28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 16, 2025

Serlah bakat cipta video menarik, menangi hadiah sehingga RM10,000

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pembuat video yang merasa diri mereka kreatif dan berbakat dijemput menyertai pertandingan menghasilkan video pendek yang dianjurkan oleh Vintage Wellness.

Dengan durasi antara 2 hingga 3 minit peserta boleh menghasilkan video kreatif pelbagai cara menggunakan produk keluaran Vintage Wellness yang terdiri daripada set penjagaan diri seperti shampo, serum, pencuci muka dan pelbagai lagi.

Pertandingan bermula sekarang sehingga 16 September dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Seramai lima pemenang akan dipilih di mana hadiah menarik disediakan seperti kamera, tablet dan banyak lagi keseluruhan bernilai RM10,000.

Wakil Vintage Wellness, Umagandhan Krishnan berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan daripada orang ramai tidak kira bangsa atau agama asalkan warganegara Malaysia.

“Penyertaan terbuka kepada semua, jika ada di bawah umur 18 tahun kami juga terima asalkan ada keizinan daripada ibu bapa mereka.

“Bagi peserta yang tidak mempunyai kelengkapan seperti kamera dan tempat untuk membuat video mereka boleh menghubungi kami dan semua kelengkapan itu mereka boleh gunakan secara percuma termasuklah penggunaan studio kami,” katanya.

Bagi yang berminat ikuti TikTok@vintagewellness atau hubungi talian Uma 0166027487 / Dewa 0128853056 untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular