editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Selepas 18 tahun, acara kemuncak industri penjahitan Asia, iaitu Persidangan Perikatan Industri penjahitan Asia ke-28 (FAMT 2024), kembali ke Malaysia dan akan diadakan dengan meriah di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dari 1 hingga 6 Ogos depan.
Persidangan ini akan dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Persatuan Tukang Jahit Malaysia, ia akan memberi peluang kepada pereka Malaysia dan Tukang Jahit antarabangsa, bertukar fikiran berkaitan kreativiti dan teknik penjahitan.
Tujuan persidangan ini termasuklah mempromosikan teknik jahitan khas dan galakkan wujud kerjasama diantara penggiat industri, dan memberi peluang kepada penggiat industri, khasnya penjahit berbakat yang baharu Malaysia, menonjol bakat mereka di pentas antarabangsa.
Tiga pertunjukan fesyen akan diadakan semasa persidangan itu berlangsung, iaitu “Fashion Flux” pada 3 Ogos, di mana 10 graduan dari Raffles, INTI dan kolej Vokasional akan mempamerkan 40 karya mereka.
Pada 4 Ogos, pertunjukan fesyen antarabangsa “Mosaik Fesyen” akan diadakan di Pusat Konvensyen HGH. Lebih 30 Asia Master Tailors dan Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA) akan mempamerkan sebanyak 162 karya fesyen jahitan yang cemerlang.

Salah satu acara kemuncak persidangan ini adalah ‘Kuala Lumpur International Suit Walk’ yang akan diadakan pada 5 Ogos. Acara ini akan bermula dari Grand Hyatt Kuala Lumpur ke Pavilion Kuala Lumpur.
Seramai 500 tetamu khas dan 20 selebriti akan mengambil bahagian, supaya acara ini dapat direkodkan dalam Malaysian Book of Records.
Presiden Persekutuan Persatuan Persatuan Tukang Jahit Malaysia (PPPPTJM), Sam Ng Teck Yau berkata persidangan FAMT 2024 kembali ke Malaysia selepas 18 tahun, menunjukkan komitmen negara kita untuk mempromosikan penjahitan tempatan, menggalakkan kerjasama diantara penggiat industri dan memberi peluang kepada penjahit berbakat yang baharu Malaysia mempamerkan bakat mereka di pentas global.
Katanya, seramai 300 wakil dari enam negara Eropah dan 10 negara Asia dijangka menyertai persidangan ini.
“Persidangan ini turut bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mempromosikan kebaya, batik dan songket. Oleh itu, pakaian-pakaian tradisional ini juga akan dipamerkan di peragaan fesyen antarabangsa “Fashion Mosaic”, bagi mempromosikan pakaian-pakaian tradisional negara kita kepada tetamu asing.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Penggalakan Pelancongan Malaysia, Dato’ Yeoh Soon Hin berkata, pihaknya mencadangkan Persekutuan Persatuan Persatuan Tukang Jahit Malaysia membangkitkan cadangan bagi menubuhkan “Hab Fesyen dan Reka Bentuk” di Malaysia di persidangan FAMT 2024 itu nanti.
“Jika hab ini berjaya diwujudkan, bermakna Persekutuan telah mewujudkan satu platform perniagaan yang besar untuk industri Fesyen dan Reka Bentuk Malaysia bagi membesarkan pasaran dan meningkatkan keterlihatan industri reka bentuk dan fesyen negara kita.

“Jika hab ini dapat disepadukan dengan sektor pelancongan, budaya dan bidang pendidikan, ia juga akan menjadi tarikan dan produk budaya Pelancongan yang baharu. Langkah ini akan membantu negara menarik lebih ramai pelancong, terutamanya peminat fesyen datang ke Malaysia melancong dan berbelanja,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Eyo Leng Yan berkata, Adalah memberangsangkan keunikan Kebaya, Batik dan Songket dapat dipertunjukan di acara fesyen antarabangsa “Fashion Mosaic” .
“Pada tahun 2021, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah menyenaraikan ketiga-tiga pakaian tradisional ini sebagai warisan budaya negara. Kemudian pada tahun 2021, UNESCO juga memasukkan tiga jenis pakaian tradisional ini dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO.
“Kebaya sekali lagi akan dimasukkan dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO didalam Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara ke-19, yang akan diadakan di Paraguay pada akhir tahun ini.
“Oleh itu, kami berharap PPPPTJM dapat menonjol pakaian tradisional Malaysia melalui ahlinya yang lebih 2,000, supaya lebih ramai orang, terutamanya generasi muda, dapat lebih memahami pakaian tradisional Malaysia dan menjadikannya produk pelancongan,” katanya.
Turut hadir pada majlis sidang media acara berkenaan ialah Pengerusi Penganjur, Gen Ng;Penasihat PPPPTJM, Datuk Dickson Phang dan ahli-ahli jawatankuasa PPPPTJM;Presiden Persatuan Pereka Fesyen Malaysia,Jay Ishak serta penaja.