KUALA LUMPUR – Perkongsian wajah Noor Neelofa dalam foto versi teknologi buatan atau AI (Artificial Intelegence) menarik perhatian ramai.
Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik foto berkenaan tanpa mengenakan purdah.
Meskipun ia sekadar foto versi AI, namun perkongsian itu cukup membuatkan peminatnya teruja sekali gus melepaskan kerinduan untuk menatap senyuman bekas juara Dewi Remaja itu.
“Saya dalam versi AI,” tulisnya di foto berkenaan.
Difahamkan, foto berkenaan dimuat naik dan dikongsikan kepada umum sebagai bentuk promosi bagi koleksi jenama tudung miliknya iaitu Naelofar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa rindu untuk menatap wajah ibu kepada dua cahaya mata itu.
Dalam pada itu, adik kepada Neelofa yang juga pempengaruh media sosial, Ameera Khan turut meninggalkan komen dengan megatakan wajah asli kakaknya itu jauh lebih cantik berbanding versi AI.
Pelbagai reaksi daripada warganet dapat dilihat ramai yang suka dan ada juga segelintir yang meluahkan rasa kurang selesa berikutan Neelofa masih mengenakan purdah.