Yonnyboii Archives - MaxInfo

Yonnyboii capai impian tertinggi, ‘Tanya Tuhan’ perkongsian bermakna bersama Malique
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Impian besar yang sekian lama tersimpan dalam hati komposer dan penyanyi berbakat, Yonnyboii, akhirnya menjadi kenyataan apabila dia berjaya merealisasikan kolaborasi yang dianggap sebagai pencapaian tertinggi dalam kerjaya seninya bekerja bersama ikon muzik tanah air, Malique, menerusi single terbaharu berjudul Tanya Tuhan.

Dalam nada penuh rasa syukur dan keterujaan, Yonnyboii menyifatkan peluang berkarya bersama Malique bukan sahaja sebagai mimpi yang menjadi realiti, malah suatu kemenangan peribadi yang membawa makna amat mendalam dalam hidup dan kariernya.

“Saya masih tidak percaya bahawa impian ini benar-benar menjadi kenyataan.

“Malique adalah idola saya sejak dahulu dan akhirnya dapat duduk semeja serta menghasilkan karya bersamanya ia benar-benar satu pencapaian yang tidak dapat saya bayangkan sebelum ini,” kata Yonnyboii.

Lagu Tanya Tuhan adalah hasil ciptaan bersama Yonnyboii dan Malique dengan penerbitan muzik diketuai oleh LastKhalif, yang turut bertindak sebagai penerbit keseluruhan projek.

Momen kerjasama itu turut diabadikan melalui penulisan lirik yang lahir daripada gabungan idea dua generasi pengkarya muzik ini, menjadikan karya ini istimewa dari sudut penceritaan dan penyampaian emosi.

Yonnyboii tidak lupa untuk merakamkan penghargaan kepada Pengarah Kanan, A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng, yang menurutnya telah membuka pintu dan meletakkan kepercayaan penuh sehingga kerjasama dengan Malique dapat direalisasikan.

“Saya sangat berterima kasih kepada seluruh pasukan pengurusan. Tanpa sokongan mereka, impian saya mungkin kekal sebagai angan-angan. Ia satu penghormatan besar,” katanya lagi.

Bagi Yonnyboii, Tanya Tuhan bukan sekadar sebuah lagu, tetapi cerminan perjalanan peribadi yang penuh dengan refleksi dan pertanyaan terhadap kehidupan.

Katanya, inspirasi karya itu lahir daripada pengalaman sebenar, saat dirinya berdepan tekanan, kekeliruan dan keletihan dalam pelbagai aspek kehidupan sebagai seorang anak seni dan juga sebagai seorang bapa.

“Lagu ini datang daripada satu fasa kehidupan di mana saya tidak tahu kepada siapa lagi hendak bertanya.

“Bukan saya melalui penderitaan besar, tapi ada satu saat dalam hidup di mana saya terasa begitu jauh daripada diri sendiri, penat, ‘Burnout’ dan waktu itu, saya cuma mahu mencari jawapan,” luahnya.

Dia berharap agar lagu ini dapat menyentuh hati pendengar dan memberi kekuatan kepada mereka yang mungkin melalui situasi serupa.

Harapannya, Tanya Tuhan akan menjadi karya ikonik yang kekal dalam ingatan dan mampu menjadi suara kepada perasaan yang sukar diluahkan.

Menambahkan lagi keistimewaan lagu ini ialah penghasilan muzik videonya (MV) yang digarap oleh pengarah pilihan Yonnyboii sendiri, Thaqif seorang pengarah yang disifatkannya sebagai rakan, rakan seni dan penterjemah terbaik untuk idea-idea kreatifnya yang unik.

“MV ini sangat bermakna kerana saya akhirnya dapat bekerjasama semula dengan Thaqif.

“Dia faham cara saya berfikir. Dia terjemahkan ‘gila’ saya dalam bentuk visual yang sangat jujur dan indah. Saya harap kami dapat bekerjasama lagi untuk projek akan datang,” katanya.

Dengan segala elemen hebat yang menyatu daripada kolaborasi impian, penceritaan yang jujur, hingga produksi visual yang memukau Tanya Tuhan berdiri sebagai karya peribadi yang bukan sahaja mencerminkan kematangan Yonnyboii sebagai artis, malah menandakan satu babak penting dalam sejarah kerjaya seninya yang sedang terus berkembang.

