editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – EXAL Malaysia meraikan satu pencapaian penting dalam usaha mentransformasikan gaya hidup komuniti moden apabila Fasa 1 pembangunan kediaman SÓL Estate berjaya diserahkan kepada pemilik baharu.
Terletak di Sarawak, projek ini bukan sahaja mencerminkan pendekatan holistik terhadap reka bentuk kediaman, malah menandakan satu fasa baharu dalam pembangunan komuniti yang mampan dan berpaksikan nilai hidup generasi milenial.
SÓL Estate dibangunkan sebagai respons terhadap perubahan keperluan generasi muda, khususnya golongan milenial yang kini merangkumi 25 peratus daripada populasi Malaysia.
Dengan pertumbuhan nilai transaksi hartanah meningkat sebanyak 23.8 peratus dalam separuh pertama tahun 2024, EXAL tampil dengan penyelesaian yang menepati keinginan golongan ini iaitu rumah yang menyokong kelestarian alam, gaya hidup aktif dan nilai jangka panjang.

Fasa pertama SÓL Estate Prime membabitkan 74 unit kediaman yang direka dengan ciri-ciri mesra alam serta dilengkapi teknologi pintar.
Setiap unit menampilkan rekaan seni bina yang menekankan kecekapan tenaga melalui penggunaan strategi pasif seperti pengudaraan silang semula jadi dan kecekapan tenaga suria, membolehkan pengurangan kebergantungan terhadap sumber tenaga sambil mengekalkan keselesaan terma di dalam rumah.
Pendekatan reka bentuk turut menggabungkan ruang dalaman dan luaran secara harmoni, mewujudkan suasana terbuka dan mesra alam.
Selain itu, susun atur ruang dalaman yang fleksibel membolehkan penghuni menyesuaikan kediaman mengikut keperluan hidup yang sentiasa berubah, dari awal kerjaya hingga ke fasa berkeluarga.
Setiap rumah turut dilengkapi dengan infrastruktur sedia solar, kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV), serta reka bentuk estetik moden yang menepati cita rasa pembeli hari ini.
Bagi melengkapi kehidupan komuniti, pelbagai kemudahan bersama turut disediakan seperti ruang hijau, kawasan kesejahteraan dan elemen landskap yang menyokong interaksi sosial serta ketenangan peribadi.
Dalam menangani cabaran alam sekitar yang semakin kritikal, EXAL turut mengambil langkah proaktif dengan membangunkan infrastruktur lestari seperti kolam takungan air, jalan dan aras rumah yang ditinggikan bagi mengurangkan risiko banjir, serta rawatan tanah dan asas yang dipertingkatkan bagi menjamin ketahanan struktur bangunan.
Komitmen EXAL terhadap kualiti bukan sekadar pada reka bentuk fizikal, malah turut diterjemahkan dalam proses penyerahan rumah kepada pemilik.
Dengan pelaksanaan pemeriksaan kualiti QLASSIC dan sesi orientasi prapenyerahan, EXAL memastikan setiap pembeli menerima kediaman dengan penuh keyakinan dan ketelusan.
Ini dibuktikan melalui pencapaian skor QLASSIC terkini sebanyak 84 peratus, menunjukkan tahap kualiti pembinaan yang tinggi serta konsisten.
Bagi memastikan penyelenggaraan berterusan selepas penyerahan, EXAL telah melantik Knight Frank Property Management sebagai pengurus hartanah rasmi SÓL Estate.
Langkah ini memberi jaminan kepada pemilik rumah bahawa kediaman mereka akan diselenggara secara profesional, sekali gus mengekalkan nilai hartanah dan kesejahteraan komuniti.
Pengarah Urusan EXAL Malaysia, Albert Ko berkata, SÓL Estate dibangunkan lebih daripada sekadar tempat tinggal ia adalah ruang untuk rasa memiliki dan membina masa depan.
“Kami berbangga menyambut pemilik baharu ke rumah yang bukan sahaja memenuhi keperluan fizikal, tetapi juga mencerminkan nilai, cita-cita dan kesejahteraan hidup mereka,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang EXAL dalam membina persekitaran lestari dan bandar pintar, kerjasama strategik turut dijalinkan bersama Solarvest dan GreenRE.
Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk penggunaan bahan binaan mesra alam, reka bentuk solar pasif, serta integrasi teknologi hijau dalam setiap aspek pembangunan.
Sebagai penyumbang utama kepada Pelan Induk Bandar Pintar Kuching, EXAL terus mempelopori usaha mentakrifkan semula perumahan moden melalui prasarana pintar dan amalan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Dengan semakin ramai golongan milenial mencari kediaman yang mencerminkan nilai hidup mereka sama ada dari aspek kelestarian, kesihatan, atau fleksibiliti EXAL Malaysia kekal komited untuk menawarkan penyelesaian masa depan yang relevan dan bermakna.
Penyerahan Fasa 1 ini menjadi titik permulaan kepada fasa-fasa seterusnya dalam pembangunan SÓL Estate, yang dijangka hadir dengan ciri-ciri lebih inovatif dan pengalaman hidup yang lebih diperibadikan.
Melangkah ke hadapan, EXAL Malaysia terus mendukung visi untuk menyediakan kediaman aspirasi yang mampu berkembang bersama penghuni membina akar yang kukuh untuk masa depan yang lebih mampan dan penuh harapan.


https://shorturl.fm/MEjWj