al-Quran Archives - MaxInfo

Mualaf Orang Asli kuasai asas al-Quran dalam 7 jam guna Kaedah Haraki
editormaxinfo@gmail.com

PANGKOR – Dalam satu pencapaian yang disifatkan luar biasa, seramai 28 mualaf Orang Asli berjaya mempelajari asas bacaan al-Quran dalam tempoh hanya kira-kira satu hari menerusi Kursus Literasi al-Quran Kaedah Haraki yang diadakan di Suria Beach Resort, Pulau Pangkor.

Program intensif yang berlangsung selama kira-kira 7.5 jam itu membabitkan peserta berusia antara 9 hingga 55 tahun, yang majoritinya berada pada tahap sifar literasi, malah ada yang tidak pernah mengenal huruf atau menerima pendidikan formal.

Kejayaan ini sekali gus mencerminkan potensi besar pendekatan inovatif dalam memperkasakan pendidikan al-Quran dalam kalangan komuniti marginal.

Kursus berkenaan menggunakan Kaedah Haraki, satu pendekatan pembelajaran unik yang menekankan teknik pergerakan badan atau Total Physical Response (TPR) serta kaedah tanpa hafalan.

Pendekatan ini membolehkan peserta memahami asas bacaan dengan lebih cepat dan efektif, walaupun bermula dari kosong.

Menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh lima pemerhati terdiri daripada guru Asas Pengajian Islam Mualaf (APIM) dan mubaligh Orang Asli, program terbabit menunjukkan perubahan ketara dalam tempoh yang singkat.

Peserta bukan sahaja mampu mengenal huruf, malah sebahagian daripada mereka sudah boleh membaca asas al-Quran dengan baik.

Selain peningkatan dari segi kemahiran membaca, peserta turut menunjukkan perubahan positif dalam keyakinan diri serta minat terhadap pembelajaran al-Quran, sekali gus memberi impak menyeluruh kepada perkembangan diri mereka.

Pengasas Kaedah Haraki, Dr. Zakaria Nasirudin, yang juga mantan pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, berkata, kaedah ini dibangunkan khusus untuk membantu golongan yang tidak mempunyai asas literasi.

Beliau berkata, pendekatan itu tidak bermula dengan hafalan huruf seperti kaedah tradisional, sebaliknya menggunakan konsep “TIRU” iaitu pelajar melihat, guru menunjukkan, menerangkan dan pelajar terus meniru.

“Peserta terus didedahkan kepada ayat al-Quran sebenar tanpa perlu menunggu mereka menguasai huruf secara berasingan, sekali gus mempercepatkan proses pembelajaran.

“Pendekatan santai berasaskan penceritaan juga membantu mengurangkan tekanan dan menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan,” katanya.

Kaedah Haraki mula dibangunkan pada tahun 2013 hasil pengalaman sebenar membabitkan seorang pelajar mualaf Orang Asli dari Pengkalan Hulu yang berjaya membaca al-Quran dalam tempoh sekitar tujuh jam sahaja.

Pengalaman itu menjadi titik tolak kepada pembangunan kaedah ini secara lebih sistematik.

Sejak itu, Kaedah Haraki telah mendapat pengiktirafan di pelbagai peringkat apabila berjaya meraih beberapa pingat emas serta anugerah inovasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Kaedah ini turut diperkukuhkan melalui penyelidikan di peringkat doktor falsafah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Walaupun keberkesanan program ini diakui, pemerhati berpendapat bahawa tempoh satu hari masih belum mencukupi untuk memastikan penguasaan yang benar-benar mantap.

Mereka menekankan keperluan untuk mengadakan program susulan bagi memastikan peserta dapat memperkukuh kemahiran yang telah dipelajari.

Dalam masa sama, Kaedah Haraki dilihat mempunyai potensi besar untuk diperluaskan ke lebih banyak komuniti, khususnya dalam kalangan mualaf dan golongan yang berdepan cabaran literasi.

Pendekatan yang mudah, praktikal dan interaktif menjadikannya sesuai untuk dilaksanakan di kawasan pedalaman serta komuniti yang kurang mendapat akses pendidikan formal.

Kejayaan kursus ini membuktikan bahawa dengan pendekatan yang tepat dan inovatif, golongan yang sebelum ini dianggap sukar untuk mempelajari bacaan al-Quran mampu mencapai kemajuan dalam tempoh singkat.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha mendekatkan masyarakat kepada al-Quran serta memperkukuh penghayatan Islam dalam kehidupan seharian.

The post Mualaf Orang Asli kuasai asas al-Quran dalam 7 jam guna Kaedah Haraki appeared first on MaxInfo.

TV AlHijrah lancar IQRA di aplikasi TikTok
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – TV AlHijrah membawakan satu inisiatif baharu dalam menjalankan misi dakwah platform digital dengan melancarkan IQRA, sebuah program celik al-Quran di aplikasi TikTok.

Dengan kerjasama Darul Fikir, program ini bertujuan menghidupkan aspirasi Kerajaan MADANI untuk membina masyarakat berilmu yang berlandaskan prinsip rohani dan intelektual, menjadikan al-Quran sebagai asas kehidupan seharian.

IQRA dilihat mampu menjadi platform yang menjadikan Malaysia sebagai negara unggul dalam ilmu dan akhlak, di mana al-Quran menjadi teras kehidupan seharian.

Ini selari dengan hadis Nabi SAW tentang kelebihan membaca al-Quran yang berbunyi: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.” (Riwayat Muslim).

Disiarkan pada setiap hari, jam 9 malam, rancangan ini akan membawa penonton untuk mempelajari asas-asas bacaan al-Quran, kaedah tarannum, tajwid, serta mendalami makna ayat-ayat suci melalui pendekatan yang santai dan interaktif.

Menariknya, pelayar laman TikTok TV AlHijrah akan dibimbing oleh Ustaz Ammar Mukhlis, Tilmiz Fahmi, dan Tilmizah Maghfirah dalam mendalami asas al-Quran menerusi 79 kapsul harian berdurasi 2 minit yang  ringkas, namun mendalam dalam setiap sesi, sesuai untuk semua peringkat umur.

Pembelajaran dalam program ini bermula dengan asas Iqra 1 hingga Iqra 4, meliputi pengenalan huruf hijaiyah, makhraj huruf, sifat huruf, dan teknik bacaan yang dipermudahkan.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam IQRA di TikTok TV AlHijrah. Pastinya, rancangan ini mampu menjadikan perjalanan pembelajaran al-Quran anda menjadi mudah, santai, dan inspiratif.

Pastikan anda mengikuti akaun TikTok TV AlHijrah untuk bersama-sama menyemarakkan program ini. Ayuh kita bersama membentuk generasi yang celik al-Quran dan berakhlak mulia.

The post TV AlHijrah lancar IQRA di aplikasi TikTok appeared first on MaxInfo.

Perkenal kaedah hafalan al-Quran secara ‘fast track’, AKMAL sasar lahir lebih ramai anak-anak selesai hafazan 30 juzuk dalam setahun
editormaxinfo@gmail.com

KUALA TERENGGANU – Terus mengorak langkah dalam usaha melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah menjelang 2025, Akademi al-Quran Amalillah (AKMAL) memperkenalkan kaedah hafalan al-Quran secara sistematik (fast-track).

Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL, Mohd Saifullah Hussin berkata, Akademi al-Quran Amalillah mengambil pelajar seawal usia 10 tahun menggunakan kaedah ‘fast track‘ bagi hafazan 30 juzuk al-Quran dengan sasaran hafiz dalam tempoh setahun.

Katanya, modul itu dicipta bagi menyelesaikan masalah anak-anak yang mengambil masa terlalu lama menghafaz al-Quran disamping membantu ibu bapa yang mempunyai perancangan melanjutkan pengajian anak-anak ke peringkat lebih tinggi.

“Dengan mengaplikasikan strategi program Speed Tahfiz, Modul AKMAL menyajikan pendekatan yang unik dengan mengintegrasikan sistem hafalan, dorongan motivasi harian, kajian pelajar yang berfokus dan pengurusan psikologi.

“Impian AKMAL ingin melihat pelajar menjadi hafiz 30 juzuk Al Quran pada usia muda sebelum mereka melangkah ke peringkat menengah,” katanya selepas majlis perasmian graduasi AKMAL yang diadakan di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Majlis yang dihadiri 2000 tetamu itu turut dirasmikan oleh Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang dan diserikan dengan kehadiran barisan Exco Agama Kerajaan Negeri Terengganu.

Mohd Saifullah berkata, pendaftaran pelajar baharu dibuat secara berfasa iaitu enam bulan sekali.

“AKMAL berharap dapat melahirkan lebih ramai mujahid dan mujahidah yang bukan sahaja menghafal al-Quran tetapi berjaya Syahadah dimana memiliki kemahiran teknik hafazan berstrategi dalam masa setahun atau kurang dari itu.

“Bukan itu sahaja, kami juga ingin melihat lebih ramai golongan intelektual mahir dan menghafal al-Quran dapat dilahirkan pada masa akan datang.

“Kami mahu menjadi peneraju konsep ’fast track’ hafazan menjelang 2025 sekali gus melahirkan ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan berketrampilan.

“Kami juga mahu menjadi pelengkap sistem pendidikan negara dalam tempoh akan datang dengan izin Allah.

“Kami berharap usaha ini mendapat sokongan semua pihak dan pastinya dengan bantuan semua, cita-cita ini akan dapat direalisasikan tidak lama lagi,” katanya.

Mohd Saifullah berkata, AKMAL bakal menaik taraf akademi pengajiannya dengan menubuhkan kolej pengajian al-Quran yang menawarkan pengajian peringkat diploma pada tahun 2025.

Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi 5.0 ini menyaksikan seramai 86 pelajar berjaya Hafiz dan Hafizah 30 juzuk al-Quran manakala 19 orang pelajar berjaya Syahadah al-Quran.

“Kami turut berbangga kerana salah seorang pelajar yang diraikan iaitu Muhammad Iman anakanda kepada personaliti TV, Aidid Marcello dan isterinya yang juga bekas penyampai berita, Norzie Pak Wan Chek,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi Awang dalam sidang media berkata, al-Quran adalah panduan terbaik dalam kehidupan yang wajib dipupuk sejak kecil.

“Pelajar yang menghafal al-Quran didapati lebih mudah untuk memahami ilmu lain tidak kira dalam mana-mana lapangan.

“Atas dasar itu, kita mesti terus beramal dengan al-Quran. Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang Allah berikan kepadanya, Allah tambahkan lagi ilmunya.

“Menjadi kewajipan untuk mendalami ilmu selepas daripada kejayaan untuk menghafal al-Quran dan disambung pengajian ilmu itu dalam pelbagai bidang,” katanya.

AKMAL yang berpusat di Marang, Terengganu dan telah beroperasi sejak lima tahun lalu kini memiliki lima cawangan antaranya di Bukit Beruntung, Sepang dan Shah Alam, Selangor serta di Batu Pahat, Johor.

The post Perkenal kaedah hafalan al-Quran secara ‘fast track’, AKMAL sasar lahir lebih ramai anak-anak selesai hafazan 30 juzuk dalam setahun appeared first on MaxInfo.

Selami keindahan al-Quran melalui konsep Tadabbur, Tafaqquh, Tazakkur dan I’tibar di Quran @ 114
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Memenangi hati penonton dengan catatan prestasi sebanyak 7.3 juta screenview pada musim pertama, rancangan Quran@114 diteruskan untuk musim kedua secara eksklusif di TV AlHijrah.

Quran@114 musim kedua menemui penonton pada setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari sebanyak 366 episod sepanjang tahun.

Istimewanya, rancangan ini bukan sekadar mengajak penonton untuk sama-sama membaca ayat-ayat suci al-Quran, tetapi penonton juga akan didedahkan dengan konsep tadabbur, tafaqquh, tazakkur, dan i’tibar.

Tadabbur adalah proses pemikiran mendalam, penelitian dan penghayatan ayat al-Quran. Tafaqquh pula adalah proses memahami ajaran al-Quran.

Manakala tazakkur adalah peringatan, nasihat serta teguran. I’tibar pula adalah pertimbangan atau kebijaksanaan dalam berfikir.

Rancangan Quran@114 ini disiarkan dengan format lima hari tadabbur, satu hari pengajian tafsir dan bahasa Arab serta satu hari pengajian tajwid & taranum dengan menggunakan kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan Tafsir Jalalain sebagai rujukan.

Menampilkan asatizah yang berperanan sebagai pentadabbur seperti Dr. Shamsul Mohd Nor, Imam Muda Hassan, Prof. Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Isfadiah Dusuki, Ustazah Nazirah Abu Bakar, Ustaz Hariri dan Ustaz Zarifi, penonton pastinya dibimbing agar mempunyai kefahaman menyeluruh tentang Islam.

Selain itu, qari dan qariah seperti Tlmiz Fahmi, Ustaz Jalal Zaiki, Ustaz Fahmi Asraf, Ustaz Ammar Mukhliz, Ustaz Husaini Mahmur dan Ustazah Sofizah Mousin akan melantunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan lunak serta dilagukan dengan tarannum berbeza.

Quran@114 beriltizam untuk membuka jalan dan ruang pembelajaran buat penonton untuk mendalami, memahami dan mengaplikasi  ajaran al-Quran di dalam kehidupan seharian.

Dr. Shamsul Mohd Nor sebagai contoh, memberikan dimensi ilmiah yang mendalam terhadap cara terbaik memahami al-Quran dalam konteks agama, sejarah dan budaya.

Sementara itu, pentadabbur terkemuka seperti Imam Muda Hassan dan Ustazah Isfadiah memberikan perspektif praktis, menghubungkan pemahaman kitab suci dengan kehidupan seharian.

Program ini membuka ruang untuk  penonton merenung dan menyelami mukjizat al- Quran. Dengan memuliakan kekayaan ajaranNYA, Quran@114 menjadi panggung bagi penonton untuk memahami dan merasakan kedalaman rohani yang terkandung dalam setiap bait ayat suci Ilahi.

TV AlHijrah berkeyakinan rancangan ini mampu menjadi program yang membawa pengalaman unik dan bermakna buat segenap lapisan masyarakat.

Program ini mempelopori cara penyampaian yang inovatif dan interaktif untuk membantu penonton meresapi dan menghayati ajaran Islam secara keseluruhan.

The post Selami keindahan al-Quran melalui konsep Tadabbur, Tafaqquh, Tazakkur dan I’tibar di Quran @ 114 appeared first on MaxInfo.

Tampil pelbagai program menarik 2024, TV AlHjirah fokus hidupkan al-Quran dalam televisyen
editormaxinfo@gmail.com

BANGI – Membuka tirai tahun baharu 2024 dengan nafas baharu, TV AlHijrah (TVAH) menampilkan pengisian program-program terbaik sepanjang tahun.

Pelbagai program-progam menarik dan bermanfaat telah diatur untuk penonton setia stesen ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TVAH, Namanzee Harris berkata, TVAH melabuhkan tirai tahun 2023 dengan pelbagai kejayaan dan rekod terbaik yang berjaya dicapai.

“2023 menyaksikan TVAH kekal menjadi saluran Islamik nombor satu di Malaysia dengan peningkatan sebanyak 45 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

“TV AlHijrah berada di kedudukan top 5 daripada semua saluran semasa kempen #PalestinKembali diadakan lantas menjadikan prestasi TV AlHijrah pada masa ini adalah paling tinggi sejak penubuhan TV AlHijrah 13 tahun yang lalu.

“Selain itu, stesen ini melalui data AC Nielsen menjadi pilihan utama penonton sepanjang Ramadan, Syawal, Haji, Awal Muharam dan Maulidur Rasul tahun lalu.

“Sebagai rekod, program-program menarik lain yang telah mencatatkan capaian penonton tertinggi 2023  ialah rancangan Assalamualaikum  yang berjaya mencapai 12.5 juta screenview sepanjang tahun.

“Berita AlHijrah berjaya mencapai sebanyak 7.3 juta screenview. Quran@114 juga cemerlang dengan pencapaian screenview 7.3 juta setahun dan Pentas Marhaban dengan 3.2 juta screenview,” katanya.

Namanzee berkata, tahun 2024 TVAH bermula kompetitif apabila stesen ini berada di tangga lima teratas saluran TV di Malaysia pada awal Januari 2024.

Malah, bagi tahun 2024, stesen TVAH masih lagi mengekalkan konsep hiburan berilmu dengan meneroka format baharu rancangan Islamik tanpa mengenepikan pemerhatian khusus kepada tiga kunci utama penyiaran iaitu patuh syariah, kreatif dan popular.

Justeru, bermula 20 Januari akan datang program Akademi Qurra’ 2024 bakal ditayangkan pada setiap Sabtu, jam 9 malam.

“Selepas kejayaan mendapat 4.4 juta tontonan screenview secara keseluruhan di musim pertama siarannya, program ini akan kembali untuk musim terbaharu.

“Ujibakat hibrid yang berlangsung hampir sebulan sejak Disember lalu, menyaksikan 12 orang qari qariah berbakat, lingkungan usia 18 hingga 35 tahun dipilih sebagai role model yang berpotensi mentarbiah serta melahirkan masyarakat penonton yang cintakan al-Quran dan seni persembahannya.

“Dua mudarrisah baru diperkenalkan iaitu Mudarrisah Suhailah Zulkifly serta Mudarrisah Nadia Hashim. Manakala, Mudarris Amar Mukhlis masih dikekalkan,” katanya pada sidang media pelancaran program terbaharu TVAH, semalam.

Pada majlis itu, TVAH turut memperkenalkan barisan rancangan terbaik lain tahun ini.  Antaranya ialah Riwayat Akhir Zaman, Quran@114 dan Carta 114. Kesemua program ini membaja ilmu, iman serta ketakwaan kepada Sang Pencipta.

Tidak dilupakan, bagi penggemar rancangan 30 Minit Bersama, tahun ini TVAH membawakan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Dato  Shamsuri Ahmad untuk memandu perbahasan Kitab Bahrul Mazi, yang juga huraian Syeikh Idris al-Marbawi terhadap hadis Rasulullah SAW yang dipilih daripada kitab Sunan al-Tirmidzi.

Program ini akan bersiaran pada setiap hari Selasa jam 8.30 malam.

Pada majlis sama, Namanzee turut mengumumkan mereka yang menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) boleh menikmati rancangan TVAH di dalam tren.

“Alhamdulilah, kini rancangan-rancangan terbaik TVAH boleh dinikmati oleh penumpang yang menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk perjalanan utara ke selatan tanah air dan sebaliknya.

“Bukan itu sahaja, bagi memastikan penumpang perkhidmatan ETS menikmati pengalaman dunia penyiaran di dalam perjalanan mereka, ETS Istimewa ini kita datangkan dengan look & feel program-program kita dari segi hiasan dalaman mahupun luaran.

“Ambillah masa, berkelanalah bersama yang tersayang menaiki ETS TVAH. Semakin banyak tempat dijejak, semakin banyak yang dipelajari serta semakin banyak pengalaman dilalui,” katanya.

Untuk info, aplikasi AlHijrah Plus yang memiliki lebih 8 ribu kandungan tersedia dan secara langsung juga telah dimuat turun oleh 100 ribu pemuat turun dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Kesemua negara ini  juga adalah antara negara yang tertinggi menonton AlHijrah Plus Live TV.

The post Tampil pelbagai program menarik 2024, TV AlHjirah fokus hidupkan al-Quran dalam televisyen appeared first on MaxInfo.