editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kembali menyajikan drama dan kejutan pada minggu kedua pertandingan, apabila empat bakat muda terpaksa mengucapkan selamat tinggal.
Setelah sebuah minggu yang penuh dengan emosi dan persaingan sengit, Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat terpaksa akur dengan nasib apabila gagal meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.

Meskipun mereka semua memberikan persembahan yang luar biasa dan menerima komen positif daripada juri, saingan sengit dari peserta lain yang juga berbakat besar menyebabkan mereka gagal memperoleh cukup undian untuk terus bertahan.
Dedikasi dan usaha gigih mereka di pentas patut dipuji dalam suasana yang penuh kompetitif ini.
Malam yang menyaksikan penyertaan penuh emosi daripada para peserta.
Antara yang mencuri perhatian adalah Marygrace yang menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dengan penuh perasaan.

Walaupun menghadapi cabaran memahami lirik puitis lagu tersebut, Marygrace berjaya menampilkan versi tersendiri yang memberi kesan mendalam kepada penonton, sekali gus menerima pujian atas kebolehannya menyampaikan emosi yang tulus.
Sementara itu, Jimi dinobatkan sebagai peserta paling “Fizz” minggu ini selepas persembahan bertenaga dan penuh karakter dengan lagu Di Penjara Janji.
Kehebatannya dalam menyampaikan vokal yang kuat dan keaslian dalam nada rendah membuka peluang besar buatnya untuk berduet bersama penyanyi dan komposer terkenal, Aina Abdul, minggu depan.

Pada minggu hadapan, persaingan semakin memuncak apabila Top 10 peserta bakal berentap dengan tema “Rasa Paling Indah”.
Antara yang bakal mempersembahkan bakat mereka termasuk Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, Dayangku Iffah, Hafiz Zainal, dan Eylia Guntabid.
Jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda kerana undian anda sebanyak 40 peratus sangat berharga, manakala 60 peratus lagi ditentukan oleh juri profesional.
Jangan ketinggalan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik, termasuk sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah.

