editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Malam Anugerah Perniagaan Pinnacle of Success Business Award (POSBA) 2025 menjadi pentas gemilang yang menghimpunkan usahawan cemerlang dari pelbagai sektor, menyaksikan detik bersejarah apabila pelbagai tokoh perniagaan dan syarikat tempatan diberi penghormatan atas pencapaian luar biasa mereka dalam landskap ekonomi negara.
Antara penerima anugerah yang mencuri tumpuan ialah Trading Castle PLT, sebuah pusat pembelajaran pelaburan yang semakin dikenali ramai.
Diterajui oleh Pengarah Urusannya; Kingston Neo, bersama Ketua Pegawai Kewangan; Brian Hiu dan Ketua Pegawai Operasi; Hanshon Yeoh, mereka berkongsi rasa syukur atas pencapaian yang diperoleh.
“Kami sangat berbangga menerima anugerah ini. Sepanjang tiga hingga empat tahun kami beroperasi, banyak usaha telah dicurahkan dan anugerah ini menjadi bukti bahawa kerja keras kami tidak sia-sia,” kata Kingston.

Mereka mendedahkan ini adalah antara 6 hingga 7 anugerah yang diraih pada tahun ini sahaja, termasuk pengiktirafan sebagai Pinnacle Business of The Year.
Brian berkata, apa yang menjadikan anugerah ini begitu istimewa bagi pasukan mereka adalah kerana ia menghimpunkan komuniti pelbagai bangsa dalam satu acara yang inklusif, mencerminkan semangat perpaduan negara.
“Kami berbesar hati menerima anugerah ini daripada tokoh penting seperti wakil Kementerian Sumber Manusia. Ia menambahkan lagi nilai simbolik kepada pencapaian ini,” katanya.

Berkongsi perancangan masa depan, Hanshon berkata, syarikat akan terus menumpukan kepada kejayaan pelajar mereka.
“Sebagai pusat pembelajaran pelaburan kewangan, kami ingin memperluaskan lagi rekod kejayaan dan memainkan peranan besar dalam pembangunan industri pelaburan di Malaysia,” katanya.

Dalam kategori lain, Datuk Dr. Denise Lim, Pengarah Urusan dan pengasas kepada VKids Trend Sdn Bhd, turut diraikan apabila dinobatkan sebagai Icon Woman Industry of the Year.
Beliau menyifatkan pengiktirafan itu sebagai pencapaian yang amat bermakna, terutama apabila ia menjadi anugerah ke-16 syarikat beliau setakat ini.

“Program pendidikan kami, VSchool Trend Learning Programme, menyediakan pendekatan pembelajaran secara dalam talian dan fizikal untuk kanak-kanak.
“Kami merancang untuk memperluaskan fungsi program ini dan menerokai bidang produk digital bagi membantu pelajar belajar dengan lebih efektif,” katanya penuh semangat.

Dr. Denise juga sempat merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan VKids Trend atas sokongan padu yang memungkinkan kejayaan mereka.
Turut diraikan adalah Dr. Kalaiselvi a/p Krishnan, pengasas kepada jenama Nutrilavish di bawah syarikat Grow Bright Sdn Bhd.
Jenama ini memfokuskan kepada kesihatan dan kesejahteraan wanita, dengan produk suplemen seperti protein shake, fiber drink, dan sokongan hormon wanita.
Beliau menerima dua pengiktirafan penting termasuk Women Entrepreneur of the Year 2025 dan Brand of the Year 2025 yang disifatkannya sebagai satu pencapaian luar biasa bagi dirinya dan pasukan.
“Saya amat berbesar hati dan teruja menerima anugerah ini. Ia bukan sahaja satu pengiktirafan terhadap jenama Nutrilavish, tetapi juga bukti bahawa wanita India di Malaysia juga mampu bersaing dan berjaya dalam dunia keusahawanan,” katanya.
Beliau turut menyeru golongan wanita, khususnya dari komuniti India, agar berani mengambil peluang yang tersedia dalam era digital masa kini.

Bagi perancangan masa hadapan, Nutrilavish merancang untuk berkembang dengan membuka lebih banyak cawangan pusat kesihatan, termasuk kemudahan seperti sauna inframerah, mesin rawatan RF dan EMS.
Dalam tempoh lima tahun, mereka menyasarkan untuk menubuhkan sehingga 100 cawangan di seluruh negara, serta memperluaskan pengeluaran produk melalui pelan pembuatan tersendiri.
Setakat ini, syarikat telah berpangkalan di Rawang dan akan melangkah masuk ke rangkaian farmasi pada bulan hadapan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan syarikat.
POSBA 2025 bukan sahaja menjadi platform pengiktirafan, malah turut memberi inspirasi kepada usahawan untuk terus melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan.
Penganjuran ini jelas membuktikan bahawa kejayaan tidak mengenal latar belakang, asalkan ia digerakkan dengan semangat, inovasi dan dedikasi.


https://shorturl.fm/zYhFW
https://shorturl.fm/wFgGD
https://shorturl.fm/dMFyf
https://shorturl.fm/FYhdt