28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Emosi The Gadys dalam Gagal Cinta

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Kemunculan ‘girl band’ The Gadys pada 2021 memberi warna baharu dalam industri muzik sekaligus kembali merancakkan dunia hiburan tempatan.

Kumpulan yang bermula dengan empat wanita berbakat memulakan kerjaya nyanyian menerusi single raya berjudul Gadys Raya yang dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu kini kembali aktif bersama dengan ahli baharu.

Pengarah Urusan Valient Music Airrol Azman berkata, The Gadys yang dibarisi dua anggota asal Aznie Azmi dan Ayunie Rizal kini dimantapkan lagi dengan muka baharu Thamiera Chan, hasil ‘perkahwinan’ Universal Music Malaysia dan Valient Music.

Beliau optimis kumpulan ini mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan.

Buktinya, mereka yang mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 3.3 juta tanda suka dalam TikTok cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys.

Selepas muncul dengan single Gelek Jambu yang menggabungkan elemen reggaeton, rock dan tradisional, The Gadys kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Gagal Cinta.

Ayunie berkata, lagu Gagal Cinta adalah single yang cukup istimewa buat mereka.

Katanya, lirik lagu Gagal Cinta ini jika difahamkan, maksudnya agak mendalam dan ada mesej yang hendak disampaikan.

“Walaupun melodinya rancak dan ‘catchy’ tetapi hakikatnya lirik lagu Gagal Cinta ini sedih sebenarnya.

“Begitu juga ketika proses rakaman lagu, sangat seronok dan berjalan lancar. Semasa rakaman, kami meletakkan emosi pada setiap nyanyian untuk Gadys merasai atau menjiwai lirik lagu gagal cinta ini.

“Seperti yang saya cakap, walaupun lagu Gagal Cinta ni ‘catchy’, tetapi liriknya akan membuat seseorang pendengar itu memahami lirik dari awal sampai habis,” katanya.

Berkongsi mengenai proses rakaman video muzik (MV) pula, Aznie berkata mereka menjalani latihan menari bagi memberikan hasil yang terbaik.

Aznie berkata, proses rakaman MV dimulakan dengan pra produksi iaitu menjalani latihan menari dan koreografi bersama Aisya Marissa.

“Ketika sesi latihan, kami memang seronok mempelajari setiap ‘step’. Semasa rakaman MV, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

“Semua pasukan produksi memberikan kerjasama yang baik. MV ini membabitkan rakaman lokasi dalam dan luas.

“Bila ‘outdoor’ hanya cuaca sahaja cabaran kami, sebab sangat panas. Tapi, ‘glam team’ akan memastikan kami kekal menarik dan selesa,” katanya.

Aznie berkata, konsep MV Gagal Cinta adalah ‘storytelling, partner dance and emotion’.

“Lagu Gagal cinta ini sangat ‘catchy’ untuk dinyanyikan bersama, tetapi lirik yang sangat ‘straightforward’ mengenai hubungan cinta yang gagal.

“Jadi, konsep MV Gagal Cinta ini menunjukkan kisah percintaan tiga gadis yang gagal percintaan dengan lelaki yang sama cuma berbeza karakter,” katanya.

Thamiera yang juga ahli baharu pula berkongsi cabaran dilalui sepanjang proses menyiapkan lagu dan MV Gagal Cinta.

Thamiera berkata, sepanjang proses menyiapkan lagu Gagal Cinta ini adalah sangat senang bersama komposer Adib.

“Adib banyak memberikan cadangan dan pendapat buat kami untuk mencapai hasil yang memuaskan.

“Lirik lagu ini sangat sedih sebenarnya, jadi kami dan Adib bersama-sama menghasilkan karakter di dalam lagu ini supaya sesuai dengan konsep ‘sing along’ yang kami cuba hasilkan.

“Terdapat beberapa cabaran sewaktu merakam MV, tapi hasil yang kami dapat dengan cabaran yang kami hadapi tidak sia sia.

“Memandangkan ini debut pertama saya, saya tidak merasa diri saya sangat tercabar lagi. Semua berjalan dengan lancar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular