27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026

Labrich mengukir sejarah menerusi pelancaran produk di puncak Menara Kuala Lumpur

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Jenama kesihatan dan kesejahteraan, Labrich, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri kesihatan menerusi pelancaran dua produk inovatif baharu, Labrich TriBio Women Wellness dan Labrich TriBio Kids.

Dalam majlis eksklusif The Labrich Reveal: Nurturing Generations, Empowering Vitality yang berlangsung di Hemisphere Luxury Hall, KL Tower itu, turut diumumkan pelantikan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai duta jenama rasmi.

Majlis bertemakan warna merah jambu, merah dan krim itu menghimpunkan lebih 60 wakil media, rakan strategik, pempengaruh serta tetamu jemputan bagi meraikan perkembangan terbaharu Labrich dalam memperluaskan portfolio produk kesihatan berasaskan sains.

Mengangkat tema “Nurturing Generations, Empowering Vitality”, acara tersebut mencerminkan komitmen berterusan Labrich dalam memperkasakan kesejahteraan individu dan keluarga melalui pendekatan kesihatan holistik yang bermula dari dalam tubuh.

Pendekatan itu selari dengan aspirasi jenama menerusi tagline “Nurturing Life for Every Generation”, yang menekankan kepentingan kesihatan usus sebagai asas kepada kesejahteraan menyeluruh merangkumi kecantikan kulit, kesihatan wanita serta perkembangan kanak-kanak.

Menurut Pengasas Labrich, penubuhan jenama itu tercetus hasil pengalaman beliau sebagai seorang doktor yang menyaksikan peningkatan penyakit kronik berpunca daripada masalah metabolik yang semakin membimbangkan.

“Sebagai seorang doktor, saya melihat sendiri bagaimana banyak penyakit kronik yang semakin meningkat hari ini sebenarnya berpunca daripada satu masalah asas yang sering dipandang ringan iaitu berat badan berlebihan dan insulin resistance.

“Keadaan ini menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan gangguan metabolik yang lain,” katanya.

Daripada pemerhatian itu, lahirlah produk pertama Labrich iaitu Labrich TriBio, yang dibangunkan berasaskan formulasi sinbiotik menggabungkan prebiotik, probiotik dan postbiotik bagi membantu memulihkan kesihatan usus, menyokong metabolisme yang lebih baik serta mengurangkan keradangan dalam badan.

Kejayaan produk berkenaan kemudiannya diteruskan dengan penghasilan Labrich TriBio SkinAX®, yang diformulasikan menggunakan bahan premium seperti KOMUCERA®, SkinAx²®, Niacinamide dan Glutathione bagi membantu wanita memperoleh kulit yang lebih sihat dan berseri dari dalam, sekali gus meningkatkan keyakinan diri.

Dalam majlis sama, Labrich turut memperkenalkan Labrich TriBio Women Wellness, produk yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan wanita moden dengan membawa tagline “Empowering Women from Within”.

Menurut Labrich, idea penghasilan produk itu tercetus ketika sesi penggambaran bersama Che Puan Sarimah Ibrahim pada bulan Ramadan, apabila pasukan syarikat menyedari cabaran yang dihadapi wanita dalam mengimbangi kerjaya, keluarga dan tanggungjawab harian.

Pada masa sama, ramai pesakit wanita di klinik turut berkongsi masalah seperti cepat letih, kekurangan tenaga, emosi tidak stabil serta jangkitan saluran kencing yang berulang.

Berikutan itu, Labrich TriBio Women Wellness diformulasikan dalam bentuk serbuk berperisa cranberry dengan kandungan 10 bilion CFU probiotik bagi setiap sachet serta disyorkan diambil satu hingga dua sachet setiap hari.

Produk berkenaan menggabungkan prebiotik, probiotik dan postbiotik untuk menyokong kesihatan usus, selain mengandungi L-Carnitine, Taurine, L-Citrulline dan Chromium Picolinate bagi membantu meningkatkan tenaga dan metabolisme.

Formulasi itu turut diperkaya dengan Myo-Inositol serta Magnesium Glycinate untuk menyokong keseimbangan emosi, selain D-Mannose bersama lima strain probiotik utama bagi membantu mengurangkan risiko masalah saluran kencing.

Selain memberi tumpuan kepada kesihatan wanita, Labrich turut memperkenalkan Labrich TriBio Kids yang dibangunkan hasil permintaan tinggi daripada komuniti pengguna produk TriBio sendiri.

Membawa tagline “Happy Tummies, Happy Kids”, produk itu diformulasikan khusus bagi menyokong kesihatan usus, tumbesaran serta perkembangan kanak-kanak.

Menurut Labrich, ramai ibu bapa berkongsi bahawa anak-anak mereka gemar mengambil TriBio yang terdapat di rumah, sekali gus mendorong syarikat menghasilkan formulasi khas yang memenuhi keperluan nutrisi golongan kanak-kanak.

TriBio Kids hadir dalam bentuk tablet kunyah berperisa strawberi dengan kandungan lima bilion CFU probiotik dan 30 miligram DHA bagi setiap tablet.

Produk itu bukan sahaja membantu menyokong kesihatan sistem pencernaan melalui gabungan prebiotik, probiotik dan postbiotik, malah diperkaya dengan Zinc serta Vitamin C bagi menguatkan sistem imun.

Selain itu, kandungan Choline, DHA dan Lutein membantu perkembangan otak, manakala Lysine menyokong peningkatan selera makan. Formulasinya turut direka agar lembut pada sistem pencernaan dan sesuai untuk keperluan kanak-kanak pelbagai peringkat usia.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pengumuman rasmi Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai duta jenama Labrich.

Pemilihan personaliti terkenal itu dilihat selari dengan nilai yang diperjuangkan Labrich sebagai seorang wanita yang aktif, mengutamakan kesihatan, berkeyakinan tinggi serta menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Kerjasama strategik itu diharap mampu memperkukuhkan mesej bahawa kesejahteraan sebenar bermula dari dalam dan memberi impak positif terhadap setiap aspek kehidupan.

Mengulas mengenai hala tuju syarikat, Pengasas Labrich berkata setiap inovasi yang dibangunkan sentiasa berpaksikan matlamat untuk membantu individu mencapai potensi terbaik pada setiap fasa kehidupan.

“Bagi kami, kesihatan bukan sekadar menghilangkan penyakit. Kesihatan adalah tentang membantu setiap individu menjadi versi terbaik diri mereka pada setiap fasa kehidupan. Itulah komitmen yang terus memacu perjalanan dan inovasi Labrich,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran Labrich TriBio Women Wellness dan Labrich TriBio Kids membuktikan komitmen syarikat untuk terus membangunkan penyelesaian kesihatan berasaskan sains yang mampu menyokong kesejahteraan seluruh keluarga.

Labrich adalah jenama kesihatan dan kesejahteraan yang komited membangunkan produk berasaskan sains bagi menyokong kesihatan menyeluruh bermula dari dalam tubuh.

Dengan memberi tumpuan kepada kesihatan usus, kecantikan dalaman, kesejahteraan wanita serta perkembangan kanak-kanak, syarikat percaya bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kehidupan yang lebih berkualiti untuk setiap generasi.

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Popular