editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Suria FM bakal memulakan kembali Jelajah Suria mereka dengan konsep baharu yang lebih bertenaga menerusi ‘Jelajah Suria Kuasa 2’, hasil gabungan kerjasama bersama Yaya Empire.
Jelajah kali ini menjanjikan pengalaman yang lebih mengujakan dan bakal menjelajah ke empat lokasi utama di seluruh negara seperti di Penang, Johor, Nilai, dan Kelantan.
Acara ini akan berlangsung selama dua hari di setiap lokasi, bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Lokasi dan Tarikh Jelajah Suria Kuasa 2 akan bermula di Mydin Bukit Mertajam, Penang pada 7 & 8 September 2024 (Sabtu & Ahad) diikuti dengan Plaza Angsana, Johor Bahru: 21 & 22 September 2024 (Sabtu & Ahad), AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan: 28 & 29 September 2024 (Sabtu & Ahad) dan terakhir di AEON Kota Bharu, Kelantan: 11 & 12 Oktober 2024 (Jumaat & Sabtu).

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang jelajah antaranya pertandingan KiraOke Suria, hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM36,000, dan Konsert Jelajah Suria Kuasa 2 yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Kristal X, Zamani Slam, Haqiem Rusly, Ara Johari dan Ernie Zakri.
Tidak ketinggalan bakal memeriahkan acara ialah Amir Masdi & The Band, Aina Abdul, Nabila Razali, Black Hanifah, Ameng Spring, Masdo, Aisha Retno, Ruffedge, Ezad Lazim, Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra, Poey Stings dan ramai lagi.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, Suria FM sangat teruja untuk kembali turun padang temui peminat setia menerusi Jelajah Suria Kuasa 2.

“Kami sangat teruja untuk kembali turun padang bertemu peminat setia dengan memberikan sentuhan segar yang menarik menerusi gabungan kerjasama Suria FM bersama Yaya Empire di Jelajah Suria Kuasa 2.
“Selain berhibur bersama barisan artis popular tanah air dan pelbagai aktiviti pentas yang boleh dimenangi, pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Dato Fizz Fairuz, Suraya, Cik Piah, Rara, Chiwan, Kai Hassan dan saya sendiri,” katanya.
Lebih menarik, pengunjung berpeluang menangi sebahagian RM24,000 menerusi KiraOke Suria di Jelajah dengan hanya rakamkan video nyanyian berdurasi 1 minit daripada senarai lagu yang diberikan.
Muat naik video anda di media sosial berserta hashtag #KiraOkeSuriaPenang, #KiraOkeSuriaJB, atau #KiraOkeSuriaNilai.
Pilih satu lokasi sahaja untuk penyertaan dan jangan lupa tag Suria di Instagram (@suriamalaysia), Facebook (@SuriaFM), dan TikTok (@suriamalaysia).

Pastikan akaun media sosial anda perlu berada dalam mod ‘public’ dan penyertaan yang terpilih akan dihubungi oleh Suria.
“Jadi tunggu apa lagi? Jom datang beramai-ramai dan rasai kemeriahkan Jelajah Suria Kuasa 2,” kata DJ Lin lagi.
Sementara itu, Pengarah Urusan Yaya Empire Nadia Mat Isa berkata, pihaknya sangat teruja untuk berkolaborasi bersama Suria FM buat pertama kali dalam Jelajah Suria Kuasa 2 ini.
“Jangan lupa untuk datang beramai-ramai dan meriahkan Jelajah di setiap lokasi kerana kami akan membawa 580 jenis bauan, termasuk edisi terbaharu kami, ‘Bear Edition’. Jom datang berhibur dan singgah ke booth Yaya Empire,” katanya.