The post Yonnyboii capai impian tertinggi, ‘Tanya Tuhan’ perkongsian bermakna bersama Malique appeared first on MaxInfo.

Sisi ‘rock jiwang’ Yonnyboii dalam Nadi
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Seringkali tampil dengan lagu yang membawa mesej berat, penyanyi Yonnyboii tampil lagi dengan karya cukup mendalam berjudul Nadi.

Istimewanya, dia turut bergandingan dengan pemain gitar tersohor, Jobranko untuk projek ini.

Yonnyboii mengakui lagu ini cukup istimewa kerana terilham dari perasaan peribadi. Dicipta bersama komposer Amy Bong, dia percaya ia mampu menyentuh hati ramai orang.

Bagi Yonnyboii, dapat menyalurkan pengalaman peribadi dalam Nadi juga memberikannya satu kelegaan. Ini kerana, dia pasti ramai orang lain di luar sana turut pernah merasai perasaan sama.

“Saya mahu Nadi ini dirasa secara peribadi dalam hati pendengar. Kerana lagu ini saya tulis mengenai bagaimana saya berdepan keresahan dan ketakutan apabila berjumpa dengan orang baharu.

“Saya bimbang dan segan mahu meminta pertolongan daripada sesiapa. Saya mahu mereka yang berdepan situasi serupa dapat bangkitkan kekuatan dalam diri untuk menanganinya,” katanya.

Yonnyboii berkata, mesej utama dalam lagu itu tidak lain untuk menyuntik semangat hidup kepada pendengar.

Katanya, sesiapa juga pasti inginkan kebebasan daripada suatu perasaan yang gelap.

“Ia menggambarkan bagaimana saya dihantui sebuah perasaan tertentu dan mahu bebaskan diri daripadanya. Kesimpulannya, saya cuba mengejar kebebasan,” katanya.

Paling mengujakan Yonnyboii juga semestinya peluang bergandingan dengan Jobranko. Siapa tidak kenal dengan legenda dari kumpulan Wings itu? Baginya ia adalah satu penghormatan besar buatnya apabila mendapat sentuhan orang lama.

“Jobranko jugalah sebenarnya yang menjadi kekuatan terpenting dalam Nadi. Mainan gitarnya menghidupkan lagi lagu ini dan membawanya ke tahap tersendiri. Saya bangga apabila gabungan ini tercipta daripada dua generasi berbeza,” katanya.

Katanya, Jobranko juga memberi pendapatnya bagi kolaborasi ini.

“Sebenarnya kolaborasi ini memang sesuatu yang tidak dijangkakan. Secara jujurnya, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi dalam lagu Nadi dengan Yonnyboii.

“Saya sangat menghargai kerana artis muda dan sedang meningkat naik, masih lagi mengenali Jobranko untuk membuat satu kolaborasi bersama-sama.

“Saya mahu berterima kasih kepada producer Amy Bong, semua warga Universal Music Malaysia termasuk team Yonnyboii untuk kolaborasi ini” kata bekas anggota kumpulan Wings ini.

Sudah melancarkan muzik video (MV) baru-baru ini, Yonnyboii sangat gembira dengan hasil sentuhan pengarah kreatifnya, Andrew Lim.

Menurutnya, dia cuma memberikan panduan kepada Andrew bagaimana konsep diinginkan dalam kepala secara asas saja. Kepercayaan itu jelas digalas begitu cemerlang oleh pengarah terbabit.

“MV pun dilunaskan dengan begitu baik oleh Andrew dan sejujurnya saya serahkan kepercayaan itu kepadanya. Dia berjaya beri hasil yang sangat baik untuk menggambarkan isi hati saya.

“Hakikatnya, Andrew yang mencipta keseluruhan jalan ceritanya. Misalnya adegan saya melarikan diri dari kontena, kenapa saya berbuat demikian, dan sebagainya.

“Disebabkan lagu ini adalah sebuah karya bergenre rock jiwang, saya beritahu mereka konsep diinginkan iaitu sesuatu yang ‘grunge’ dan rock,” katanya.

Yonnyboii turut berharap Nadi mampu mengulang kejayaan lagu-lagu terdahulunya. Dia inginkan mesej dalam lagu ini akan berjaya membekas di hati sesiapa juga.

