berita palsu Archives - MaxInfo

Sebar berita palsu, pempengaruh Malaysia boleh dikenakan hukuman berat – Polis Indonesia
editormaxinfo@gmail.com

BANDUNG – Seorang pempengaruh media sosial Malaysia yang mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia, berisiko dikenakan hukuman berat kerana menyebarkan berita palsu.

Menurut Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 mengenai Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), individu yang didapati bersalah menyebarkan berita palsu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga 1 bilion rupiah (RM272,000).

Laporan media Indonesia melaporkan, polis mendapati kandungan yang disiarkan oleh pempengaruh terbabit tidak mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa, meskipun telah mendapat persetujuan daripada pengurus wilayah setempat.

Mereka berkata, siaran langsung yang diadakan di Bukit Embah Gatur, Kota Bandung pada Ahad lalu, yang disiarkan melalui TikTok, berkisarkan cerita sensasi mengenai seorang pempengaruh Malaysia bernama Eykaa yang kononnya hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal, hanyalah taktik untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.

Dalam perkembangan terkini, pempengaruh terbabit telah memohon maaf kepada pihak polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa kejadian berkenaan tidak akan diulang lagi.

Mereka turut menegaskan, mereka tidak menyebarkan maklumat tentang undang-undang Indonesia yang mengenakan hukuman tegas terhadap penyebaran berita palsu.

Sebelum itu, Eykaa, seorang pempengaruh berusia 22 tahun, dilaporkan hilang selama tiga hari di hutan sebelum ditemui selamat pada malam Rabu.

Penemuan itu dikongsi menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz sekitar jam 10 malam.

Sementara itu, pempengaruh lain, Ammar Nazhan atau lebih dikenali sebagai Ammar Nazhan Noralyadi, 29, tampil memberi penjelasan bahawa kejadian terbabit membabitkan gangguan mistik semasa mereka berada di sana.

Menurutnya, kejadian gangguan itu adalah benar, dan mereka terpaksa berpindah ke lokasi lain bagi mengelakkan masalah lebih teruk berlaku.

The post Sebar berita palsu, pempengaruh Malaysia boleh dikenakan hukuman berat – Polis Indonesia appeared first on MaxInfo.

MCMC perkenal Chatbot AI, AIFA, untuk tangkis berita palsu
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia kini memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menentang penyebaran berita palsu dengan pelancaran platform chatbot baharu, dikenali sebagai AIFA atau ‘Artificial Intelligence Fact-check Assistant’, yang boleh diakses melalui aplikasi WhatsApp dan portal Sebenarnya.my.

AIFA, yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dibangunkan melalui kerjasama dengan beberapa rakan strategik.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, chatbot ini tersedia dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia menyemak kesahihan maklumat.

“AIFA adalah alat yang sangat penting untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat yang sahih dan disahkan oleh pihak berwajib.

“Ia berperanan untuk mengurangkan kesan buruk yang boleh ditimbulkan oleh berita palsu,” katanya.

Pelancaran ini juga memperkukuhkan peranan portal Sebenarnya.my, dengan tiga objektif utama menyemak dan mengesahkan maklumat dengan cepat, mempercepatkan respons terhadap berita palsu, serta memperkukuh peranan portal dalam menangani penyebaran maklumat yang tidak sahih di Malaysia.

AIFA dibangunkan dengan menggunakan teknologi canggih seperti algoritma dan pembelajaran mesin, yang membolehkan ia memadankan maklumat dengan sumber yang boleh dipercayai dan memberikan jawapan yang tepat dengan pantas kepada pengguna.

Fungsi ini boleh diakses 24 jam sehari menerusi portal Sebenarnya.my dan aplikasi WhatsApp.

Fahmi berkata, pada masa ini AIFA hanya menerima input dalam bentuk teks, namun ciri ini dijangka akan diperluaskan kepada format lain, termasuk video, dalam masa akan datang.

Beliau juga mengingatkan bahawa sepanjang tahun 2023 hingga Januari 2024, MCMC telah memohon untuk memadamkan sebanyak 1,575 kandungan berita palsu, dengan lebih 1,200 daripadanya sudah berjaya dikeluarkan dari platform-platform media sosial.

“Pelancaran AIFA ini adalah langkah penting dalam memastikan rakyat Malaysia terus berwaspada terhadap berita palsu dan sentiasa memeriksa kesahihan setiap maklumat yang diterima,” katanya lagi.

Dengan inisiatif ini, MCMC berharap dapat mempertingkatkan kesedaran rakyat untuk sentiasa menyemak kebenaran maklumat yang tersebar dalam talian, serta mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap sumber maklumat yang sahih.

The post MCMC perkenal Chatbot AI, AIFA, untuk tangkis berita palsu appeared first on MaxInfo.