33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 3, 2026

Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 kembali lagi

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Keterujaan kembali apabila industri seni Malaysia bersiap sedia untuk mempamerkan bakat yang mempesonakan pada edisi ke-19 Anugerah Seni Cameronian BOH (19BCAA).

Bersedia untuk merai kecemerlangan penggiat seni persembahan negara yang terus memikat penonton dan mengekalkan semangat seni sepanjang tahun lalu.

Seraya kita bersedia untuk menghargai persaudaraan seni tempatan yang cemerlang, kita juga akan bersama-sama menikmati keajaiban yang mereka ciptakan, menyemarakkan hati dan minda dengan keazaman dan kreativiti mereka yang tidak terbatas.

Pencalonan 19BCAA sudahpun diumumkan di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya pada 18 Mac lalu.

Ini adalah kemuncak acara yang dinilai sepanjang tahun lalu, dengan 74 produksi dari kategori tarian, muzik, teater muzikal dan teater diadili oleh sekumpulan juri yang hebat.

Terdapat sejumlah 37 sub-kategori termasuk Persembahan/Pelakon Terbaik untuk Watak Utama, Kostum Terbaik, Penggayaan & Solekan, Nilai Produksi dan lebih banyak anugerah untuk kategori bakat persembahan, teknikal & kreatif.

Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Jason Foo berkata, 19BCAA adalah sesuatu yang istimewa kepada BOH kerana ia bertepatan dengan Ulang Tahun ke-95.

“Jika diimbas kembali, saya melihat terdapat banyak persamaan antara menyempurnakan seni pembikinan teh dan memajukan industri seni persembahan.

“Kedua-duanya memerlukan semangat yang tidak putus-putus dengan antusias yang kuat, dedikasi dan komitmen untuk menguasai kraf masing-masing.

“Melangkah ke hadapan, janji BOH adalah untuk sentiasa melabur dalam usaha ‘sustainabilitea’ supaya kami boleh meneruskan pembuatan.

“Matlamat dalam perjalanan jenama kami adalah untuk berkongsi teh yang lazat kami dengan generasi akan datang disamping meningkatkan kesejahteraan komuniti yang kami berkhidmat.

“Saya yakin industri seni persembahan juga akan terus memupuk pertumbuhan ekspresi kreatif dan memacu kecemerlangan pada tahun-tahun mendatang. Inilah ‘tea toast’  kepada 19BCAA dan semua penggiat seni persembahan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kakiseni Low Ngai Yuen berkata, ketika pihak mereka mendedahkan pencalonan 19BCAA, adalah penting untuk mengiktiraf dedikasi yang dicurahkan tanpa henti-henti sama ada di atas dan luar pentas.

“Penganugerahan ini bukan sahaja mengenai bakat ia adalah pengiktirafan kecemerlangan yang dipamerkan melalui antusias yang tidak terkira banyaknya, sinonim dengan komuniti seni persembahan Malaysia.

“Ini adalah tahun ke-19 Anugerah Seni BOH Cameronian, oleh itu marilah kita sama-sama luangkan sedikit masa untuk mengiktiraf legasi di sini.

“BCAA telah menjadi juara kecemerlangan yang teguh selama hampir dua dekad, berdedikasi untuk mengiktiraf yang terbaik.

“Di samping itu, adalah penting untuk menyerlahkan usaha berterusan dalam penghakiman dan inovasi dalam seni persembahan. Perubahan sedang berlaku dalam industri seni persembahan dan BCAA menerima evolusi ini, memastikan inovasi dan kebolehsuaian dinilai bersama tradisi dan penguasaan.

“Pasti akan ada kemas kini dan tweak terhadap format serta metodologi penghakiman untuk BCAA pada masa akan datang.

“Ini adalah komitmen untuk kekal relevan dan responsif terhadap sifat dinamik persada seni persembahan. Ini bagi menghormati legasi dan terus meningkatkan bakat luar biasa untuk tahun-tahun mendatang,” katanya.

Tema tahun ini Pentas Kehidupan: Meneroka Tanpa Batasan, telah dipilih untuk meraikan penerokaan kreativiti tanpa batas dalam komuniti seni persembahan.

Dari yang biasa kepada yang luar biasa, pengalaman hidup berfungsi sebagai muse ultimate untuk inovasi dan imaginasi, dan BCAA ingin mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada kuasa transformatif seni serta kekayaan dan kerumitan pengalaman manusia.

Lihat senarai penuh pencalonan Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 disini atau www.kakiseni.org/awards.

Anugerah Seni BOH Cameronian dengan bangganya disokong oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan disokong oleh penaja utama, BOH Plantations.

Majlis Anugerah untuk 19BCAA dijadualkan berlangsung pada 5 Mei depan.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular