat semua yang hadir pada malam konsert nanti.

“Pastinya saya akan menghasilkan sebuah persembahan romantis yang bakal menjadi kenangan manis buat semua yang menontonnya.

“Di antara lagu-lagu ‘sing-along’ yang wajib dihafal oleh semua yang membeli tiket adalah Cinta Karna Cinta, Bukan Rayuan Gombal, Jikalau Kau Cinta, Putus Atau Terus dan juga Sampai Kau Jadi Milikku. 

“Dapatkan segera tiket konsert yang masih ada seperti ‘Normal Standing’ di www.ticket2u.com.my/judika, manakala tiket-tiket lain seperti Gold, Silver, VIP Standing, VIP dan Platinum telah pun’sold-out’.

Pemilik nama sebenar Judika Nalom Abadi Sihotang ini memilih tema ‘Rockmantic’ yang juga gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantic’ yang terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, seorang yang penyayang dan pencinta terhadap keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya berbaur romantis.

Dianggarkan sekitar lebih dari 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan oleh Judika pada malam konsert nanti dengan durasi lebih kurang dua jam di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

“Saya ingin semua peminat yang hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapat melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan.

“Datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan penuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta kerana dengan cinta membuat kita rasa bersemangat.

“Semoga konsert Rockmantic Night – Judika & The Gang ini menjadi salah salah satu pengalaman yang tidak akan anda lupakan, ‘it’s a night to remember’,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular