27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026

Lotus’s Malaysia santuni warga emas sempena Tahun Baru Cina melalui inisiatif #KitakanJiran

editormaxinfo@gmail.com

CHERAS – Lotus’s Malaysia terus memperkukuh peranannya sebagai peruncit berfokuskan komuniti apabila melangkah lebih jauh melangkaui operasi stor dengan menyantuni warga emas sempena sambutan Tahun Baru Cina menerusi inisiatif #KitakanJiran di bawah kempen Semuanya Ekstra Ongsem yang sedang berlangsung.

Berteraskan kepercayaan bahawa Tahun Baru Cina adalah tentang kebersamaan, kekeluargaan dan perkongsian tradisi, Lotus’s Malaysia membawa semangat perayaan terus ke dalam komuniti dengan memastikan warga emas turut merasai kemeriahan musim perayaan ini.

Inisiatif berkenaan memberi penekanan kepada kehadiran, interaksi dan hubungan bermakna melalui aktiviti perayaan yang ringkas namun penuh nilai sentimental, seperti membuat dumpling dan acara yee sang bersama warga emas di pusat jagaan terpilih.

Setakat ini, tujuh sesi lawatan komuniti telah berjaya dianjurkan di beberapa pusat jagaan warga emas sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, dengan sesi kelapan berlangsung hari ini di Pusat Jagaan Little Sisters of The Poor di Cheras bersama penyertaan rakan jenama serta wakil media.

Secara keseluruhan, inisiatif ini menyasarkan penglibatan sebanyak 21 pusat jagaan warga emas di seluruh negara, sekali gus membawa keceriaan Tahun Baru Cina kepada hampir 1,000 warga emas sepanjang tempoh perayaan.

Lebih 400 sukarelawan #KitakanJiran daripada Lotus’s Malaysia dan rakan jenama turut terbabit secara langsung dalam menjayakan program ini.

Ramai dalam kalangan mereka menyifatkan pengalaman ini sebagai sangat bermakna dan memberi kesan mendalam, bukan sahaja sebagai usaha memberi kembali kepada masyarakat, malah sebagai peluang membina hubungan merentas generasi serta menghidupkan semula nilai teras perayaan yang berlandaskan keprihatinan, empati dan kebersamaan.

Inisiatif lawatan komuniti ini turut diperkukuhkan dengan sokongan padu rakan jenama seperti Maggi, Milo, Omega Milk, Chips More serta rakan minuman rasmi Coca-Cola.

Melalui kerjasama ini, sumbangan produk bernilai lebih RM46,000 telah disalurkan, merangkumi keperluan harian dan juadah perayaan bagi membantu memenuhi keperluan praktikal warga emas sambil menceriakan sambutan Tahun Baru Cina mereka.

Menurut Ketua Komunikasi dan Kelestarian Lotus’s Malaysia, Hanim Hamdan, sambutan Tahun Baru Cina seharusnya menjadi ruang untuk semua lapisan masyarakat merasai kebersamaan tanpa ada yang terpinggir.

“Perayaan ini bukan sekadar tertumpu kepada aktiviti membeli-belah, sebaliknya membawa makna lebih besar dalam menghubungkan manusia dan menyebarkan kegembiraan,” katanya.

Melalui inisiatif #KitakanJiran, pasukan Lotus’s Malaysia bersama rakan jenama meluangkan masa bersama warga emas, berkongsi tradisi dan membawa kemeriahan perayaan terus kepada mereka.

Walaupun usaha ini mungkin kelihatan sederhana, ia membawa makna besar dalam memastikan warga emas berasa dihargai, diingati dan kekal menjadi sebahagian daripada sambutan perayaan.

Selari dengan semangat itu, Lotus’s Malaysia terus memanfaatkan musim perayaan sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan sesama komuniti serta menyemai nilai kemanusiaan melalui pendekatan yang inklusif dan penuh empati.

Kempen Tahun Baru Cina Semuanya Ekstra Ongsem Lotus’s Malaysia akan berlangsung sehingga 25 Februari 2026, menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus bagi lebih 1,500 barangan perayaan dan keperluan isi rumah.

Pelanggan juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik di 31 cawangan Lotus’s CNY World terpilih di seluruh negara, selain merebut peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM1.5 juta menerusi promosi khas ahli My Lotus’s dan acara di kedai.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular