ERA Archives - MaxInfo

ERA cipta sejarah sebagai stesen radio Malaysia pertama bersiaran langsung dari dalam Stadium Old Trafford
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Stesen radio nombor satu negara, ERA terus mengukir pencapaian membanggakan apabila berjaya mencatat sejarah sebagai radio Malaysia pertama yang bersiaran secara langsung dari dalam Stadium Old Trafford, gelanggang berprestij milik kelab bola sepak legenda, Manchester United.

Pada Sabtu, 7 Jun 2025, bermula jam 10 pagi waktu Malaysia, ERA membawakan satu siaran istimewa yang dikendalikan oleh empat figura popularnya Safee Sali, Pak Azad, Fazziq dan Radin secara langsung dari tengah-tengah suasana ikonik stadium yang dikenali di seluruh dunia itu.

Siaran ini berlangsung sempena acara berprofil tinggi, Influencer Friendly Match yang dianjurkan oleh eFootball dan berjaya menarik perhatian ramai peminat bola sepak di peringkat serantau.

Perlawanan persahabatan yang berlangsung di atas padang bersejarah itu mempertemukan dua pasukan istimewa Team Safee Sali yang mewakili Malaysia dan Team Atep yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan Indonesia, Atep, mewakili negara jiran.

Bagi Malaysia, pasukan diketuai oleh legenda bola sepak tanah air, Safee Sali, turut dibarisi oleh penyampai ERA, influencer eFootball tempatan serta seorang pemenang bertuah hasil penyertaan dalam peraduan khas yang dianjurkan oleh ERA sebelum ini.

Penyertaan secara langsung ini bukan sahaja menjanjikan pengalaman luar biasa buat mereka yang terbabit, malah mengangkat nama Malaysia dalam landskap hiburan dan sukan antarabangsa.

Pengurus Jenama ERA, Azah Zahrin berkata, siaran langsung dari Old Trafford ini bukan sekadar pencapaian teknikal, tetapi satu momen penting dalam sejarah penyiaran radio negara.

“Kami di ERA amat berbangga kerana berjaya menjadi stesen radio Malaysia pertama yang bersiaran dari dalam Stadium Old Trafford.

“Ini bukan sekadar siaran biasa tetapi adalah momen bersejarah yang membuktikan ERA sentiasa mendahului dalam menyampaikan kandungan unik dan eksklusif kepada pendengar kami.

“Ini adalah lambang komitmen kami untuk terus melangkaui batasan geografi dan mencipta pengalaman yang luar biasa,” katanya.

Menambahkan lagi keistimewaan acara ini, kru ERA turut diberikan peluang menyertai lawatan khas sekitar stadium yang meliputi kawasan-kawasan terhad seperti lorong pemain, bilik persalinan dan permukaan padang yang menyaksikan pelbagai detik bersejarah dalam dunia bola sepak antarabangsa.

Rakaman untuk siaran khas ERA turut dijalankan dalam kawasan stadium itu sendiri, menjadikan ERA sebagai stesen radio Malaysia pertama yang merakam dan menyiarkan kandungan dari dalam kawasan padang Stadium Old Trafford.

Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan ERA dalam mempelopori pendekatan baharu dalam penyiaran, malah membuka ruang kepada pendengar di Malaysia untuk menikmati pengalaman eksklusif yang jarang sekali ditawarkan oleh mana-mana media tempatan.

Ia juga menjadi bukti bahawa radio masih relevan dan mampu berevolusi dengan cara tersendiri, menembusi sempadan geografi demi menyampaikan kandungan yang berkualiti dan bermakna.

Dengan pencapaian ini, ERA terus memperkukuh kedudukannya bukan sahaja sebagai peneraju siaran radio tempatan, tetapi juga sebagai peneraju inovasi dalam industri penyiaran serantau.

The post ERA cipta sejarah sebagai stesen radio Malaysia pertama bersiaran langsung dari dalam Stadium Old Trafford appeared first on MaxInfo.

Kolaborasi ERA Suria FM, cipta sejarah ‘The Malaysia Book of Records’
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Stesen radio Suria FM dan ERA berjaya meraih pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai ‘Kolaborasi Rangkaian Radio Silang Pertama Menyiarkan Siaran yang Sama Secara Serentak’ menerusi penjenamaan ERA Suria, ‘Disini Segalanya Terkini’ diinspirasikan oleh CelcomDigi.

Sejarah tercipta menerusi gabungan segmen pagi ‘Morning Morning Suria’ dan ‘3 Pagi ERA’ kelolaan Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin yang bersiaran secara langsung hari ini, 23 Oktober dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi tadi dengan membincangkan topik ‘Dulu Kawan, Sekarang Lawan & Dulu Lawan, Sekarang Kawan’.

Majlis penyampaian sijil rasmi ‘The Malaysia Book of Records’ itu telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pemasaran MBOR, Jeska Seah, Perunding Rekod Kanan MBOR, Siti Hajar Johor kepada Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) dan Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil dengan bersaksikan lebih 170,000 penonton sekaligus berjaya meraih sebanyak 4.3 juta ‘likes’ di siaran langsung ‘Tiktok’ Suria Malaysia dan ERA.

DJ Lin berkata, mewakili Suria FM, mereka sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan daripada ‘The Malaysia Book of Records’ pada hari ini menerusi gabungan dua segmen pagi di Suria dan ERA.

“Kami abadikan pengiktirafan ini sebagai sebuah sejarah dalam industri radio Malaysia kerana ini adalah satu konsep dan landskap baru dalam industri radio tanah air.

“Mudah-mudahan ia mampu memberi inspirasi kepada penggiat industri radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama mungkin dalam cara yang berbeza untuk terus memeriahkan industri ini agar terus berkembang maju.

“Diharapkan melalui jalinan kerjasama bersama ERA, mampu menghasilkan satu perpaduan yang lebih utuh dan semoga lebih banyak kolaborasi di masa mendatang.

“Suria FM akan terus memberi sokongan kepada segala inisiatif baik yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat khususnya buat pencinta radio.

“Sekali lagi, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ERA atas jalinan kerjasama baik ini,” katanya.

Sementara itu, Hani Fadzil berkata, mereka berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan dan berharap kolaborasi ERA dan Suria FM ini terus menjadi perintis dalam mengubah landskap audio tempatan.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Malaysia Book of Records atas pengiktirafan yang diberikan dan diharap semua rakyat Malaysia dapat menikmati pilihan radio yang pelbagai dan relevan daripada kami,” katanya.

The post Kolaborasi ERA Suria FM, cipta sejarah ‘The Malaysia Book of Records’ appeared first on MaxInfo.

Suria FM, ERA cipta sejarah menerusi ‘Era Suria, Di Sini Segalanya Terkini’
KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, stesen radio Suria FM dan ERA bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi ‘Morning Morning Suria’ dan ‘3 Pagi ERA’ pada 23 Oktober, Isnin ini dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan ‘ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini’,  menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin.

Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), berkata, mewakili Suria FM, mereka mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama Astro sekaligus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air menerusi jalinan kerjasama antara radio Suria dan ERA ini.

“Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini adalah simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.

“Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang.

“Ia sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia,’ katanya.

Sementara itu, Pengurus Kandungan ERA Hani Fadzil berkata, ERA teruja untuk bersama-sama Suria FM dalam menjayakan ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini yang bakal menemui peminat pada 23 Oktober ini.

“Meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, kami percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh pendengar adalah perkara utama.

“Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria FM akan Gagah Bersama,” katanya.

Dengarkan ‘ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini’ di frekuensi Suria FM dan ERA juga di aplikasi Suria Malaysia dan SYOK pada 23 Oktober ini dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

The post Suria FM, ERA cipta sejarah menerusi ‘Era Suria, Di Sini Segalanya Terkini’ appeared first on MaxInfo.