“Saya memang meletakkan harapan yang cukup besar terhadap Nadi. Semoga lagu ini akan digemari ramai dan mesej yang cuba saya sampaikan dapat menusuk hati ramai pendengar,” katanya.

Nadi kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music, muzik video juga telahpun ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Yonnyboii.

The post Sisi ‘rock jiwang’ Yonnyboii dalam Nadi appeared first on MaxInfo.

Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta akhirnya ‘Perlu’ bekerjasama
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Ketiga-tiga nama bintang HipHop ini sudah tidak asing lagi di dalam kalangan industri muzik Malaysia.

Sejak membuat kemunculan beberapa tahun yang lalu, nama mereka kerap menjadi sebutan diatas pengahasilan lagu-lagu hit yang pernah mereka keluarkan kepada nama-nama besar dunia nyanyian tempatan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Sufian Suhaimi.

Terbaharu, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii bergabung memperkenalkan sebuah lagi karya istimewa berjudul ‘Perlu’.

Melodi dan lirik diiilhamkan oleh mereka sendiri selaku komposer dan penulis.

“Saya membayangkan seolah-olah saya sedang berbual dengan diri saya dari masa lalu dan sedang cuba menyelamatkannya daripada masalah yang mengelilinginya.

“Saya ingin menyampaikan bahawa kita harus selalu menikmati hari ini dan jangan ragu-ragu walau apa pun yang bakal tiba di masa hadapan,” kata Yonnyboii membuka bicara tentang lagu ini.

Berbicara mengenai proses penciptaan dan penerbitan lagu, Luca Sickta menjelaskan bahawa demo versi pertama ‘Perlu’ sebenarnya telah dirakam pada tahun 2021 oleh Yonnyboii, dan digubah kembali untuk mendapat kesimbungan mereka berdua.

“Proses gubahan muzik memakan masa dua tahun dan akhirnya siap di penghujung tahun 2023 setelah selesai proses rakaman bersama Kmy Kmo.

“Untuk lagu ‘Perlu’ ini juga saya dan dan Kmy keluar dari zon selesa kami dan kami bayangkan kami sendiri di dunia Yonnyboii untuk mendapat keserasian.

“Walaupun memakan masa yang agak lama dari biasa namun dengan kesefahaman antara kami ianya mampu dibina kerana initipati lagu ‘Perlu’ sendiri telah memudahkan dan menyempurnakan karya kali ini,” kata Luca Sickta.

Semestinya lagu ini turut ditampilkan bersama sebuah video muzik menarik untuk menghangatkan lagi kehadiran karya ini.

“Konsep untuk video muzik lagu ‘Perlu’ ini adalah lebih ke arah penonjolan perspektif dua dunia berbeza dari setiap karakter terbabit yang ingin menceritakan perjalanan masing-masing.

“Ia mengisahkan tentang kita semua yang sentiasa hidup dalam dua watak yang berbeza. Bila setiap kali kita jatuh dengan watak negatif, watak positif akan hadir untuk bantu membakar semangat kita semula supaya terus yakin dalam setiap hasil usaha,” kata Kmy Kmo tentang video muzik lagu ini.

Menurut mereka bertiga terdapat banyak lagi karya yang bakal dikeluarkan dan mereka sangat berharap supaya semuanya sempat dilancarkan tahun ini.

“Apa yang saya harapkan adalah, semoga lagu ‘Perlu’ ini dapat diterima ramai khususnya berkat sokongan kuat pendengar-pendengar yang sentiasa menyokong karya kami.

“Saya juga harap, pendengar dapat menghayati setiap bait-bait lirik yang sarat dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pelita hidup,” kata Kmy Kmo menutup bicara.

Lagu Perlu boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Manakala, muzik video juga sudahpun ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Kmy Kmo.

The post Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta akhirnya ‘Perlu’ bekerjasama appeared first on MaxInfo.

Yonnyboii muncul kembali dengan aneka ‘Persona’
KUALA LUMPUR – Selepas menggemparkan peminat dengan berita kehilangannya dari laman Instagram, penyanyi hip hop dan komposer Yonnyboii muncul kembali dengan album baharu berjudul Persona.

Bintang yang merangkul Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 tahun lalu ini telah mengadakan majlis pelancaran album penuh keduanya pada 7 Oktober lalu di Putrajaya Challenge Park – Skatepark secara besar-besaran.

