editormaxinfo@gmail.com
PETALING JAYA – Malaysia menandakan satu lagi pencapaian penting dalam landskap hiburan dan pelancongan apabila Idea Live Arena, sebuah arena tertutup moden dan terbesar dalam pusat beli-belah di negara ini, dirasmikan di 3 Damansara, Petaling Jaya.
Arena serba canggih ini kini bersedia untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab hiburan serantau menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Tan Mei Phing, dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib.
Kehadiran ramai pemain industri, tetamu kehormat dan peminat hiburan memeriahkan lagi acara yang penuh berprestij itu.
Idea Live Arena direka khas sebagai ruang acara bertaraf antarabangsa, mampu memuatkan sehingga 5,000 tempat duduk atau sehingga 7,000 tetamu dalam susunan duduk dan berdiri.

Projek ini direalisasikan menerusi pelaburan sebanyak RM40 juta yang merangkumi kerja-kerja naik taraf struktur, pengubahsuaian serta pemasangan sistem audio, pencahayaan dan visual terkini.
Arena ini turut dilengkapi dengan ruang legar luas untuk sambutan tetamu, bilik persalinan artis yang moden dan lima kotak VIP eksklusif bagi pengalaman premium.
Suasana majlis pelancaran bertambah meriah dengan persembahan memukau daripada penyanyi legenda negara, Dato’ Sheila Majid.
Persembahan beliau bukan sahaja menghidupkan suasana, tetapi turut memperlihatkan keunggulan akustik dan sistem visual arena berkenaan, memperkukuhkan lagi imej Idea Live Arena sebagai pentas pilihan utama untuk persembahan berskala besar.

Terletak di lokasi strategik dalam pusat beli-belah 3 Damansara, Idea Live Arena dijangka menjadi pusat tarikan utama yang menghidupkan kembali nadi ekonomi bandar, khususnya di Petaling Jaya.
Kewujudannya bakal menarik lebih ramai pengunjung, pelancong dan komuniti perniagaan ke kawasan sekitar, sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
Dalam ucapannya, Azmir Saifuddin berkata,kemudahan seperti Idea Live Arena dalam melonjakkan industri kreatif tempatan ke tahap lebih tinggi.
Menurut beliau, arena ini bukan sahaja membuka peluang kepada produksi antarabangsa, malah turut menjadi platform penting bagi bakat tempatan seperti pembikin filem, pemuzik dan penggiat seni budaya untuk menyerlah di pentas global.

Beliau turut berkongsi mengenai inisiatif terbaharu yang diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, iaitu Insentif Konsert dan Acara di Malaysia (CEMI).
Melalui skim ini, sebanyak RM10 juta setahun akan diperuntukkan bermula 15 Mei 2025 bagi menyokong penganjuran acara berskala besar yang mampu menarik lebih 15,000 pengunjung, dengan penyertaan artis tempatan dan antarabangsa.
Inisiatif ini diharap dapat memperkasa lagi sektor acara langsung dan menjadikan Malaysia sebagai lokasi pilihan utama untuk produksi hiburan.
Idea Live Arena bukan sekadar ruang persembahan ia adalah simbol kepada komitmen berterusan negara dalam membina ekosistem hiburan dan pelancongan yang mampan dan berdaya saing.
Pelancarannya turut selari dengan strategi kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi budaya dan pelancongan global menjelang VM2026.

Dengan segala kemudahan moden dan daya tarikan bertaraf dunia yang ditawarkan, Idea Live Arena dijangka memainkan peranan penting dalam menarik kehadiran pelawat dari seluruh Asia Tenggara dan seantero dunia, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab pelancongan budaya dan hiburan serantau.
Good https://is.gd/N1ikS2
Very good https://is.gd/N1ikS2
Awesome https://is.gd/N1ikS2
Awesome https://is.gd/N1ikS2
Awesome https://is.gd/N1ikS2