editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – U Mobile kini menawarkan kelajuan dua kali ganda untuk semua pelan prabayar tanpa hadnya, termasuk U25, U35, U40, dan U50.
Umobile berkata, dengan peningkatan ini, pelan prabayar U tidak hanya menawarkan kelajuan tertinggi di pasaran untuk semua pelan data tanpa had, tetapi juga mempunyai had Polisi Penggunaan Saksama (FUP) yang lebih tinggi untuk pelanggan dapat menikmati pengalaman sambungan yang lebih baik.
“Peningkatan ini signifikan untuk semua pelan di mana pelan U25 kini menawarkan kelajuan enam megabait sesaat (Mbps), daripada sebelumnya tiga Mbps, dan had FUP dinaikkan dari 30 gigabait (GB) kepada 40 GB.
“Kelajuan pelan U35 dan U40 dipertingkat daripada enam Mbps kepada 12 Mbps, manakala pelan U50 kini menawarkan kelajuan 24 Mbps, sebelum ini 12 Mbps,” katanya dalam satu kenyataan.
Ia berkata, untuk pelan U35, U40, dan U50, had FUP dipertahankan pada 200 GB, yang merupakan yang tertinggi di pasaran untuk kategorinya.
Pelan prabayar U yang dinaik taraf ini menunjukkan komitmen berterusan U Mobile untuk menyediakan sambungan berkualiti dan nilai yang tidak dapat ditandingi kepada semua rakyat Malaysia, sejajar dengan visi syarikat telekomunikasi itu untuk menjadi rakan perkhidmatan digital kegemaran Malaysia.