Kemenangan di AIM ke-23 turut melayakkan penyanyi muda ini membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik berjumlah RM200,000 daripada MyCreative Ventures di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Persona adalah hadiah istimewa kepada peminat melalui album penuh yang menceritakan perjalanan Yonnyboii dalam mencari jati dirinya yang sebenar, khasnya melalui muzik.

“Ia menceritakan bagaimana saya mencari bunyi yang mencerminkan identiti saya sendiri. Saya melalui beberapa persona untuk mencari identiti ini.

“Jadi album ini menggambarkan persona saya dalam setiap lagu. Kesemua lagu dalam album ini berbeza-beza mengikut persona saya yang bervariasi,” katanya.

Yonnyboii berkata, niat untuk mengeluarkan album ini sebenarnya sudah lama terpendam dan kemenangan di AIM tahun lalu secara tidak langsung melonjakkan semangatnya untuk menyempurnakan demo-demo yang pernah dihasilkan selama ini.

“Ada beberapa lagu yang dihasilkan pada saat akhir dan semuanya dihasilkan secara spontan kerana pada waktu itu isteri saya sedang hamil.

“Saya menjaganya pada waktu itu sehinggalah dia melahirkan anak kami. Itulah perjalanan yang diceritakan di dalam album ini.

“Selain itu sebahagian besar rakaman album ini dilakukan di studio di rumah saya sendiri. Ini kerana saya lebih selesa merakam di tempat sendiri.

“Namun ada juga beberapa lagu yang dirakam di studio luar dan studio kawan-kawan saya. Pastinya studio professional mempunyai kelengkapan yang lebih bagus,” katanya.

Katanya, tidak dinafikan itulah sebab utama dia bersikap lebih terbuka untuk merakam selain di rumah sendiri.

“Setiap studio mempunyai suasana berbeza dan memberi hasil yang berlainan,” katanya.

Untuk album Persona ini Yonnyboii memilih lagu ‘Dilamun’ sebagai single yang pertama.

“Saya memilih Dilamun kerana ia tentang isteri saya. Saya mahu menghargai isteri saya yang telah bersusah payah melahirkan cahaya mata kami.

“Tanpa isteri saya, album ini tak mungkin akan terhasil dengan sempurna. Penting untuk orang ramai tahu betapa saya sangat menghargai isteri saya yang tercinta,” katanya.

Album ini turut menampilkan ramai nama-nama terkenal dalam arena hip hop serantau termasuk kawan-kawan baik Yonnyboii sendiri seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King serta Adam E.

“Kesemua mereka memberikan input yang berbeza dan mereka memang gila-gila. Saya senang sekali bekerjasama dengan mereka yang memang berbakat,” katanya.

Berkongsi tentang cabaran dalam menghasilkan album ini, Yonny berkata hanya satu cabaran yang nyata iaitu dirinya terpaksa bijak membahagikan masa.

“Pada masa album ini disempurnakan, waktu agak suntuk dan isteri saya sedang hamil dan kemudian melahirkan anak kami.

“Saya terpaksa menyelitkan masa untuk memberi perhatian pada isteri dan anak selain memastikan album siap dengan baik,” katanya.

Yonnyboii berharap album ini bakal disukai oleh kesemua peminatnya sepertimana dia menyukai album ini.

Persona telah berada di semua platform digital pada 22 September yang lalu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, sokongan dan galakan daripada kerajaan terutamanya melalui agensi seperti MyCreative Ventures serta kerjasama dengan pemain industri di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) amat penting dalam melonjakkan pembangunan industri muzik tanah air.

“Program seperti Dana Kandungan Digital (DKD) ini membantu mengetengahkan bakat-bakat tempatan untuk terus menghasilkan muzik yang berkualiti seiring dengan citarasa masyarakat zaman sekarang.

“Insentif berkenaan bukan sekadar memberi suntikan semangat kepada Yonnyboii untuk menghasilkan karya baru kepada peminat tetapi juga menggalakkan dia untuk terus bergiat aktif dalam industri kreatif.

“Sebagai sebahagian daripada usaha menghargai sokongan peminat terhadapnya, dana berkenaan telah digunakan untuk menerbitkan lagu dan video muzik selain urusan pemasaran serta promosi buat album terbaru ini,” katanya.

The post Yonnyboii muncul kembali dengan aneka ‘Persona’ appeared first on MaxInfo.