26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 16, 2025

Konsert Muzik Harmony Setia bakal meriahkan Arena Megastar dengan gabungan bintang terkenal

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Peminat muzik tempatan dan antarabangsa pasti tidak sabar menantikan Konsert Muzik Harmony Setia yang bakal diadakan pada 7 Februari 2025, jam 8.30 malam di Arena Megastar, Kuala Lumpur.

Konsert ini akan menampilkan penyanyi terkenal Charly Van Houten dan Pepeng, yang bakal beraksi bersama beberapa bintang hebat seperti Restu Van Houten, Poey Stings, Angga Chandra, dan Happy Asmara.

Konsert ini menawarkan pengalaman yang tidak ternilai dengan kombinasi artis-artis berbakat yang akan berkongsi pentas dalam sebuah persembahan yang pasti mencipta kenangan indah.

Charly Van Houten, yang terkenal sebagai bekas ahli kumpulan ST12, terkenal dengan lagu-lagu melodi yang menyentuh hati.

Sebagai artis pop Indonesia yang disegani, Charly akan menyampaikan lebih 18 lagu hits termasuk “Biarkan Aku Jatuh Cinta”, “Jangan Pernah Berubah”, “Aku Masih Sayang”, dan “Saat Terakhir”.

Di samping itu, peminat juga akan berpeluang menyaksikan persembahan istimewa daripada Restu Van Houten, anak lelaki Charly yang juga seorang penyanyi dan komposer muda yang berbakat.

Lagu-lagu hits beliau seperti “Jangan Ada Kata Pisah”, “Saranghaeyo”, dan yang terbaru “Dan Ku” pastinya akan memukau penonton.

Kehadiran Angga Chandra yang pada asalnya dikenali sebagai Youtuber dan kini menjadi penyanyi terkenal dengan lagu “Sekecewa Itu” juga pasti ditunggu-tunggu.

Beliau akan membawakan beberapa lagu hits seperti “Sampai Tutup Usia” dan “Semua Demi Kamu” yang pastinya akan menggamit kenangan.

Satu lagi yang dinanti-nantikan adalah penampilan Poey Stings, ahli kumpulan rock popular Stings, yang juga rakan baik Charly.

Poey akan bergandingan dengan artis-artis lain untuk menjayakan malam penuh gemilang ini.

Tidak ketinggalan, penyanyi wanita yang turut memeriahkan konsert ini, Happy Asmara.

Dengan bakat serba boleh, Happy semakin dikenali dalam industri hiburan bukan sahaja sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai pelakon.

Popular dengan lagu viral “Rungkad”, Happy Asmara akan menyanyikan lagu cover hits Malaysia, “Bukan Cinta Biasa” (versi Datuk Siti Nurhaliza), dan lagu viral “Ikan Dalam Kolam” yang pasti akan memikat hati penonton.

Dengan gabungan vokal yang mantap, persembahan luar biasa, serta sokongan daripada visual dan pencahayaan yang hebat, Konsert Muzik Harmony Setia yang berdurasi lebih dua jam ini dijangka menjadi satu pengalaman muzik yang tidak akan dilupakan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan epik ini. Dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan bintang-bintang ini menggegarkan pentas Arena Megastar.

Promosi jualan tiket istimewa bersempena Hari Krismas dan Tahun Baru, untuk tiket kategori Biasa (berdiri) harga promosi adalah:

Combo 2 tiket – RM139

Combo 3 tiket – RM129

Combo 4 tiket – RM125

ARTIKEL BERKAITAN

Popular