Huawei Mate XT Ultimate Design Archives - MaxInfo

Telefon pintar tiga lipatan pertama dunia, HUAWEI Mate XT Ultimate Design, jadi hadiah ikonik sempena lawatan negara Presiden China ke Malaysia
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Istana Negara menjadi saksi kepada detik bersejarah yang bukan sahaja mencerminkan hubungan diplomatik erat antara Malaysia dan China, tetapi turut menampilkan simbolik kemajuan teknologi global.

Dalam lawatan negara sulung beliau ke Malaysia selepas lebih sedekad, Presiden China, Xi Jinping, telah menyerahkan hadiah yang cukup istimewa kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telefon pintar HUAWEI Mate XT Ultimate Design, peranti tri-lipat pertama di dunia.

Hadiah berkenaan bukan sekadar pemberian teknologi terkini, malah membawa makna mendalam yang mencerminkan era baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Lawatan Presiden Xi ke Malaysia ini diadakan sempena ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik Malaysia-China, sekaligus menjadi pentas penting dalam merancakkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, infrastruktur dan keselamatan serantau, khususnya membabitkan isu Laut China Selatan.

HUAWEI Mate XT Ultimate Design yang kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia, merupakan antara inovasi terbaharu dan paling menonjol dalam dunia peranti mudah alih.

Keupayaan peranti ini yang boleh dilipat sebanyak tiga kali menjadikannya telefon pintar pertama di dunia yang menawarkan transformasi daripada skrin sebesar 6.4 inci kepada paparan luas bersaiz 10.2 inci – setanding dengan sebuah tablet.

Reka bentuk revolusioner ini membuka ruang baharu dalam penggunaan pelbagai aplikasi secara serentak, sesuai untuk tugasan produktiviti mahupun hiburan.

Lebih mengagumkan, peranti ini turut dilengkapi dengan sistem kamera XMAGE daripada Huawei yang menampilkan sensor 50MP dengan apertur boleh laras, menjadikan kualiti imej yang dirakam setaraf kamera profesional.

Gabungan prestasi hebat dan rekaan futuristik menjadikan HUAWEI Mate XT Ultimate Design bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga lambang status dan kecanggihan teknologi moden.

Kehadiran peranti ini dalam detik penting diplomasi antara dua negara besar mencerminkan betapa teknologi telah menjadi sebahagian daripada diplomasi moden di mana hadiah yang diberikan bukan sahaja membawa nilai simbolik, malah menggambarkan aspirasi masa depan yang penuh inovasi dan kemajuan.

Dengan langkah strategik seperti ini, hubungan Malaysia-China dijangka terus berkembang kukuh, bukan sahaja dalam sektor ekonomi dan politik, tetapi juga dalam kerjasama teknologi yang bakal membuka lebih banyak peluang kepada rakyat kedua-dua negara.

The post Telefon pintar tiga lipatan pertama dunia, HUAWEI Mate XT Ultimate Design, jadi hadiah ikonik sempena lawatan negara Presiden China ke Malaysia appeared first on MaxInfo.

Huawei lancar telefon pintar tiga lipatan pertama di dunia, Mate XT Ultimate Design
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Huawei terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam industri teknologi dengan pelancaran Huawei Mate XT Ultimate Design, telefon pintar pertama di dunia yang direka dengan tiga lipatan.

Pelancaran rasmi model revolusioner ini berlangsung di Mobile World Congress (MWC) 2025, Barcelona, Sepanyol.

Huawei dalam satu kenyataan berkata, telefon pintar ini dilengkapi dengan Sistem Engsel Ketepatan Lanjutan (Advanced Precision Hinge System), yang membolehkan skrin dilipat ke dalam melalui satu engsel dan ke luar melalui engsel yang lain.

Rekaan unik ini telah memenangi Anugerah Global Mobile (GLOMO Awards), menerima pengiktirafan tinggi dari pakar industri telekomunikasi di seluruh dunia.

HUAWEI Mate XT juga diperkasa dengan kamera apertur fizikal yang boleh disesuaikan dengan 10 saiz berbeza, serta teknologi skrin inovatif yang menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

Di reruai Huawei di MWC 2025, telefon ini dipamerkan dengan skrin besar 3D tanpa cermin mata, menarik perhatian ramai pengunjung yang teruja untuk merasai kehebatan peranti ini.

Kini, HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN sudah boleh ditempah di Malaysia pada harga RM14,999.

Tempahan awal dibuka sehingga 14 Mac 2025 di HUAWEI Experience Stores, laman web rasmi Huawei, serta platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop rasmi Huawei.

Pembeli yang membuat tempahan awal akan menerima perlindungan skrin percuma selama satu tahun bernilai RM3,999.

Selain Mate XT, Huawei turut memperkenalkan siri HUAWEI Mate 70 yang dilengkapi dengan Kamera Ultra Chroma untuk menghasilkan warna yang lebih tepat.

Di reruai Huawei, pengunjung turut berpeluang mencuba teknologi canggih seperti Pendedahan Pelbagai (Multi Exposure) dan ciri kecerdasan buatan (AI Retouch).

Huawei juga mempamerkan sistem kesihatan dan kecergasan HUAWEI TruSense, yang membolehkan pemantauan data kesihatan lebih tepat.

Antara inovasi menarik adalah HUAWEI WATCH GT 5, jam pintar yang membandingkan kadar denyutan jantung pengguna secara langsung dengan monitor sukan profesional, serta HUAWEI WATCH D2, jam tangan pintar pertama yang diperakui sebagai monitor tekanan darah ambulatory berasaskan pergelangan tangan.

Pengunjung juga dapat melihat karya seni digital yang dihasilkan menggunakan aplikasi GoPaint pada tablet HUAWEI MatePad Pro 13.2″.

Dilengkapi dengan skrin Flexible OLED PaperMatte Display dan HUAWEI M-Pencil generasi ketiga yang menyokong lebih 10,000 tahap sensitiviti tekanan, peranti ini direka untuk golongan kreatif profesional dan mereka yang gemar melukis secara digital.

Dengan komitmen terhadap inovasi berterusan, Huawei terus membuktikan kemampuannya sebagai peneraju dalam industri teknologi mudah alih.

Untuk maklumat lanjut serta promosi terkini, pengguna boleh melayari laman web rasmi atau saluran media sosial Huawei.

The post Huawei lancar telefon pintar tiga lipatan pertama di dunia, Mate XT Ultimate Design appeared first on MaxInfo.